PAS nafi arah anggota buat pertukaran alamat

KUALA TERENGGANU,Rabu 25 Sept- PAS hari ini menafikan telah mengarah
anggota-anggotanya menukar alamat kad pengenalan untuk tujuan mendaftar
sebagai pemilih di kawasan pilihan raya tertentu.
Naib Presidennya, Datuk Mustafa Ali berkata PAS tidak pernah mengeluarkan
arahan seperti itu.
Mustafa yang juga Pengarah Pilihan raya PAS sebaliknya mendakwa Barisan
Nasional sebagai pihak yang menggunakan taktik sedemikian dalam usaha
memenangi pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan Naib
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lepas bahawa PAS mengedar
risalah meminta anggotanya menukar alamat sebagai usaha menawan kawasan
sasaran mereka pada pilihan raya umum akan datang.
Mustafa berkata PAS mempunyai bukti bahawa terdapat parti politik yang
menggunakan taktik sedemikian dengan memberi contoh wujudnya pemilih
berdaftar berba! ngsa India di Kampung Jerung, Marang dalam kawasan Dewan
Undangan Negeri Pengkalan Berangan di Terengganu pada pilihan raya umum
lepas.
"Semua penduduk di kawasan itu kenal antara satu sama lain dan saya pasti
tiada penduduk India di kawasan itu," katanya.
Mengenai siasatan polis terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang berhubung kenyataannya bahawa pegawai kerajaan Persekutuan
membantu menyediakan "belanjawan pembangkang", Mustafa berkata maklumat yang
diberikan oleh pegawai kerajaan Persekutuan itu tidak mempunyai
kecenderungan untuk memberi ancaman kepada keselamatan negara.
"Maklumat yang diperolehi itu bukanlah maklumat rahsia kerajaan pusat tetapi
maklumat itu adalah `unclassified' seperti laporan Unit Perancangan Ekonomi
Negeri," katanya.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke