BA bentang Strategi Belanjawan Barisan Alternatif 2003
Wednesday, September 18 @ 09:40:16 MYT
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Hrkh)- Barisan Alternatif telah membentangkan
Strategi Belanjawan Barisan Alternatif 2003 pada sidang media yang diadakan
di bilik Mesyuarat Jawatankuasa 1, bangunan Parlimen semalam.
Strategi Belanjawan BA 2003 telah dibentangkan oleh Penasihat Ekonomi BA,
Professor Jomo K. Sundram dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta
Ramli.
Pembentangan tersebut telah dihadiri oleh Pimpinan Barisan Alternatif
termasuk Presiden Parti KeADILan Nasional (KeADILan), Datin Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Dr Hassan
Mohd Ali, Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Rustam A. Sani,
Ahli Jawatan Kuasa ketiga-tiga parti, wakil pelbagai pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) dan wartawan dari pelbagai media.
Selepas ini, Pemangku Presiden PAS, D!
ato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
dijangka akan membentangkan Belanjawan BA 2003 di Dewan Rakyat ketika
menjadi pembahas pertama Belanjawan Negara 2003.
Beliau dijangka berbuat demikian Isnin 23 September ini selepas Dr Mahathir
membentangkan Belanjawan Negara 2003 Jumaat 20 September ini di Dewan
Rakyat.
Dalam pada itu, empat orang wakil Penternak Khinzir dari Bukit
Pelanduk,Negeri Sembilan juga turut sama menyertai pembentangan yang bermula
pada pukul 4.30 petang dan berakhir pada pukul 6.15 petang.
Menurut Professor Jomo K. Sundram, pembentangan tersebut adalah menunjukan
secara kasar strategi dan sasaran belanjawan BA bagi tahun 2003, yang mana
banyak menumpukan kepada golongan rakyat terbanyak.
Dalam hal yang berkaitan, Mustafa Ali menyatakan bahawa startegi belanjawan
ini telah sedaya upaya cuba mengimbangi kadar belanja dan menjurus kepada
tiga aspek iaitu bagi kemakmuran, keadilan dan kesejahteraan rakyat untuk
menikmat!
i kehidupan sebagai rakyat yang bebas dari segala kekangan termasuk
cukai yang melampau yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional.
Rata-rata peserta yang hadir berpuas hati dengan Strategi Belanjawan yang
telah dibentangkan selama 2 jam.
Dalam pada itu, Dr Hatta Ramli menyeru kepada pimpinan BN yang
mempertikaikan Strategi Belanjawan BA sebelum pembentang dibuat agar bertemu
sendiri dengan BA untuk membincangkan sebarang kemuskilan.
Seterusnya beliau meminta agar strategi ini tidak dijadikan alat untuk
kerajaan BN memburuk-burukkan PAS dan sekutu dalam Barisan Alternatif.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!
