Berita // News
Mahathir Berjaya Memasukkan Malaysia Dalam Senarai 15 Negara Pengganas
Tuesday, October 01, 2002 - 11:01 AM GMT
Amerika Syarikat terhadap pelawat-pelawat dari Malaysia akibat perbuatan
Mahathir sendiri keliling kampung mengatakan adanya 'pengganas' di Malaysia.
Pepatah Inggeris mengatakan "Apa yang ditanam, itulah dituai esok hari".
Mahathir hanya menggunakan alasan 'pengganas' untuk memenjarakan Ketua
Pemuda Ezam Mohd Nor dan rakan-rakan di bawah ISA. Setelah itu Mahathir ke
sana ke mari bersorak mengatakan dia telah menahan 'pengganas'. Tetapi
akibatnya, Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam senarai 15
negara yang 'berisi!
ko menjadi sarang pengganas'. "Ini satu tamparan hebat
kepada Mahathir kerana dia sendiri telah keliling kampung ke Washington dan
Eropah menceritakan bagaimana dia terpaksa menggunakan ISA untuk menahan
pengganas," kata jurucakap Sekretariat Pemuda. "Akibatnya, Abdullah Badawi
terpaksa buka kasut untuk pemeriksaan keselamatan kerana ditakuti membawa
senjata. Mahathir berjaya merendahkan taraf Malaysia di mata Amerika
Syarikat sehingga Timbalan Perdana Menteri sendiri disyaki berkemungkinan
membawa bahan-bahan merbahaya." "Hari ini Mahathir merungut semacam budak
kecil kerana diberi layanan buruk oleh Amerika Syarikat, walhal dia sendiri
yang bertanggungjawab meletakkan Malaysia di dalam senarai 'negara-negara
penyimpan pengganas'."
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=!
Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!
