*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Heran Pemuda UMNO ni, dahlah langsung tak nak tolong
pasangan kembar tu, sibuk pulak pasal wang sumbagan
orang ramai. At least orang putih tu dah susah payah
bantu dapatkan pembedahan dan kerjasama kerajaan Arab
Saudi sampai berjaya pembedahan. Harap Kerajaan
Malaysia dgn UMNO setakat selebriti dgn pecacai dia
sibuklah.


Pasangan kembar patut dapat semua wang kutipan derma 


KUALA LUMPUR, Selasa : Wang yang disumbangkan bagi
membantu pasangan kembar Malaysia, Ahmad dan Muhammad
Rosli, sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada
keluarga kanak-kanak itu.

Ketua Unit Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda Umno,
Subahan Kamal, berkata oleh kerana kutipan itu sejak
awal lagi dibuat atas nama dan bertujuan membantu
pasangan kembar itu, maka keluarga mereka berhak
menerima sepenuhnya wang berkenaan.

Sehubungan itu, beliau mendesak George Henry, rakyat
Britain yang memimpin Humanitarian Aid Project for
Eastern Europe (HAPEE) memberi penjelasan mengenai
kedudukan sebenar sumbangan berkenaan.

“Walaupun kembar siam itu sudah selamat menjalani
pembedahan, sumbangan itu sepatutnya digunakan untuk
membiayai bil hospital atau diberi terus kepada
keluarga mereka kerana kedua-dua kanak-kanak itu masih
memerlukan rawatan susulan,” katanya kepada Berita
Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan
walaupun keluarga pasangan kembar Malaysia itu
menerima sumbangan beribu-ribu pound sterling ketika
berada di London bulan lalu, mereka belum melihat wang
berkenaan.

Ini kerana semua sumbangan dalam bentuk cek itu
diserahkan atas nama HAPEE kelolaan Henry yang membawa
keluarga kembar siam itu ke London, bulan lalu. 

Bapa kembar siam itu, Rosli Abdul Rahim, ketika
ditanya mengenai sumbangan berkenaan berkata, mereka
diberitahu bahawa wang itu akan diserahkan selepas
balik dari Arab Saudi nanti.

Malah, beliau berkata, ada perjanjian lisan antaranya
dengan Henry bahawa sebarang sumbangan kepada kembar
itu di Arab Saudi, perlu dibahagi tujuh, termasuk
untuk Henry, isterinya Lisa dan rakyat Malaysia yang
menjadi penterjemah, Anita Sapari.

Subahan berkata, jika benar wang berkenaan perlu
dibahagi kepada tujuh pihak seperti dilaporkan, Pemuda
Umno berpendapat tindakan itu sebagai tidak wajar dan
tidak bertempat serta menyifatkannya sebagai mengambil
kesempatan di atas kesusahan kembar terbabit.

Malah, katanya, tidak sepatutnya ada pihak lain yang
cuba meraih kesempatan di atas nama kembar itu.

“Bantuan yang diberikan Henry memang kita alu-alukan.
Malah sikap prihatin begitu memang sepatutnya
dicontohi rakyat Malaysia.

“Bagaimanapun, kita berpendapat sumbangan itu
diserahkan semuanya kepada keluarga kembar terbabit
kerana ia dibuat atas tujuan membantu kanak-kanak
berkenaan supaya boleh digunakan untuk rawatan
susulan,” katanya.

Beliau juga meminta Kedutaan Malaysia di luar negara
memastikan wang yang dipungut tidak disalahgunakan.


__________________________________________________
Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!
http://sbc.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: art jeffries <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke