Keadilan juga sudah tidak ada di Malaysia - Ustaz Hadi
Tuesday, October 01 @ 15:00:06 MYT


Kenyataan Media Pemangku Presiden PAS dan Ketua Pembangkang di Parlimen, YAB
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 30hb September 2002

1. PAS mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Mahathir
Mohamad yang menyatakan perasaan tidak senang dan pesimis terhadap tidak
wujudnya lagi keadilan dan demokrasi di dunia sekembalinya beliau dari
sidang ASEM di Copenhagen, Denmark semalam.
2. Perasaan Perdana Menteri ini berikutan dengan tindakan bersendirian
Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya Britain untuk menyerang Iraq walaupun
setelah Iraq membenarkan Pasukan Pemeriksa Bangsa-bangsa Bersatu memasuki
Iraq dan akibat dari kepungan regim Ariel Sharon terhadap Presiden Yassir
Arafat di halaman kawasan pentadbirannya di Muqataa, Ramallah.
3. PAS berkongsi perasaan yang sama dengan Perdana Menteri dan PAS ingin
menyatakan pengalaman yang dialami oleh Perdana Menteri itu menjadi
pengalaman PAS dan Parti Pembangkang yang lain dalam perjalanan keadilan dan
demokrasi di dalam negara ini. Kalau Perdana Menteri merasakan dunia sudah
tidak adil dan tidak ada demokrasi lagi, begitulah juga di negara ini PAS
dan Parti Pembangkang merasakan sudah tidak ada lagi keadilan dan berlaku
penghakisan demokrasi. Kerajaan bertindak di dalam negara seperti AS
bertindak di peringkat antarabangsa dalam persaingan politik di negara ini.
4. PAS merasa dukacita kerana kerajaan Malaysia tunduk kepada desakan
Amerika Syarikat dan Singapura dalam menahan mereka yang dikatakan ahli KMM.
Malah persetujuan kerajaan membenarkan pegawai Kastam Amerika Syarikat
ditempatkan di pelabuhan Malaysia adalah langkah yang menggugat kedaulatan
Malaysia.
5. PAS sebagai sebuah parti politik yang sah ingin mengajak kerajaan supaya
bersikap terbuka dan berlapang dada dengan tidak menutup ruang-ruang
keadilan dan demokrasi supaya demokrasi ini dapat diselamatkan.
6. Ruang-ruang keadilan, kebebasan dan demokrasi hendaklah dibuka
seluas-luasnya untuk rakyat bersuara dan menyatakan sikap mereka dan dengan
demikian kerajaan secara langsung dan tidak langsung akan menyuburkan
keadilan dan demokrasi dan dengan demikian juga menutup pintu-pintu
penentangan secara militan seperti yang didakwa kerajaan oleh pihak-pihak
yang terkongkong dengan pelbagai kepungan akta dan lain-lain.
7. Akta-akta ISA, OSA dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan
Akujanji yang mengongkong pelajar dan pensyarah universiti hendaklah
dihapuskan supaya suasana lebih segar dapat diwujudkan yang sekaligus akan
mengurangkan tindakan-tindakan militan dari mana-mana pihak.
8. Sikap tertutup kerajaanlah yang menyuburkan reaksi-reaksi militan yang
berlaku di negara ini, jika ada, malahan sikap menggunakan pelbagai tongkat
dan akta yang zalim ini tidak akan menguntungkan kerajaan bahkan kerajaan
menempah bahaya termasuk para pemimpinnya sekali.
9. Dalam masyarakat yang tertutup akan tercetus gejala-gejala negatif kerana
tindakan sedemikian akan berakhir dengan timbulnya sikap militan yang boleh
menjejaskan keselamatan negara.
10. Kerajaan patut mengikuti beberapa kebaikan dari demokrasi Barat yang
membenarkan pembangkang menggunakan media massa dan kebebasan bersuara dan
berdemonstrasi. Ini telah menyebabkan tidak berlaku pemberontakan dalam
demokrasi Barat yang memberi ruang kebebasan kepada rakyatnya sehinggalah
jika demonstrasi telah menjadi tidak dapat dikawal lagi barulah polis
memainkan peranan untuk menjamin keamanan.
11. Pengalaman dari peristiwa kejatuhan Marcos di Filipina, Suharto di
Indonesia dan Shah di Iran patut menjadi pelajaran bagaimana
pemimpin-pemimpin ini ditumbangkan dengan penuh penghinaan agar ia tidak
terjadi di negara ini.
12. Sebenarnya kebebasan bersuara boleh menyuburkan demokrasi di samping
dapat menyaring positif dan negatifnya pandangan sebagai alat pemantauan
kerajaan. Sikap terbuka sebegini akan memberi kebaikan kepada kerajaan dan
rakyat seluruhnya.
13. PAS untuk kesekian kalinya ingin menyatakan menentang penggunaan
kekerasan bersenjata untuk mendapat kuasa kerana negara ini masih ada baki
ruang untuk bersuara walaupun sedikit demi sedikit ruang kebebasan bersuara,
keadilan dan demokrasi mendapat pencabulan demi pencabulan dari kerajaan.
Kita mengajak kerajaan membuka luas ruang-ruang, suasana-suasana demokrasi,
keadilan dan kebebasan dalam negara ini untuk dikecapi rakyat seluruhnya
setelah 45 tahun negara merdeka.
Sekian, terima kasih.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke