*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum Hizbi netters sekelian.

Semoga semua berada dalam keadaan sihat wal’afiat serta mendapat hidayah 
daripada Allaw s.w.t.
Kita hendaklah sentiasa berdoa agar Allah sentiasa melimpahkan taufik dan 
hidayah kepada kita.
Tanpa hidayahNya maka mustahil kita dapat mengikuti serta mentaati segala 
perintahNYa dan menjauhi segala larangNya.
Hari ini oleh kerana saya ada sedikit kelapangan maka saya mengajak kita 
sekelian merenungi serta menghisab diri kita sendiri apakah bekalan yang 
akan kita bawa nanti.
Rasulullah s.a.w besabda dalam sebuah hadith maksudnya:
”Orang yang paling cerdik dan bijak diantara kamu adalah orang yang sentiasa 
mengingati mati”
Disini jelas bahawa kita hendaklah sentiasa (continuously) mengingati akan 
mati dan yakin bahawa satu hari nanti kita akan bertemu dengan Allah jua.
Kita harus check dimanakan masa kita dihabiskan saban hari.
Kita harus check adakah hati kita telah dilalaikan daripada mengigati Allah 
s.w.t.
Biasalah ketika kita dalam keadaan sakit, demam atau kesusahan hati kita 
akan ingat kepada Allah sentiasa.
Apakah apabila dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dengan kenderaan yang 
baru maka kita akan mudah lupa pada Allah? Dahulu ketika mempunyai kenderaan 
yang agak lama maka sebelum memulakan perjalanan maka kita mulai dengan doa’ 
agar kenderaan kita selamat tiba ketempat yang ditujui.
Ketika itu pergantungan kita dengan Allah amat kuat.
Apakah setelah memiliki kereta baru maka kita mudah lupa kepada Allah?
Dahulu ketika ingin memohon perkerjaan untuk mencari rezeki maka hati kita 
sentiasa berdoa kepada Allah agar kita berjaya dalam temuduga.
Dahulu sebelum mengambil peperiksaan maka segala doa kita pohonkan kehadrat 
Allah swt agar kita boleh menjawab segala soalan didewan peperiksaan dengan 
cemerlang.
Dahulu sebelum dikurniakan anak maka kita bermunajat kepada Allah agar 
diberikan anak serta selamatkan ibu dan anak ketika menghadapi kesakita 
bersalin.
Ketika kita dalam keadaan terdesak maka hati kita sentiasa ingat kepada 
Allah.
Ketika kita melalui sakit yang amat sangat maka hati kita akan bergantung 
kepada Allah.
Ketika itu kita yakin hanya Allah sahaja yang boleh menyelamatkan.
Ketika itu kita yakin segala janji Allah adalah benar.
Ketika itu kita yakin segala hukum hakam Allah adalah benar.
Ketika itu kita yakin bahawa Al-Quraan itu benar.
Ketika itu kita yakin segala ajaran Rasullah itu adalah benar.

Marilah kita hisab dan merenungi diri kita sendiri.
Dimanakah pergantungan kita sekarang?
Apakah setelah mempunyai kerja yang tetap maka pergantungan kita kepada 
Allah kian rapuh
Apakah setelah memiliki rumah yang tersergam indah maka pergantungan kita 
kepada Allah kian lemah.
Apakah kita telah menghadirkan hati kita ketika berdoa kehadrat Allah swt 
atau sekadar berdoa routine biasa tanpa menghadirkan hati.

Semoga peringatan yang ringkas ini untuk memperingat diri saya dan juga 
Hizbirians sekelian.

Cantik yang sebenar bukan dari eloknya paras rupa tapi dari akhlak yang 
mulia

Ceria ceria selalu.

Buang yang keruh ambil yang jenih.

**UJANG**




















_________________________________________________________________
MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: 
http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ujang 123" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke