Ummi Hafilda nak jadi time bomb letupkan Azalina

Kemunculan Ummi Hafilda,yang terkenal kerana kes bekas Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bakal mengegarkan suasana menjelang
pemilihan jawatan Ketua Puteri Umno.
Ini kerana keputusannya melangkah masuk menawarkan diri didorong oleh satu
matlamat iaitu mencari kebenaran dalam kontroversi yang menyelubungi Azalina
Othman Said.
Bagi Ummi satu kepastian samaada Ketua Penaja Puteri Umno itu bersalah atau
tidak pada semua dakwaan yang dihadapkan padanya harus diketahui segera demi
menjaga nama baik Umno.
“Samaada saya menang atau kalah dan begitu juga dapat pencalonan atau tidak,
itu tidak penting.Saya tegas merasa pekara yang paling mendesak sekali
sekarang ialah Azalina harus membersihkan namanya dari segala dakwaan baik
dari segi isu lesbian ,penyelewengan dana,kepincangan kepimpinan,penganiyaan
dan sebagainya dan jika tidak beliau tidak layak menjadi pemimpin Puteri
Umno,”katanya.
Bercakap dalam satu pertemuan dengan Agendadaily malam tadi beliau merasa
sangat berserabut melihat suasana “ ada yang tidak kena” menjelang pemilihan
jawatan itu pada 1 November ini.
Ummi,35, dan ahli Umno bahagian Gombak mengumumkan hasratnya untuk menyertai
pemilihan ini semalam.
Adik kepada ahli dewan undangan negeri Parti Keadilan Nasional kawasan Hulu
Kelang,Azmin Ali ini menjelaskan beliau asalnya tidak berhajat menyertai
pemilihan jawatan Puteri Umno.
“Sebab itu saya lewat membuat pengumuman ini,”katanya.
Menurut Ummi sebagai seorang ahli Umno yang sayangkan parti,beliau merasa
amat hairan melihat kontrovesi yang melibatkan Azalina yang seolah-olah
kebal terhadap segala dakwaan yang dibuat terhadapnya.
“Jika Datuk Seri Anwar berjawatan Timbalan Perdana Menteri boleh disiasat
habis-habisan apakah keistimewaan dan besarnya Azalina dalam hal ini.
“Apa bezanya di antara seorang wanita yang didakwa lesbian dengan seorang
lelaki yang didakwa homoseks terutama sekali bila dakwaan itu dibuat oleh
orang yang sama,"katanya merujuk kepada dakwaan yang dibuat oleh akhbar
tabloid Perdana Sari milik Khalid Jafri yang juga penulis buku 50 Dalil
mengenai perilaku Anwar.
Katanya, sekalipun beliau berpuashati Anwar didapati bersalah tetapi
tidaklah adil sekiranya pemimpin Umno lain yang didakwa atas aktiviti yang
tidak bermoral itu dibiarkan bebas tanpa perlu membela diri. “Pada ketika
Anwar terpaksa membela dirinya ,saya kecewa Azalina gagal berbuat demikian
dan cuma bersembunyi di belakang pemimpin atasan,"tegas Ummi.
Ummi menjelaskan beliau membuat keputusan menyertai pemilihan kerana merasa
terpanggil setelah mendengar macam-macam cerita dikalangan bekas Exco Puteri
dan ahli Exco yang masih memegang jawatan mengenai dakwaan kepincangan dalam
kepimpinan Azalina.
“ Selain mereka ada juga Ketua-ketua Puteri Negeri yang datang jumpa saya
beritahu hal itu dan ini.Semuanya memberitahu saya mereka tidak berani untuk
mendedahkan kepincangan-kepincangan itu kerana sebab-sebab tertentu.Mereka
minta saya masuk dan bersuara tentang ini,”katanya.
Katanya selain itu beliau juga banyak mendengar cerita mendakwa Azalina suka
“menjual” nama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk menakutkan
orang menentangnya dan menguatkan pengaruhnya.
“Cara ini sangat tidak beretika,”tegasnya.
Menurut Ummi beliau sendiri pernah melalui pengalaman cuba ditakutkan oleh
Azalina.
Katanya kejadian itu berlaku selepas peristiwa kebakaran Dewan Tunku
Canselor Universiti Malaya bila beliau menegur Azalina kerana membuat
kenyataan melulu mendesak Naib Canselor universiti itu meletakan jawatan.
Azalina telah menugaskan salah seorang Exco Puteri menelefonnya untuk
mengingatkannya tidak ada hak untuk campur dalam urusan Puteri Umno.
Ummi menegaskan setelah banyak membuat pengorbanan dan melalui segala macam
cabaran hidup termasuk melalui berbagai soalsiasat polis dan dihina oleh
penyokong reformasi kerana membuat pendedahan dalam kes Anwar ,beliau merasa
amat tidak wajar sekali kalau wujud double standard dalam mencari keadilan.
Kepada satu soalan,Ummi berkata beliau sendiri agak hairan bagaimana Azalina
setakat ini boleh terus membolot semua pencalonan sedangkan berbagai dakwaan
terhadapnya belum terjawab setakat ini.
“Siapa yang tidak hairan,sana sini saya dengar ahli Umno dan Puteri kata dan
dakwa macam-macam tetapi bila sampai waktu pencalonan dia sapu
bersih.Mustahil pekara seperti ini boleh berlaku.
“Saya melihat ini berkait rapat dengan sikap ahli Umno sendiri yang suka
bercakap belakang tetapi bila terpaksa berdepan misalnya dalam soal
pencalonan dimana semua orang tahu dimana pendirian mereka angguk.
Kalau hal begini berterusan kita jangan salahkan pihak pembangkang kata
macam-macam pada Umno.Pendirian kita sendiri sebagai ahli Umno tidak tegas,”
katanya. “Sebagai ahli Umno saya berpendirian Azalina harus mengambil
tanggongjawab membersihkan namanya dulu.
Jika tidak beliau tidak layak memimpin Puteri Umno.Saya akan mengunakan hak
saya sebagai ahli parti menentukan semuanya terjawab sekalipun mungkin saya
terpaksa melanggar etika pemilihan dan hilang kelayakan bertanding.
“Saya pernah berkorban untuk parti dan negara dan satu lagi pengorbanan
dalam membetulkan kepimpinan Puteri Umno tidak menjadi masalah bagi diri
saya,”tegasnya.
Ummi berpendapat kepincangan dalam kepimpinan Azalina bukanlah satu hal yang
baru dan sengaja di gembar gemburkan menjelang pemilihan ini.
“ Sudah lama saya dengar orang bercakap ,kalau seorang dua tak apa,ini kalau
sudah sepuluh dua puluh orang cakap benda yang sama,mesti ada yang tidak
kena. Biasanya kalau tidak angin masakan pokok bergoyang.
“Yang peliknya orang cakap macam mana sekalipun,tuduh itu ini pucuk pimpinan
seolah mendiamkan diri dan tidak mengambil sebarang usaha menyiasat dan
Azalina terus memimpin Puteri seolah tidak ada apa-apa.
“Kalau dulu contohnya bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik
dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammd Muhd Taib perlu melepaskan
jawatan sewaktu menghadapi dakwaan,macam mana sekarang Azalina boleh terus
bebas memegang jawatan ?”
Ummi bimbang imej Puteri yang merupakan satu pergerakan baru yang penting
bagi Umno akan terjejas menyebabkan generasi wanita muda ragu hendak
menyertainya.
Ditanya apakah antara langkah yang akan diambilnya untuk memastikan
kebenaran kedudukan Azalina diketahui segera,Ummi berkata beliau bercadang
untuk mengajak semua calon yang menawarkan diri bersatu.
Melalui perpaduan itu,katanya,mereka dapat memperjuangkan hal ini dengan
berkesan. “ Kalau semua calon yang tawar diri bawa haluan masing-masing
seperti sekarang,saya fikir mereka tidak akan kemana,”katanya.
Menurut Ummi beliau sedang memikirkan satu nama yang sesuai dan ada impak
bagi pakatan itu.
“Apa kata saya namakan “Pasukan Anak Tiri Umno” ,sesuai tidak ?” ujarnya
secara berjenaka.
Soal siapa bertanding jawatan nombor satu,nombor dua dan seterusnya akan
dibincangkan sesama mereka.
“Yang penting pakatan ini antara lain akan mendesak pucuk pimpinan menyiasat
sedalam-dalamnya semua dakwaan terhadap Azalina.Kita nak pastikan dia bersih
kalau nak bertanding dan pegang jawatan Ketua Puteri,”tegasnya.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke