adakan solat hajat di stadium kt dan sebutkan khusus nama othman. itulah kehendaknya. 
hanya kepada Allahlah tempat kita mengadu. ini bukan lagi waktu untuk bincang2. 
wallahu'alam

--- message from Number <[EMAIL PROTECTED]> attached:

_____________________________________________________________
-------------------------------------------

All the intelligence of the internet 
http://www.intelbrief.com

_____________________________________________________________
Select your own custom email address for FREE! Get [EMAIL PROTECTED] w/No Ads, 6MB, 
POP & more! http://www.everyone.net/selectmail?campaign=tag
--- Begin Message ---

Kenyataan Ketua Polis tidak benar - Wan Muttalib
Thursday, October 03 @ 13:34:51 MYT


KUALA TERENGGANU, 3 Okt (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,
Perumahan, Alam Sekitar dan Pentadbiran Awam negeri, Dato' Wan Abdul
Muttalib Embong berkata, kenyataan Ketua Polis negeri, Penolong Kanan
Pesuruhjaya (1), Othman Talib yang tersiar dalam akhbar New Straits Times
adalah tidak benar dan palsu.

Katanya, laporan itu dibuat dengan niat untuk menjatuhkan maruahnya sebagai
pemimpin kerajaan negeri dan ahli politik.
Beliau menyatakan demikian dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis
Kuala Terengganu, di sini, petang semalam berhubung kenyataan Othman Talib
yang disiarkan pada muka surat 4, New Straits Times pada 1 Oktober lalu.
Antara lain, kenyataannya dipetik oleh Othman sebagai berkata:
"Othman said about 10.20 pm, Wan Muttalib who was stopped by the police near
a junction at Sekolah Menengah Kebangsaan Penari! k, had told a policeman on
duty, that he had talked to State Deputy Chief Asistant Commissioner (II)
Mior Husin Mior Lop Ahmad.
"Wan Muttalib told the policeman that the deputy police chief had agreed
that the roadblocks be removed."
"Othman said the policeman called the deputy police chief to confirm the
information and was told that there was no such instruction."
"As far as we are concerned, Wan Muttalib had committed an offence under
Section 182 Penal Code for giving false information to a public servant on
duty."
Menurut Wan Muttalib, beliau telah meneliti kenyataan tersebut dan mendapati
sebahagian besar laporan tersebut adalah tidak tepat dan juga untuk
menjatuhkan maruahnya.
"Kedua-dua kenyataan tersebut jika benar dikatakan oleh Encik Othman Talib
adalah kenyataan palsu dan tidak benar dan saya tidak pernah melakukan
kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang mengikut undang-undang.
"Saya mungkin boleh didakwa! tetapi bukannya saya telah melakukan kesalahan
(had committed an offence) sehingga mahkamah mendapati saya melakukan
kesalahan setelah terbukti," ujarnya dalam laporan polis itu.
Seterusnya, kata beliau, kenyataan yang disiarkan dalam Berita Harian pada 1
Oktober, muka depan juga mengandungi unsur-unsur yang tidak benar dan palsu
dan kelihatan berniat untuk menjatuhkan maruahnya, khususnya petikan yang
dibuat:
"Wan Muttalib mendakwa Mior Husin bersetuju membenarkan sekatan jalan raya
dihentikan selepas mengadakan perbincangan dengannya."
Menurutnya, beliau tidak pernah berkata demikian kepada pegawai polis
tersebut.
"Saya tidak pernah berkata demikian dan sebaliknya tatkala melihat jalan
raya terlalu sesak dan setelah menghampiri sekatan polis, saya turun dengan
sendirinya dan memanggil pegawai di situ (OC) yang menguruskan sekatan
tersebut dan menyatatakan saya telah dimaklumkan oleh YB Dato' Penasihat
Undang-undang negeri pada ! siangnya bahawa Mior Husin, Timbalan Ketua Polis
negeri bersetuju jika ceramah diadakan dalam kawasan Kem Bari.
"Saya memaklumkan kami setuju dan sekejap kemudian saya lihat polis mula
pulang bersama lori dan trak menuju ke arah Kuala Terengganu," katanya.
Katanya lagi, ceramah diadakan di dalam Kem Bari dan "saya minta supaya
pegawai itu (OC) menemui Mior Husin dan memaklumkan supaya dibatalkan
sekatan jalan raya kerana ianya telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang
teruk, lagipun kami telah adakan ceramah dalam kem.
"Selepas itu, saya tinggalkan tempat tersebut untuk pergi ke tempat
ceraman," ujarnya dalam laporan polis itu.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!--- End Message ---

Kirim email ke