Dr M kata orang, tetapi dia yang lebih - Dewan Ulama'
Wednesday, October 02 @ 12:21:52 MYT


KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh) - Dewan Ulama' PAS Pusat menyokong penuh
kenyataan akhbar i Pemangku Presiden PAS bahawa keadilan sudah tidak wujud
di Malaysia.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sayap kanan PAS itu hari ini,
mereka yakin bahawa apa yang didakwa dan diucapkan oleh Presiden UMNO itu
ialah sesuatu yang boleh disifatkan sebagai "mengata orang, dia yang lebih"
sahaja.
Semalam Harakahdaily melaporkan kenyataan Pemangku Presiden PAS, Dato' Seri
Abdul Hadi Awang yang menyokong kenyataan PM bahawa tiada keadilan di
Amerika.
Dalam masa yang sama beliau mempertikaikan bahawa di Malaysia juga tidak ada
keadilan dengan adanya ISA yang boleh menahan sesiapa saja tanpa perlu
dibuktikan dia bersalah.
"Kami tidak faham bagaimana konflik yang ada dalam diri Dr. Mahathir
sehingga beliau melihat semua kejahatan yang dila! kukan leh USA dan sekutunya
itu sebagai suatu dosa, jahat dan tidak berperi kemanusiaan, sedangkan
mangsa tahanan ISA yang telah disahkan tidak bersalah oleh mahkamah tidak
diambil tindakan sewajarnya," kata kenyataan Dewan Ulama' PAS itu.
Menurut Dewann Ulama', PM sudah tidak dapat membezakan dengan jelas tentang
kesalahan orang dengan kesalahan sendiri.
Segala kesalahan orang lain dikecam dengan sebegitu rupa, sedangkan
kesalahan sendiri sudah tidak salah lagi, kata kenyataan itu.
Dewan UPP dengan ini menyokong penuh kenyataan akhbar YAP DAto' Seri
Pemangku Presiden bahawa keadilan sudah tidak wujud di Malaysia. DUPP yakin
bahawa apa yang didakwa diucapkan oleh Presiden UMNO itu ialah sesuatu yang
boleh disifatkan sebagai "mengata orang, dia yang lebih". Kami tidak faham
bagaimana konflik yang ada dalam diri Dr. Mahathir sehingga beliau melihat
semua kejahatan yang dilakukan leh USA dan sekutunya itu sebagai suatu dosa,
jahat dan t! idak berperi kemanusiaan, sedangkan mangsa tahanan ISA yang telah
disahkan tidak bersalah oleh mahkamah tidak diambil tindakan sewajarnya.
Nampaknya beliau sudah dapat membezakan dengan jelas tentang kesalahan orang
dengan kesalahan sendiri. Segala kesalahan orang lain dikecam dengan
sebegitu rupa, sedangkan kesalahan sendiri sudah tidak salah lagi. Kami juga
menyeru agar kepimpinan PAS di semua peringkat agar menyebutkan isu keadilan
dan penghakisan demokrasi ini disebutkan dengan lebih lantang agar seluruh
rakyat Malaysia sedar betapa tidak banyak perbezaan tindakan USA dan
sekutunya dengan tindakan Dr. Mahathir dalam konteks perkembangan dalam
negeri. Segala kenyataan ini hendaklah disertakan dengan bukti kukuh untuk
meyakinkan rakyat bahawa masa yang diberikan kepada BN sudah cukup tempohnya
dan peluang perlu diberikan kepada BA untuk menerajui kepimpinan negara
selepas pilihanraya umum yang akan datang.
"Kami juga menyeru agar kepi! mpinan PAS di semua peringkat agar menyebutkan
isu keadilan dan penghakisan demokrasi ini dengan lebih lantang agar seluruh
rakyat Malaysia sedar betapa tidak banyak perbezaan tindakan USA dan
sekutunya dengan tindakan Dr. Mahathir dalam konteks perkembangan dalam
negeri.
"Segala kenyataan ini hendaklah disertakan dengan bukti kukuh untuk
meyakinkan rakyat bahawa masa yang diberikan kepada BN sudah cukup tempohnya
dan peluang perlu diberikan kepada BA untuk menerajui kepimpinan negara
selepas pilihanraya umum yang akan datang," kata kenyataan itu.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke