Salamun'alaikum~
Meriahlah nanti suasana dalam bilik guru sekolah-sekolah di Malaysia berikutan pengumuman Kerajaan Malaysia terhadap peruntukan RM 5 000 Juta atau RM 5 billion terhadap peningkatan kemahiran menggunakan Bahasa Inggeris ( BI ). Bermula dengan RM 978 juta untuk tahun pertama hingga ke tahun 2008. Antara yang dijangka meriuh-rendahkan suasana tersebut adalah dengan pengiraan Kupon Tuisyen BI yang juga extra-income bagi guru-guru BI.
Apa yang aku risaukan nanti, bergaduh pulak guru-guru BI di sekolah membodek anak-anak murid agar hadir ke kelas tuisyen yang mereka anjurkan. Kalau ada 30 orang hadir, 30 kupon dapat dalam satu masa. Kalau satu kupon bernilai RM 10, dah cukup nak sara minyak kereta kancil atau wira guru makan angin selama sebulan ! Kelas tuisyen tak kena sewa, gaji penuh tak kena potong, mungkin ada allowance lagi.. Hui ! Tak hairan la nanti pentadbir sekolah kena bina tempat letak kereta bertingkat macam di The Mall !
Lagi perkara yang paling aku risaukan ialah anak-anak murid menerima pentarbiyahan ala-kristian, maklumla dinegara yang bebas beragama ni, pendakwah kristian lebih mahir berbahasa inggeris dari yang melayu ! Sehari dua ni, kelas tuisyen diajar matematik dan sains, tak lama lepas tu diselang seli pulak dengan kisah-kisah tauladan adaptasi Injil, kena pulak cikgu tuisyen tu suap 5-6 ringgit habuan �gula-gula cekedis�, hanyutt.. anak-anak kita bersalib dileher !
Dan tak ketinggalan juga, peruntukan RM 5 billion ni tak cukup rasanya sebab yang dididik atau yang menerima tekanan adalah satu pihak sahaja iaitu pelajar. Sedangkan masyarakat lain yang bukan pelajar tidak menerima tekanan. Apa yang menjadi masalah nanti ialah komunikasi. Sebagai contoh, bila pelajar yang dah mahir atau cukup jinak dengan BI membuat pesanan di kedai runcit Ah Fat ke Maniam ke Pak Ngah Ya ke.. boleh pening kepala dibuatnya, � Sir, give me �sodium sulfat� for six hundred fifty five gram bla bla bla..� Biarlah Ah Fat, Maniam dan Pak Ngah Ya turut serta menerima tekanan BI seperti mengadakan kelas tuisyen BI.. mana la tau kan, seimbang la sikit dalam menyahut cabaran dunia persaingan dan globalisasi ni !
Ahhh persetan la dengan BI ! Kemana la perginya pendirian kita sebenarnya sebagai anak jati Malaysia ?? Kenapa kita terpaksa akur dengan BI hingga berbillion ringgit harus dihabiskan untuk itu ? Dimana bumi kita berpijak ? Apakah sumpah sebenarnya kita kepada tanah air yang juga tempat tumpah darah kita ? Terlalu sangat memandang tinggi BI hingga BM tidak diendahkan lagi. Betul la kata sesetengah pendapat, nanti �Yang dikejar melepas, yang dikendung berterabur jatuh menghempap kaki sendiri !�
Dari dulu lagi kita dah diasuh agar pandang ke barat dan ke timur melalui program dasar-dasar negara, tapi kita masih juga berdiri disini tanpa bergerak kemana-mana, maju pun tidak, kerana minda kita diasuh untuk terus meniru orang lain yang kononnya maju. Sedangkan ilmu kemajuan itu ada didepan mata iaitu Al-Quran dan As-Sunnah ( ISLAM ).
�Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.� � Al Maidah : 3
Pepatah melayu moden berkata.. �Virus diseberang jelas tampak dimata, dinasour didepan hidung haram tak nampak� mungkin sebab dah dasar kerajaan Malaysia,
�Merebut hujan emas dinegeri orang, anak negeri tertimpa batu tak siapa ambil tahu !�.
Sekian~
p/s : BI - bahasa 'ibunda' Mamak Mahathir, "Moooooo" - Lembu Belanda !
Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!
