Ribuan solat hajat di bawah curahan hujan
Friday, September 27 @ 17:02:58 MYT
PENGKALAN CHEPA, 27 Sept (Hrkh) - Ribuan rakyat Kelantan tidak berganjak
menunaikan solat hajat di perkarangan Dewan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan
(Putik), biar pun hujan turun agak lebat awal pagi tadi.
Guruh berdentum di langit dan hujan mulai mencurah turun sebaik sahaja solat
hajat dimulakan dengan diimami Tuan Guru Hashim Abu Bakar dari Pondok Pasir
Tumbuh.
Mereka tetap berdiri biar pun badan dibaluti kesejukan di waktu dinihari,
semata-mata mahu mengabdikan diri kepada Allah.
Orang ramai mulai bersesak-sesak membanjiri kawasan Putik mulai jam 3.30
pagi.
Puluhan khemah yang disediakan ternyata tidak mampu untuk menampung
kehadiran begitu ramai rakyat Kelantan, untuk sama-sama memohon menjauhi
segala bala bencana terhadap kerajaan negeri dan pemimpin.
Ramai yang terpaksa bersolat di kawasan terbuka di tempat letak kereta dan
atas !
padang, memandangkan ruang bawah khemah sudah penuh sesak.
Petugas lalu lintas terpaksa bekerja keras bagi mengawal kenderaan yang
bertali arus sehingga menjelang waktu Subuh.
Golongan muslimat lebih bertuah kerana dapat bersolat di ruang yang lebih
selesa di dalam Dewan Putik. Bagaimana pun ramai di kalangan mereka yang
datang lewat terpaksa bersolat di kaki lima disebabkan ruang dalam dewan
penuh sesak.
Program anjuran Dewan Ulamak PAS Kelantan itu dimulakan dengan solat Tahajud
empat rakaat. Biar pun hujan turun agak lebat orang ramai tetap tidak
berganjak dan mereka menadah tangan ke langit di bawah curahan air hujan.
Ketika membaca terjemahan doa solat hajat, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz
Nik Mat sekali sekala disulami dengan esakkan membuatkan ribuan makmun
begitu bersemangat, tanpa disedari badan basah kuyup.
Tangisan syahdu seorang Menteri Besar ketika mengadu kepada Allah dirasakan
orang ramai begitu menghibakan sekali.
!
Solat Subuh kemudian diimami Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Mohamed
Daud yang juga anggota Exco kerajaan negeri. Program itu berakhir dengan
kuliah Subuh oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Seorang penduduk dari Gua Musang, Chek Hashim Sulaima berkata, beliau begitu
terkejut dengan sambutan luar biasa terhadap program tersebut, biar pun
hujan turun sejak petang semalam.
Katanya, beliau datang sejak petang semalam bersama rakan-rakan bagi
menyertai program tersebut.
"Sepatutnya pihak-pihak yang cuba melemahkan kerajaan di bawah kepemimpinan
ulama dengan pelbagai ugutan perlu berfikir panjang kerana majoriti rakyat
Kelantan tidak menghalal tindakan mereka," katanya.
Seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali berkata, beliau bersemangat
datang ke program itu untuk bersama-sama penduduk mempertahankan kerajaan di
bawah ketuanan ulama.
Sebelum ini, Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan pernah beberapa kali
menganjurkan program mu!
najat dan solat malam di Padang Perdana yang mendapat
sambutan luar biasa daripada orang ramai.
Program solat hajat kali ini juga sepatutnya diadakan di Padang Perdana,
Kota Bharu, bagaimana pun dipindah ke Putik di saat-saat akhir. Tuan Guru
Nik Abdul Aziz berkata, umat Islam berdemontrasi lima kali sehari semalam
ketika mengadap Allah.
Katanya, amalan seperti itu wajar diadakan lebih-lebih lagi pada bulan Rejab
sekarang, di mana Allah melipatganda pahala bagi umat yang beramal soleh.
Kesesakan sekali lagi berlaku apabila orang ramai yang masing-masing
mengelek 'botol air' mahu pulang dengan keadaan badan basah kuyup.
Peniaga makanan yang mengambil kesempatan mencari rezeki di waktu dinihari
senyum melebar, apabila periuk yang berisi nasi dan gulai hampir kosong.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!
