*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah Malaysia Mengikut Model Kamal Ataturk? (Siri Ketiga) 

http://marhaen2.tripod.com/mar_a_umat_prihatin03.html

ASAL-USUL KAMAL ATATURK

KAMAL ATATURK, tokoh yang paling merbahaya pemikiran dan ideologinya terhadap Islam 
"dikatakan" lahir pada tahun 1881. Tidak ada seorang ahli sejarah pun yang tahu 
bilakah tarikh sebenar kelahirannya. Walaupun beliau seorang tokoh yang 
diagung-agungkan Barat, maklumat-maklumat mengenai kelahirannya masih dan terus kabur 
sehingga ke hari ini.

Segala-gala mengenai kelahirannya, hari, bulan dan tahun tidak dapat dipastikan. Tidak 
ada sebarang dokumen rasmi mengenai tarikh lahirnya ditemui. Begitu juga yang tidak 
rasmi, sungguhpun sudah menjadi tradisi orangorang Turki pada hujung abad ke-19 
mencatatkan tarikh kelahiran anak mereka dalam sebuah naskhah Al- Quran keluarga. 
Mungkin keluarga Kamal Ataturk tidak ada Al-Quran itu sepertimana tradisi orang Islam 
Turki yang lain. Ini juga menunjukkan betapa Kamal Ataturk lahir dari sebuah keluarga 
yang sudah meninggalkan amalan?amalan tradisi Islam dalam masyarakat Turki.

Ini sesuatu yang misteri. Pelik bukan? Seorang tokoh ternama tetapi butir-butir 
kelahirannya diselubungi kekaburan.

Kamal Ataturk sendiri tidak tahu bila tarikh lahir sebenarnya. Apabila beliau telah 
menjadi Presiden Republik Turki, ketika beliau diminta untuk memberitahu. tarikh 
lahirnya untuk dimuatkan dalam sebuah buku ensaiklopedia negara asing, beliau memilih 
tarikh 19 Mei, iaitu hari beliau mendarat di Samsun, bandar di pantai Laut Hitam dekat 
Anatolia, tempat di mana beliau mula melancarkan perjuangan pembebasan Turki.

Satu perkara lagi yang aneh tentang Kamal Ataturk sejak kecil ialah wajahnya. Raut 
wajahi, bentuk tubuh dan yang paling menonjol bentuk pipi dan rambutnya yang perang 
berlainan sekali dengan kebanyakan orang Turki. Oleh sebab itu ada pengkaji yang 
beranggapan Kamal Ataturk berasal daripada keturunan Caucassian atau orang berambut 
perang melalui keperangan rambutnya dan juga tinggi tulang pipinya.

Apabila meningkat dewasa, perbezaan dari segi paras rupanya makin ketara dan 
membayangkan beliau adalah hasil daripada perkahwinan campur. Sedangkan secara 
rasminya tidaklah begitu. Ini menguatkan lagi hujah yang mengatakan Kamal Ataturk 
adalah anak luar nikah yang memang diprogramkan oleh Yahudi untuk menghancurkan Islam. 
Besar kemungkinan "ayah gelap" Kamal Ataturk adalah Yahudi Dunnama.

Zubeyde, ibu kepada Kamal Ataturk, tidak menyukai anaknya itu (Kamal) sejak kecil 
lagi. Secara psikologi memang selalu terjadi begitu iaitu apabila seseorang ibu itu 
tidak pasti siapa bapa anaknya yang sebenar. Tidak pasti apa perasaan sebenar Zubeyde 
terhadap anaknya, tetapi satu perkara yang pasti, dia tidak menyusukan anaknya 
sendiri. Dia hanya mengupah seorang ibu susu berkulit hitam. untuk menyusukan anaknya 
itu.

Zubeyde juga sering berpisah lama dengan suaminya. Banyak maklumat menunjukkan bahawa 
ibunya bersikap acuh tidak acuh (tidak sayang) terhadap Kamal dan membiarkannya 
ketandusan kasih sayang. Hal ini sangat memberi kesan kepada perasaan Kamal Ataturk. 
Hingga dewasa beliau pernah mengeluh:

"Manusia tidak menentukan samaada dia dilahirkan atau tidak. Pada saat kelahirannya 
dia benar-benar diserahkan pada alamn dan makhluk-makhluk lain selainnya. Dia perlukan 
perlindungan, makanan, penjagaan dan ditolong untuk membesar.."

Sejak kecil, Kamal Ataturk mempunyai karektor yang ganas. Beliau pernah cuba menembak 
suami ibunya, Ragip, ketika ibunya berkahwin lain selepas kematian ayahnya. 
Perkahwinan ibunya itu telah membuatkan jiwa keanakannya (umurnya waktu itu sekitar 12 
tahun) memberontak. Kebencian pada ibu dan bapa tirinya mendorong beliau lari dari 
rumah dan tinggal bersama orang lain yang mempunyai pertalian keluarga hingga beliau 
masuk ke kolej tentera dan lulus. Selepas itu, Kamal Ataturk jarang menjenguk ibunya 
walaupun sekali-sekala pulang ke tempat asalnya. Pendekata, Kamal Ataturk membesar 
sebagai seorang remaja yang memendam rasa. Sentiasa ada di hatinya rasa tidak senang 
dan sangkaan-sangkaan buruk terhadap ibunya.

Hal?hal inilah yang menyebabkan diri Kamal Ataturk bangkit di atas runtuhan segala 
kesedihannya itu dan menjadi seorang yang ujub (bangga diri). Bila dewasa, Kamal 
Ataturk dikenali sebagai orang yang sering berbangga dengan rupa parasnya dan cerewet 
tentang pakaian. Sikap bangganya terserlah dengan jelas dengan tabiatnya yang sering 
mengangkat?angkat keningnya dan suka menunjuk-nunjuk.

Mungkin kerana itu juga, Kamal Ataturk menyimpan dendam kepada ibunya. Setelah beliau 
menjadi permimpin Turki, sewaktu berucap di kubur pada hari pengkebumian ibunya, 
beliau tidak langsung membayangkan rasa terharu dan perasaan sedih atas kehilangan 
ibunya, sebaliknya beliau hanya bercakap tentang hal?hal kenegaraan.

Suami rasmi Zubeyde, Ali Riza pula adalah seorang yang kuat minum arak. Dia seorang 
anggota tentera yang selalu meninggalkan isterinya. Akibat ketagihan arak, pada tiga 
tahun terakhir menjelang kematiannya, Ali Riza diserang penyakit intestinal 
tuberculosis. Dialah yang pertama membentuk jiwa sekular dalam diri Kamal Ataturk. 
Sejak Kamal Ataturk kecil lagi, dia sudah bercitacita supaya anaknya dididik cara 
Barat dan merapersiapkan anaknya untuk membaratkan negara Turki.

Kamal dilahirkan di bandar Salonika, Turki. Kota ini memang tempat tumpuan Yahudi yang 
datang dari Greek sejak lama. Salonika juga adalah bandar yang dipenuhi oleh Freemason 
Lodges. Lebih separuh daripada 70,000 penduduk Salonika terdiri daripada Yahudi 
Dunnama (golongan Yahudi yang pura-pura masuk Islam tetapi mengekalkan keyahudian) 
semasa Ataturk dilahirkan. Mereka memeluk Islam hanya untuk mengelabui mata masyarakat 
bagi memudahkan mereka menghancurkan Islam dari dalam.

Perancangan jahat Yahudi Dunnama ini dimulakan pada tahun 1683 apabila mereka 
berpura-pura masuk Islam secara beramai-ramai. Generasi mereka inilah yang terus 
menyembunyikan kekafiran dan menzahirkan Islam. Hakikatnya mereka ini orang munafiq. 
Oleh kerana Kamal Ataturk sendiri berasal daripada Yahudi Dunnama, beliau sangat 
pro?Yahudi. Sikap pro-Yahudinya jelas bila pada tahun 1930?an beliau telah membenarkan 
pelarian Yahudi dari Jerman (saki?baki penghapusan oleh Hilter) masuk ke Turki secara 
beramai?ramai).

Jelaslah sekarang bahawa asal-usul Kamal ialah Yahudi daripada keturunan yang samar. 
Oleh sebab itu Kamal Ataturk sendiri tidak mengambil nama ayah rasminya (Ali Basya) 
sebagai namanya. Beliau membuang percatan Arab (Islam) "Mustafa" di awal namanya, dan 
di hujungnya ia memakai nama gelarannya Ataturk (bererti bapa orang-orang Turki) 
menggantikan Ali Riza sebagai marga keluarganya.

Kamal Ataturk seorang anak yang nakal dan degil. Sejak kecil lagi beliau membenci dan 
sering menentang guru- guru agama di sekolahnya. Beliau memang tidak berminat dengan 
didikan agama. Sebaliknya beliau lebih gemar dengan cara-cara Barat dan selepas 
kematian ayahnya, beliau pernah belajar di gereja kristian. Pengaruh ini sangat besar 
kesannya bila Kamal Ataturk sudah dewasa.

Ketika berumur 12 tahun, beliau berpindah ke sekolah tentera dan dilatih sebagai 
seorang kadet. Kemahirannya yang menonjol ialah di bidang matematik dan ketenteraan. 
Kamal Ataturk tamat pengajian pada tahun 1905 dengan menyandang pangkat kapten. Di 
bidang ketenteraanlah beliau mula membina dirinya untuk diterima sebagai pernimpin 
masyarakat.

Kamal Ataturk sejak mula lagi mempunyai tabiat dan peribadi yang buruk. Oleh kerana 
rupa parasnya yang segak dan berbeza dengan kebanyakan orang Turki, Kamal Ataturk 
sering berbangga dan memikat perempuan. Sejak di bangku sekolah, beliau sering 
mengunjungi kedai-kedai minuman. Beliau juga gila perempuan dan kerap ditemui di 
rumah?rurnah pelacuran. Hampir-hampir dia gagal dalam pelajarannya kerana tabiat 
seksnya yang liar. Mengenai ini, Riza Nur seorang kawan rapatnya mengulas:

"Our respected leader has one habit. He loves woman. He has to change them rapidly. He 
must be the cheif court taster." (Pemimpin yang kita hormati ini mempunyai satu 
tabiat. Dia sukakan perempuan. Dia kena kerap kali bertukar perempuan. Dia sudah tentu 
seorang ahli asmara yang hebat).

"..frequanting the brothels." (... sering mengunjungi rumah pelacuran).

Kamal Ataturk juga sangat terkenal dengan ketagihan arak. Sejak muda lagi, beliau 
sudah menjadi kaki botol, Walaupun sudah terbukti arak telah merosakkan kesihatannya, 
tetapi beliau terus berdegil dan meneruskan tabiat buruknya itu.

Kamal Ataturk juga mempunya satu lagi kegemaran yang buruk iaitu kaki judi. Selalu 
beliau bermain poker terus-menerus sejak malam hinggalah ke pagi hari. Kamal Ataturk 
suka kepada parti-parti bebas yang dipenuhi oleh permainan biliard (satu permainan 
yang sangat disukainya), arak dan wanita. Bukan itu sahaja, malah beliau juga banyak 
mengadakan hubungan sulit sepanjang hidupnya. Di dalam buku Ataturk: A Biography of 
Mustafa Kemal, the Father of Modern Turkey, Lord Kinross menulis:

"His reputed affair with a diplomat�s wife, the seduction of an innocent nurse..." 
(Hubungannya dengan isteri seorang diplomat, pencabulan seorang jururawat yang tidak 
berdosa ... ).

� ... formed a liaison with Corinne..." (... menjalin hubungan dengan Corinne...)

Lebih hina lagi, Kamal Atatur adalah seorang biseksual. Selain sukakan perempuan, 
beliau gemar kepada hubungan sesama lelaki terutamanya dengan budak-budak lelaki dan 
tidak akan melepaskan peluang itu jika timbul keinginannya. Di kemuncak kekuasaannya, 
dia begitu berpengaruh hingga dapat mengambil pelajar sekolah sebagai "anak angkat' 
dan bebas menjalinkan hubungan kekasih-ayah, guru dengan pelajar-pelajar lelaki dan 
perempuan belasan tahun.

Anehnya, Karnal Ataturk yang mendakwa dirinya sebagai pejuang pembebasan wanita itu 
tidak pernah kekal dengan seorang perempuan. Beliau mempunyai ramai perempuan simpanan 
dan tidak suka terikat dengan seorang wanita melalui ikatan perkahwinan. Dalarn 
surat?surat cintanya dia berbangga bercerita tentang hubungannya dengan pelbagai 
wanita dari berbagai-bagai bangsa.

Kamal Ataturk pern�h berkahwin dengan seorang wanita bernama Latifa, tetapi kemudian 
menceraikannya kerana isterinya itu cuba mengongkong tabiatnya yang kaki perempuan. 
Isterinya seorang yang kuat cemburu, kuat membebel dan sering memalukannya di khalayak 
ramai dengan kata-kata sindiran yang kesat. Selepas satu kejadian seumpama itu, Kamal 
Ataturk menceraikannya. Tetapi selepas itu mereka merujuk semula. Kemudian disatu 
majlis lain, Latifa memalukan rakan-rakan Kamal dengan mendedahkan keburukan setiap 
seorang daripada mereka yang hadir. Ekoran dari itu, Kamal Ataturk tidak dapat menahan 
kemarahannya lalu menceraikan isterinya sekali lagi dan sejak itu Kamal Ataturk tidak 
pernah berkahwin lagi.

Perkahwinan Kamal Ataturk itupun kerana terpaksa justeru beliau ingin menonjolkan imej 
seorang wanita contoh yang berani mendedahan aurat, bergaul bebas di depan rakyatnya. 
Sewaktu berkahwin dahulu, Kamal Ataturk menyakitkan hati kaum Muslimin dengan 
berkahwin secara Barat tetapi ironisnya, sewaktu menceraikan isterinya, dia merujuk 
kepada hukum Islam yang memberi kuasa talak kepada suami. Kamal Ataturk merasa kesal 
kerana perkahwinan itu juga menyebabkan Fikriah, seorang perempuan simpanan 
kesayangannya membunuh diri.

Sebagai seorang pemimpin, Kamal Ataturk memperlihatkan segala keegoannya. Apabila dia 
berjaya menghancurkan institusi kesultanan dan ulama di Turki di puncak kekuasaannya, 
Kamal Ataturk merasa bebas untuk melakukan apa sahaja kepada Turki tanpa mendapat 
tentangan. la suka dipuji dan tidak mahu dikongkong oleh sesiapa.

Kemuncak keegoannya, beliau seolah?olah mahu meniru Firaun yang mengaku diri sebagai 
tuhan. Pernah dia bertanya secara menyindir kepada askar-askarnya:

"Siapa tuhan dan di mana dia tinggal?"

Bagi mernuaskan hatinya, seorang askarnya telah menjawab: "Kamal Ataturk adalah tuhan."

Akhirnya, seperti Namrud dan Firaun yang mengaku tuhan, Kamal Ataturk juga mengalami 
nasib yang sama... terhina di dunia, terhina di akhirat.

Di susun oleh: Umat Prihatin - 25.09.2002




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke