*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://www.pemudapas.net/
Menteri Pendidikan, Senator Tan Sri Musa Mohamad gagal menjawab soalan
tambahan yang dikemukakan oleh
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dato' Dr Hasan Mohd Ali ketika sesi soal jawab
pada 17/9/2002 yang lalu.
Di dalam soalannya, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, meminta penjelasan dari Tan Sri
Musa Mohamad, seperti berikut:
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali [Parit Buntar]: Terima kasih [Tepuk].
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri yang datang menjawab
[Ketawa]. Soalan saya adalah soalan yang sangat mudah.
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat. Tunjukkan saya
satu contoh dalam dunia di mana ada sebuah negara atau beberapa negara yang
boleh meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan meminta pelajar-pelajar
sekolah sampai universiti mengikuti mata pelajaran tersebut Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris. Nombor dua, sikit saja
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk kepada laporan Newsweek kepada 2
Disember 1996 mengenai kajian yang dibuat berhubung dengan pencapaian Sains
dan Matematik di kebanyakan negara didapati Amerika Syarikat duduk di tempat
28, menggunakan bahasa Inggeris, orang Inggeris, UK duduk di tempat ke
16..sementara Jepun dan Korea menduduki tempat yang ke-2 dan ke-3 tidak
menggunakan bahasa Inggeris. Saya hendak Yang Berhormat Menteri bagi tahu
jangan quote hanya Profesor Chiam sahaja! [Tepuk].
Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, nampaknya ahli
Yang Berhormat begitu emosi sekali. [Dewan riuh] [Ketawa].
Oleh kerana soalan Yang Berhormat minta saya menunjukkan satu negara yang
menggunakan Sains dan Matematik untuk tujuan penguasaan bahasa Inggeris,
saya tidak dapat memberikan jawapan itu [Dewan riuh] [Disampuk] nanti dulu,
nanti dulu, saya belum habis lagi jawapan saya, ya, belum habis lagi, secara
spesifik tetapi saya janji akan memberikannya kerana memang banyak
contoh-contoh yang boleh diterima, tetapi yang penting sekali, Tuan Yang
di-Pertua, Yang Berhormat, tujuan kita untuk menggunakan bahasa Inggeris
dalam Sains dan Matematik sebab utamanya bukan untuk tujuan menguasai bahasa
Inggeris. Ini yang menjadi kekeliruan di kalangan kita. Tujuan utamanya
adalah untuk membolehkan anak-anak kita menguasai ilmu sains dan matematik
yang berkembang begitu pesat. Itu tujuan utamanya.
Selepas Musa Mohamad gagal menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh
Dato' Dr Hasan Ali, dan disorak oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang
kelihatan dengan jelas mukanya merah padam. Dan tidak lama kemudian Musa
Mohamad meninggalkan Dewan.
Dalam jawapan Musa Mohamad juga menyatakan bahawa tujuan kita untuk
menggunakan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik sebab utamanya bukan
untuk tujuan menguasai bahasa Inggeris. Ini yang menjadi kekeliruan di
kalangan kita. Tujuan utamanya adalah untuk membolehkan anak-anak kita
menguasai ilmu sains dan matematik yang berkembang begitu pesat.
Saya tidak pasti samada yang keliru dalam isu ini adalah orang ramai atau
Menteri Pendidikan sendiri yang keliru. Kerana semua orang tahu bahawa
tujuan utama subjeb matematik dan sains diajar di dalam bahawa Inggeris
adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai bahasa
Inggeris.
Perdana Menteri Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, sendiri yang memulakan isu
mengenai "kononnya" kegagalan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan
mahasiswa menyebabkan mereka tidak dapat pekerjaan.
Dan ia telah disambut oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Dato' Aziz
Shamsudin (pendek), yang telah menyarankan supaya mata pelajaran Bahasa
Inggeris di ajar dalam subjek Matematik dan Sains. Dan lebih teruk lagi dari
itu ada cadangan supaya diwujudkan semula sekolah aliran Inggeris. Aziz juga
pernah mencadangkan supaya pelajar-pelajar sekolah rendah menggunakan
warlkman untuk belajar Bahasa Inggeris di sekolah.
Itu semua atas cadangan Timbalan Menteri Pendidikan, Aziz Shamsudin, tapi
yang menjadi kambing hitamnya ialah Musa Mohamad.
Perdana V6
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Mohd Nor, Muhamad Sharman" <[EMAIL PROTECTED]>