Polis ambil kenyataan MB lebih 2 jam
Monday, September 16 @ 21:29:54 MYT


Oleh Nazman Yusuf
KOTA BHARU, 16 Sept (Hrkh) - Empat pegawai polis hari ini menemui Menteri
Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk diambil kenyataan
berhubung isu samseng yang dikaitkan dengan sifat Allah.

Siasatan itu mengambil masa lebih dua jam, dijalankan di Pejabat Menteri
Besar. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, siasatan itu dilakukan memandangkan
ada laporan polis dibuat berhubung isu berkenaan.
"Saya jelaskan kepada pegawai polis yang datang sama seperti mana yang
terkandung dalam kaset ceramah saya sebelum ini," jelasnya kepada pemberita
selepas itu.
Menurutnya, isu samseng ditimbulkan kerana orang ramai cuba mentafsir dari
istilah bahasa sahaja, sedangkan bahasa adalah suatu benda yang hidup dan
boleh berubah mengikut suasana dan masa.
"Saya lebih gemar menggunakan bahasa yang pengertiannya boleh difahami
dengan mudah ! dan bersesuaian suasana semasa dan ini merupakan satu anjakan
baru," ujarnya.
Katanya beliau kerjasama sepenuhnya kepada pegawai polis terbabit.
"Sekiranya ada lagi perkara yang tak puas hati saya sedia untuk
menjelaskannya," katanya.
Sebelum ini, seorang ahli perniagaan Mat Zanu Teh 62 membuat laporan
berhubung isu samseng di Balai polis Baling dan laporan kedua oleh Daud
Tahir,70 dari Kampung Bemban Kota Bharu, di Balai Polis Kota Bharu.
Menteri Besar disiasat di bawah Seksyen 298 A, mensabitkan seseorang yang
menggunakan agama untuk menceruskan suasana tidak harmoni, perpecahan,
perasaan permusuhan benci membenci, niat jahat atau memudaratkan.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum tidak kurang dua tahun atau maksimum lima
tahun penjara.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke