*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dr M kata orang, tetapi dia yang lebih - Dewan Ulama'
 
Wednesday, October 02 @ 12:21:52 MYT 


KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh) - Dewan Ulama' PAS Pusat
menyokong penuh kenyataan akhbar i Pemangku Presiden
PAS bahawa keadilan sudah tidak wujud di Malaysia. 

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sayap
kanan PAS itu hari ini, mereka yakin bahawa apa yang
didakwa dan diucapkan oleh Presiden UMNO itu ialah
sesuatu yang boleh disifatkan sebagai "mengata orang,
dia yang lebih" sahaja. 
Semalam Harakahdaily melaporkan kenyataan Pemangku
Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang
menyokong kenyataan PM bahawa tiada keadilan di
Amerika. 

Dalam masa yang sama beliau mempertikaikan bahawa di
Malaysia juga tidak ada keadilan dengan adanya ISA
yang boleh menahan sesiapa saja tanpa perlu dibuktikan
dia bersalah. 

"Kami tidak faham bagaimana konflik yang ada dalam
diri Dr. Mahathir sehingga beliau melihat semua
kejahatan yang dilakukan leh USA dan sekutunya itu
sebagai suatu dosa, jahat dan tidak berperi
kemanusiaan, sedangkan mangsa tahanan ISA yang telah
disahkan tidak bersalah oleh mahkamah tidak diambil
tindakan sewajarnya," kata kenyataan Dewan Ulama' PAS
itu. 

Menurut Dewann Ulama', PM sudah tidak dapat membezakan
dengan jelas tentang kesalahan orang dengan kesalahan
sendiri. 

Segala kesalahan orang lain dikecam dengan sebegitu
rupa, sedangkan kesalahan sendiri sudah tidak salah
lagi, kata kenyataan itu. 

Dewan UPP dengan ini menyokong penuh kenyataan akhbar
YAP DAto' Seri Pemangku Presiden bahawa keadilan sudah
tidak wujud di Malaysia. 

DUPP yakin bahawa apa yang didakwa diucapkan oleh
Presiden UMNO itu ialah sesuatu yang boleh disifatkan
sebagai "mengata orang, dia yang lebih". Kami tidak
faham bagaimana konflik yang ada dalam diri Dr.
Mahathir sehingga beliau melihat semua kejahatan yang
dilakukan leh USA dan sekutunya itu sebagai suatu
dosa, jahat dan tidak berperi kemanusiaan, sedangkan
mangsa tahanan ISA yang telah disahkan tidak bersalah
oleh mahkamah tidak diambil tindakan sewajarnya. 

Nampaknya beliau sudah dapat membezakan dengan jelas
tentang kesalahan orang dengan kesalahan sendiri.
Segala kesalahan orang lain dikecam dengan sebegitu
rupa, sedangkan kesalahan sendiri sudah tidak salah
lagi. 

Kami juga menyeru agar kepimpinan PAS di semua
peringkat agar menyebutkan isu keadilan dan
penghakisan demokrasi ini disebutkan dengan lebih
lantang agar seluruh rakyat Malaysia sedar betapa
tidak banyak perbezaan tindakan USA dan sekutunya
dengan tindakan Dr. Mahathir dalam konteks
perkembangan dalam negeri. 

Segala kenyataan ini hendaklah disertakan dengan bukti
kukuh untuk meyakinkan rakyat bahawa masa yang
diberikan kepada BN sudah cukup tempohnya dan peluang
perlu diberikan kepada BA untuk menerajui kepimpinan
negara selepas pilihanraya umum yang akan datang. 

"Kami juga menyeru agar kepimpinan PAS di semua
peringkat agar menyebutkan isu keadilan dan
penghakisan demokrasi ini dengan lebih lantang agar
seluruh rakyat Malaysia sedar betapa tidak banyak
perbezaan tindakan USA dan sekutunya dengan tindakan
Dr. Mahathir dalam konteks perkembangan dalam negeri. 

"Segala kenyataan ini hendaklah disertakan dengan
bukti kukuh untuk meyakinkan rakyat bahawa masa yang
diberikan kepada BN sudah cukup tempohnya dan peluang
perlu diberikan kepada BA untuk menerajui kepimpinan
negara selepas pilihanraya umum yang akan datang,"
kata kenyataan itu. 





__________________________________________________
Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!
http://sbc.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: art jeffries <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke