Kelantan peruntuk lebih RM9 juta bayar bonus
Friday, September 27 @ 16:35:48 MYT


KOTA BHARU, 27 Sept (Hrkh) - Kerajaan PAS Kelantan memperuntukan lebih RM9
juta untuk membayar bonus sebulan gaji kepada 5,998 kakitangan di negeri
ini.

Sebanyak RM5.84 juta diperuntuk untuk kakitangan awam negeri dan RM3.4 juta
bagi guru-guru yang berkhidmat di bawah Yayasan Islam Kelantan.
Timbalan Menteri Besar, Dato' Haji Abdul Halim Abdul Rahman berkata,
mesyuarat Exco kerajaan negeri Rabu lalu meluluskan untuk membayar bonus
tersebut iaitu pada Oktober dan Disember ini.
"Mereka akan dibayar bonus sebulan gaji atau RM1,200 paling minima," katanya
di sini, baru-baru ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Ekonomi, Kewangan dan
Perumahan Negeri berkata, bayaran bonus yang dinikmati kakitangan negeri
adalah serupa dengan kakitangan persekutuan.
Oleh itu, beliau berharap kerajaan Pusat mempercepatkan pembayaran gerantahunan bagi membolehkan segala perancangan dapat dilaksanakan.
Dalam perkembangan lain, beliau juga berkata, kerajaan negeri akan menerima
pakai Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi menggantikan Sistem Saraan Baru
(SSB) yang diguna sebelum ini.(NY)
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke