ini lagi satu binawe... memang banyak binawe sebegini termasuk di negara ini. binawe 
bukan kerana apa tetapi kerana terlalu benci dan meluatnya mereka terhadap Islam...

--- message from Number <[EMAIL PROTECTED]> attached:

_____________________________________________________________
-------------------------------------------

All the intelligence of the internet 
http://www.intelbrief.com

_____________________________________________________________
Select your own custom email address for FREE! Get [EMAIL PROTECTED] w/No Ads, 6MB, 
POP & more! http://www.everyone.net/selectmail?campaign=tag
--- Begin Message ---

Mahathir dan Bush kembar siam?
Wednesday, September 25 @ 15:24:00 MYT


MIN AINA ILA AINA
Oleh Subky Latif
SEELOK-elok Kofi Annan dan Bangsa-Bangsa Bersatu berpuas hati akan pengakuan
Iraq betapa ia membenarkan tanpa syarat rombongan penyiasat senjata PBB
datang semula ke Iraq, Bush muncul di khalayak umum menolak persetujuan
Saddam Hussein itu.

Baginya ia satu muslihat Saddam yang pernah banyak menangguh-nangguhkan
urusan pemeriksaan senjata, banyak mengelirukan Amerika dan melambat-lambat
usaha perdamaian dan mencari perdamaian dunia.
Baginya Saddamlah punca segala kacau bilau dunia khususnya Asia Barat. Bush
meletakkan semua keributan dan huruhara kepada Iraq khususnya Saddam.
Ia segera mengingatkan kita kepada politik licik Dr. Mahathir yang
berhadapan dengan PAS boleh dikatakan dalam semua perkara.
Ambil saja satu contoh iaitu undi hantu. Inilah kerja UMNO selama ini dan ia
akan diteruskan oleh suku sakatnya. ! Tetapi dalam menutup pekung undi hantu
itu selepas gagal memenangi pilihan raya kecil Anak Bukit melalui usaha undi
hantu Dr. Mahathir menyerang dan menyalahkan PAS sehebat Bush menyerang
Saddam dan Iraq, kononnya PAS menjadi pengamal undi hantu selama ini.
Sehingga kini masyarakat dan termasuk Suruhanjaya pilihan raya termakan
seolah-olah UMNO dan pimpinan Dr. Mahathir suci bersih dari najis undi hantu
yang digelumanginya selama ini dan seolah-olah selama ini PAS yang bermain
kotor itu.
Dengan bermodalkan sebuah kertas, entah siapa mengolahnya tetapi dikatakan
dibuat oleh PAS untuk menggalakkan pengundi bertumpu di kawasan berpotensi,
maka ia dijadikan bahan bukti, ia adalah angkara kotor PAS dan kertas itu
secara otomatis UMNO dan Dr. Mahathir adalah bersih bak sesuci bermandi air
zamzam.
Tidak dinafikan Iraq di bawah Saddam mempunyai ilmu senjata canggih dan
pernah memilikinya. Jika Amerika, Soviet atau kini Rusia, Perancis danBritain ada ilmu dan senjata itu, Iraq juga bersemangat tinggi untuk
menguasainya. Sebesar dan sehebat mana senjata Iraq itu tidak diketahui
tetapi Amerika sudah tentu lebih perkasa daripadanya.
Atas bukti itulah Bush tidak puas-puas menuding Iraq sebagi pengancam
keselamatan antara bangsa dan yang menyebabkan rantau itu bergelora hingga
hari ini.
Pada hal kepala kacau yang terus menerus mengganas ialah Israel sejak
sebelum ia wujud hinggalah menjadi pengganas yang tidak boleh diusik
sekarang. Bukan sekadar ia membakar Palastin dan isi serta penghuninya
hingga menjadi padang jarak dan padang tekukur, kilang susu Iraq dibomnya
sebelum perang Teluk dulu tidak dibantah dan tidak dikenakan hukum.
Ia dilindungi Amerika terus menerus, pada hal angkaranya jauh lebih
menggelak dari yang Iraq pernah lakukan.
Semua keganasan dan kekejaman yang Israel dan Sharon lakukan terhadap
Palastin dulu dan sekarang, tidak mustahil selepas ini, seantero ! dunia tahu
dan setuju ia adalah keganasan dan kekejaman Israel, tetapi Bush tidak
mengira itu kejam dan ganas, tetapi ganas dan degil ialah Palastin dan
Arafat.
Dunia serba canggih sekarang ini adalah dunia yang sukar dibohongi.
Richard Nixon cuba bohongi Amerika tentang skendal Watergatenya. Dia
Presiden Amerika yang penuh kuasa, dilindungi oleh CIA dan FBI, seluruh
jentera pelindung Presiden Amerika itu tidak dapat membohongi dan melindngi
skendalnya hingga dia terpecat.
Tiba-tiba dengan muka yang kering Bush muncul di tengah umum dunia,
menyalahkan yang paling ganas di dunia ialah Saddam dan Iraq. Israel tidak
apa-apa. Terdiam semua orang dan PBB serta Majlis Keselamatannya bisu
terpukau, mengiyakan Bush bermuka kering itu.
Seolah-olah bodoh semua orang di dunia dengan gelagat Bush itu sama macam
bodoh semula rakyat Malaysia bila Dr. Mahathir menggunakan semua kekuasaan
dan pengaruhnya untuk memakaikan baju pengundi hantu kepad! a PAS walau pun
hantu itu terus dipeliharanya.
Kerana tiada orang berkuasa berani menyalahkan Bush, maka ada orang-orang
kecil telah berani menyamakan Bush seperti Hitler sama seperti ada orang
Malaysia yang tidak dikenali menyifatkan Dr. Mahathir sama seperti raja
purba Afrika Utara.
Sandiwara itu sudah didahului oleh perang politik wang dalam UMNO yang sudah
sebati itu. Tidakkah Dr. Mahathir keluar dengan muka kering mengecam
sekalian pengamal politik wang dalam UMNO, seolah-olah dia bermandi air
zamzam, tiada kena mengena dengan politik seperti itu.
Tidakkah Bush dan Dr. Mahathir dua kali lima saja atau mereka kembar siam
yang pakar doktor di Riyadh tidak upaya bedah?
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!--- End Message ---

Kirim email ke