*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1)
Beliau turut mempersoalkan liputan meluas RTM mengenai kemiskinan sedangkan
media pernah melaporkan mengenai kemiskinan 300 keluarga di Melaka serta
kawasan setinggan di Pantai Dalam di sini, yang TERLETAK BERDEKATAN dengan
ANGAKASAPURI, tetapi tidak disiarkan oleh RTM.


2) Jawapan ZAM:
"Kemiskinan di Kelantan lebih mudah dicari berbanding dengan tempat lain,
dan kita perlu sediakan klip video ini untuk menunjukkan keadaan sebenar di
sebuah negeri yang didakwa sebagai Serambi Mekah," katanya. 

Samada si ZAM ni berlawak atau jenis dungu tak faham bahasa atau tidak tahu
realiti di Malaysia?
Adakah LEBIH MUDAH cari di nun jauh di Kelantan berbanding dgn PANTAI DALAM
berdekatan dengan Angkasapuri???
Mungkin juga dia tak tahu banyak lagi tempat di negeri-negeri yang lain yang
mudah nak cari yang mengalami "gerhana" seperti Baling-Kedah, Kg Kerinci-KL,
Kayu Ara-KL, etc???




25 September, 2002 17:21PM  

Program 'Kelantan Dalam Gerhana' Terbitan RTM Dipertikai
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Penyiaran masalah kemiskinan rakyat di
Kelantan menerusi program 'Kelantan Dalam Gerhana' dalam siaran televisyen
RTM, dipertikaikan oleh beberapa anggota pembangkang pada persidangan Dewan
Rakyat hari ini. 

Beberapa anggota pembangkang menimbulkan kembali kewajaran RTM menyiarkan
program itu yang disifatkan tidak adil kepada Kerajaan Kelantan pimpinan
Pas. 

Husam Musa (Pas-Kubang Kerian) mula membangkitkannya dengan meminta pendapat
Abdul Rahman Yusof (Keadilan-Kemaman), yang ketika itu sedang berucap
membahaskan Bajet 2003, mengenai program itu. 

Husam juga meminta Abdul Rahman mencabar Setiausaha Parlimen Kementerian
Penerangan Datuk Zainuddin Maidin untuk menafikan dakwaan pembangkang bahawa
rakyat Kelantan yang hidup dalam kedaifan seperti yang disiarkan menerusi
program itu sebenarnya hanya berlakon dan menerima upah daripada RTM. 

Beliau turut mempersoalkan liputan meluas RTM mengenai kemiskinan sedangkan
media pernah melaporkan mengenai kemiskinan 300 keluarga di Melaka serta
kawasan setinggan di Pantai Dalam di sini, yang terletak berdekatan dengan
Angkasapuri, tetapi tidak disiarkan oleh RTM. 

Zainuddin yang diberi laluan oleh Abdul Rahman, menafikan RTM membayar
rakyat Kelantan berkenaan dan berkata RTM sedia menyiarkan satu slot
mengenainya jika terdapat bukti pihak berkenaan menerima upah. 

"Kemiskinan di Kelantan lebih mudah dicari berbanding dengan tempat lain,
dan kita perlu sediakan klip video ini untuk menunjukkan keadaan sebenar di
sebuah negeri yang didakwa sebagai Serambi Mekah," katanya. 

Saupi Daud (Keadilan-Tanah Merah) yang sebelum ini kerap membangkitkan isu
berkenaan, mendakwa program itu hanya lakonan dan mereka yang terbabit
diberi upah. 

Beliau juga bersedia membawa Zainuddin ke lokasi terbabit dan menemui
sendiri penduduk yang dikatakan hidup dalam kedaifan. 

Saupi mendakwa RTM telah menjanjikan bayaran lebih tinggi sekiranya mereka
dapat mengeluarkan air mata ketika melakonkan adegan itu. 

"Bagaimanapun, oleh sebab mereka tidak menangis, mereka hanya diberi upah
sebanyak RM200," katanya. 

Abdul Rahman ketika mengulas perkara itu berkata: "Bukan itu sahaja
dilakonkan, banyak lagi termasuk ahli PAS dan Keadilan yang dikatakan keluar
parti dan menyertai Umno, diberi upah untuk keluar di TV." 

-- BERNAMA 

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke