*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Salah Sangatkah Nik Aziz Bila Mengatakan "Mahathir Mengaku Tak Pandai Baca Al-Quran.."??
Sekalung tahniah layak dihadiahkan kepada PDRM kerana bertindak cepat menjalankan siasatan ke atas Nik Aziz sejurus selepas laporan polis dibuat oleh seorang peniaga di Bachok. Seharusnya itulah kerja polis, cepat dan cekap. Dan memang kebelakangan ini, kita melihat 'kecekapan' polis semakin menjadi-jadi. Ia meningkat begitu mendadak berbeza jauh dengan prestasi yang ditunjukkan sewaktu memburu Mat Komando. Dari kes 'tunjuk ********', 'video lucah' hinggalah kepada isu samseng, PDRM lebih cepat bergerak dari pelakon-pelakon filem Hindi menukar pakaian semasa menyanyi! Ceritanya bukanlah payah sangat untuk difahami. Sebagaimana episod-episod lain sebelum ini, apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan dalam salah satu ceramahnya bahawa ".. Mahathir sendiri mengaku dia tak pandai baca Al-Quran..", maka ia mencetuskan kemarahan ahli-ahli UMNO di seluruh negara. Bagaimana mungkin al-fadhil Presiden mereka dituduh sebegitu jahil! Tak mungkin seorang Perdana Menteri yang ketokohannya dikagumi seluruh dunia, dan seluruh dunia Islam menganggap bahawa Malaysia ialah negara Islam contoh malah bukankah mereka semua ingin mencontohi Malaysia. Tiba-tiba dalam keadaan sedemikian, tokoh kerdil yang bernama Nik Aziz pula mengatakan, "Mahathir sendiri mengaku dia tak pandai baca Al-Quran!!" Memang Nik Aziz sudah melampau! Kerana itulah, apabila Nik Aziz tiba-tiba hari ini memohon maaf di atas 'keterlanjurannya' itu, ahli-ahli UMNO seluruh negara sepatutnya menerima ucapan tahniah. Presiden mereka yang tersayang sebenarnya boleh membaca Al-Quran, dan yang paling gembira tentulah Zainuddin Maidin yang tentunya baru sedar bahawa dia sebenarnya selama ini menjadi kuli kepada orang yang pandai baca Al-Quran sebenarnya. Dan yang lebih-lebih lagi gembira tentulah Tan Sri Hamid Othman yang berpangkat Penasihat Agama kepada Perdana Menteri. Rupa-rupanya, selama ini dia menasihati seorang yang sudah pandai membaca Al-Quran. Itupun kalau terbukti bahawa Mahathir memang pandai membaca Al-Quran. Soalnya sekarang, pandaikan Mahathir baca Al-Quran. Apabila Nik Aziz memohon maaf di atas keterlanjurannya (sebenarnya beliau hanya terlanjur pada lafaz Mahathir sendiri mengaku…) , agenda seterusnya ialah menentukan siapakah yang menang? Walaupun bukanlah satu keperluan sebenarnya untuk memutuskan pemenang di atas satu-satu isu, namun iklim politik di Malaysia sebenarnya menuntut ke arah itu. Bohong sekali sesiapa yang menyatakan bahawa tiada menang kalah dalam pertarungan politik di Malaysia. Pasti ada yang menang sekalipun kemenangan itu terpaksa dibuat-buat seperti berlaku di Pendang. Malah seandainya yang menolongnya ialah 'hantu' sekalipun, setiap pertarungan pasti memerlukan kepada pemenang. Dalam kes baca Al-Quran ini, siapakah yang mendapat keuntungan? Isu ini tidak akan menjadi perbincangan kalau peniaga yang bernama Mohd Zain dari Bachok itu tidak membuat laporan polis. Tetapi apabila laporan sudah dibuat dan akhbar-akhbar sudah mula menjadikan ia sebagai satu isu, maka khalayak akan bertanya, benarkah Mahathir pandai baca Al-Quran? Setakat tulisan ini dibuat, Mahathir masih lagi menyepi di atas isu ini? Gembirakah Mahathir apabila seluruh negara mula memperkatakan tentang kepandaiannya di dalam membaca Al-Quran. Umum mengetahui bahawa Mahathir bukanlah berpendidikan agama. Walaupun mungkin Mahathir memang pandai membaca Al-Quran, kebolehannya di dalam bidang itu tentunya tidaklah lebih dari kepandaian seorang pelajar tingkatan satu sekolah agama rakyat sekalipun tidak setaraf dengan seorang graduan sekolah PASTI. Hujahnya, ayat-ayat Al-Quran bukanlah tema kepada setiap ucapan yang disampaikan oleh pemimpin dunia Islam yang dikagumi itu. Sekalipun Mahathir pandai membaca Al-Quran, namun pengakuannya tidak boleh berbahasa Arab adalah satu perkara yang menarik. Benar, baca Al-Quran dan berbahasa Arab ialah dua perkara yang berlainan. Namun kepandaian bahasa Arab itulah yang menentukan setakat mana kefahaman di dalam menafsir kehendak Al-Quran. Apa yang pasti, seorang yang memahami kehendak Al-Quran tidak akan tergamak sama sekali menukar lafaz Basmalah yang mulia menjadi 'Bismillahi samseng..' sekalipun untuk tujuan menyindir. Beriktikad dengan lafaz tersebut boleh menjatuhkan hukuman 'kafir mutlak' dan seorang pembaca Al-Quran seperti Mahathir tiba-tiba tergamak menjatuhkan hukuman itu pada musuh politiknya sekalipun untuk tujuan sindiran. Tidakkah itu melampau? Apa kata Hamid Othman tentang hal ini? Di mana pula suara Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang menjadi Sayang sekali, sekali lagi isu ini nampaknya semakin mendedahkan kedangkalan Mahathir di dalam ilmu Al-Quran dan bahasa Arab. Sekalung simpati kita hulurkan kepada 'seorang peniaga di Bachok' yang membuat laporan polis, entahlah apa nasib yang akan diterima olehnya akibat silap langkahnya ini. Tahniah juga sekali lagi kita hulurkan kepada pihak polis yang bertindak cepat menyiasat penghinaan Nik Aziz kepada Mahathir ini. Alangkah untungnya kalau tindakan secepat ini turut dilakukan ekoran timbunan aduan Lutfi Othman terhadap isu rasuah Khir Toyo. Mungkin isu rasuah terlalu remeh temeh untuk diselesaikan sebegitu cepat. Kalaupun tidak mampu untuk menyiasat seorang Menteri Besar yang mungkin mempunyai pelbagai kekebalan, siasatlah tahanan-tahanan ISA yang didakwa memiliki bom-bom tangan dan merancang untuk melakukan huru-hara. Setidak-tidaknya tuduhan ini dapat dibuktikan di mahkamah. Sayang sekali, setelah lebih setahun, ke mana hilangnya bom-bom tangan dan pelancar-pelancar roket yang didakwa dahulu? Hairan ya, ke mana pula perginya kecekapan pihak polis? Nik Aziz mungkin terlanjur apabila menyatakan, "Mahathir sendiri mengaku dia tidak pandai baca Al-Quran" dan Nik Aziz telah memohon maaf di atas keterlanjurannya. Namun bilakah Menteri Dalam Negeri memohon maaf apabila mahkamah mengisytiharkan penahanan ISA beberapa orang ahli politik sebagai tidak sah? Atau bilakah pula Mahathir sendiri memohon maaf apabila mengeluarkan kenyataan menghina hukum hudud beberapa lama dahulu…? Seterusnya, kita menunggu kalau kes ini dibawa ke mahkamah, mungkinkah Mahathir akan dipanggil untuk membuktikan kepandaiannya membaca Al-Quran dihadapan hakim? Kalau saya, saya akan mengatakan, "Mahathir bukan setakat tidak memahami Al-Quran, malah menghina hukum Al-Quran!" dan saya tidak akan memohon maaf di atas kenyataan itu. Ahmad Fadhli bin Shaari (28 September 2002) ___ __________________________________________________ Do you Yahoo!? New DSL Internet Access from SBC & Yahoo! http://sbc.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: art jeffries <[EMAIL PROTECTED]>