*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kereta-kebal otak udang (='think tank') UMNO memang kaki pemutar belit, 
pemfitnah no 1 Malaysia. Malah, mungkin di dunia. Tengoklah cara mereka 
memutar-belitkan kenyataan Hassan Ali ini jadi 180 darjah.

Hassan Ali sebenarnya memuji Bahasa Jawa yang pernah menjadi bahasa utama di 
masa dulu tetapi kini telah kurang kepentingannya kerana tidak diguna secara 
rasmi. Tiba-tiba kereta kebal otak udang UMNO putarkan ia jadi Hassan Ali 
hina Bahasa Jawa!!

Elok ambil kapak bodoh, tarik lidah kereta kebal otak udang UMNO ini dan 
kapakkan lidah mereka supaya tidak boleh lagi memutar belit.

Wassalam.


>From: Number <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Fwd: Benarkah Dr Hassan Ali hina orang Jawa?
>Date: Fri, 27 Sep 2002 00:09:03 -0700 (PDT)
>
>
>Benarkah Dr Hassan Ali hina orang Jawa?
>Wednesday, September 25 @ 20:13:39 MYT
>
>
>Oleh Wartawan Harakah
>Dato� Dr Hasan, ahli Parlimen Parti Buntar dituduh oleh ahli-ahli Parlimen
>UMNO di Dewan Rakyat sebagai menghina orang Jawa.
>
>Perkara ini bermula sewaktu Dr Hasan bangun untuk mendapatkan penjelasan
>daripada Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan berhubung dengan isu
>bahasa Inggeris pada 17 September 2002.
>Dalam hujahnya, Dr Hasan menyuarakan kebimbangan bahawa di satu masa nanti
>bahasa Melayu akan pupus seandainya tidak dijadikan bahasa ilmu terutama
>dalam mengarap ilmu-ilmu moden.
>Beliau telah merujuk satu makalah yang menyebutkan bahawa kemungkinan 
>bahasa
>Melayu akan menerima nasib seperti bahasa Sanskrit dan bahasa Jawa.
>Dalam makalah yang dirujuk oleh Dr Hasan, penulis menyebutkan bahawa bahasa
>Jawa di Indonesia digunakan oleh lebih kurang 100 juta penduduk Indonesia.
>Oleh kerana ianya tidak dijadikan bahasa ilmu dan bahasa teknologi maka
>bahasa tersebut hanya menjadi alat berkomunikasi di pasar sahaja.
>Begitu juga halnya dengan bahasa Sanskrit yang satu masa dahulu merupakan
>antara bahasa teragung di dunia.
>Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Noh Omar dan Ahli Parlimen
>Ruhanie Ahmad menimbulkan semula isu ini sewaktu perbahasan pada 24
>September.
>Kedua-duanya menuduh Dr Hasan Ali menghina bahasa Jawa dan pengundi beliau
>di Sungai Burong yang sebahagiannya terdiri daripada mereka yang
>berketurunan Jawa.
>Dalam jawapannya, Dr Hasan membacakan makalah yang dirujuknya dalam ucapan
>yang lebih awal.
>Beliau dengan tegas menyatakan bahawa tidak pernah ada dalam ucapan beliau
>perkataan yang menggambarkan penghinaan kepada orang Jawa.
>Sebaliknya beliau dengan tegas meminta semua pihak orang Melayu mahupun
>orang Jawa mempertahankan bahasa Melayu yang akan dipupuskan oleh UMNO/BN
>melalui perubahan dasar menjadikan bahasa Inggeris bahasa pengantar Sains
>dan Matematik di semua peringkat persekolah mulai tahun 2003.
>Jika sokongan dan dokongan ini tidak berlaku, tambah Dr Hasan, bahasa 
>Melayu
>akan pupus.
>Penyokong-penyokong kerajaan dari UMNO ingin menjadikan perkara ini sebagai
>isu murahan untuk menidakkan sokongan orang Jawa terhadap Dr Hasan yang 
>juga
>menjadi ADUN Sungai Burong.
>�Pengundi di Sungai Burong tidak sebodoh yang disangkakan oleh YB Noh dan
>konco-konconya. Mereka tidak akan terpedaya dengan taktik murahan ini,�
>jelas Dr Hasan.
>Umno dekati PAS
>Sebaliknya tambah Dr Hasan, orang�orang UMNO semakin ghairah untuk 
>mendekati
>PAS di Parit Buntar dan Sungai Burong dalamana baru-baru ini, hampir 100
>UMNO menyerahkan borang menjadi ahli PAS di kedua-dua kawasan yang
>diwakilinya.
>�Taktik murahan YB Noh ini hanya akan memakan dirinya sendiri,� jelas Dr
>Hasan.
>Noh pura-pura prihatin
>Wakil Rakyat Kawasan Tanjung Karang, Noh Omar juga berpura-pura bersikap
>prihatin dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kelihatan seperti
>membela orang Jawa.
>Walaupun kelihatannya beliau begitu membela rakyat di Tanjung karang namun
>apa yang diucapkan di Parlimen seperti yang tercatat di dalam catitan
>Parlimen (Hansard) 17 September adalah sebaliknya.
>Ketika perbahasan, Noh yang bertikam lidah dengan Wakil Rakyat Parit 
>Buntar,
>Dato� Dr Hasan Mohd Ali dengan cuba merendah-rendahkan secara tidak 
>bersopan
>kewibawaan Dr Hasan.
>Beliau memperlekehkan Dr Hasan dengan meletakkan kedudukan Dr Hasan
>�seolah-olah macam orang tidak ada pelajaran. Macam orang Sungai Burung
>bercakap, macam JKK bercakap��.
>Kata-kata tersebut dengan sendirinya menghina penduduk Sungai Burong dan
>JKKnya. Penghinaan ini adalah sangat tidak wajar.
>Ianya benar-benar menggambarkan sifat sebenar Setiausaha Parlimen itu
>sehingga sanggup melabelkan penduduk Sungai Burong dan JKK yang telah
>mengundinya ke tahap yang begitu rendah dan mengaibkan.
>Buka mata
>Penduduk Sungai Burong dan JKK perlu membuka mata dan berfikir secara 
>serius
>dan merenungkan kata-kata Ahli Parlimen mereka di Dewan Rakyat yang mulia
>itu.
>Penduduk Sungai Burong dan JKK juga harus memikirkan samaada manusia 
>seperti
>itu patut terus mewakili mereka.
>Mempunyai seorang wakil rakyat seperti beliau sesungguhnya memalukan
>masyarakat yang diwakilinya.
> > ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
>
>
>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>
>---------------------------------
>Do you Yahoo!?
>New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!




_________________________________________________________________
Join the world�s largest e-mail service with MSN Hotmail. 
http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke