Assalamualaikum,
 
Ada kawan saya tanya soalan ni, so saya jawab setakat yang saya tahulah. Ada sebarang kesilapan atau tambahan?
-------------------------------
Seekor lembu maximum boleh di kongsi dengan 7 bahagian sahaja. Tak kira lelaki dan perempuan. Satu nyawa satu bahagian. Cuma yang afdhal, kalau anak lelaki buat 2 kali. Bukan 2 bahagian untuk seorang lelaki tapi dua ekor haiwan yang berbeza. Samada 2 ekor kambing atau ambil satu bahagian dari lembu A dan satu bahagian dari lembu B. Ada pendapat yang menyebut, jangan di buat serentak untuk kedua-dua bahagian anak lelaki tersebut. Maknanya buat pada dua masa yang berbeza, mungkin selang 2-3 bulan ke. Untuk anak perempuan, satu ekor kambing atau satu bahagian lembu sudah memadai.

Wallahu A'lam

Assalamualaikum.........
 
saya ada musykil sikit. Boleh tolong huraikan masalah saya nie.
 
Kalau kita nak buat aqiqah menggunakan seekor lembu, berapa bahagian.Maksud saya seekor lembu tu boleh di kongsi dengan berapa orang.
 
Berapa lelaki & berapa perempuan. Lembu tu kadar umurnya berapa & apa2 lagi lah yang berkaitan dengannya.
 
Saya takut tersilap pulak nanti. Awak lagi arif, so tolong saya yeee....
 
Wassalam.
Zah.

Kirim email ke