*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Husam diarah keluar Dewan


SESI penggulungan perbahasan Bajet 2003 Kementerian Penerangan petang
semalam kecoh menyebabkan seorang lagi Ahli Parlimen, Husam Musa (Pas-Kubang
Kerian) diarahkan keluar dari Dewan.

Husam menjadi Ahli Parlimen kedua diarahkan keluar dan tidak dibenarkan
menghadiri persidangan selama dua hari kerana enggan duduk dan memberi
laluan kepada Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Senator Datuk
Zainudin Maidin meneruskan penggulungan perbahasan.

Semalam, Ahli Parlimen Kota Melaka (Kerk Kim Hock) digantung daripada
menghadiri persidangan selama tiga hari kerana alasan yang sama.

Timbalan Speaker, Datuk Lim Si Cheng mengarahkan Husam keluar mengikut
Peraturan Mesyuarat 44 selepas ahli Parlimen itu tidak menghiraukan amaran
supaya duduk.

Kekecohan bermula apabila Zainudin memulakan perbahasan dengan mencabar
beberapa pemimpin Pas yang didakwanya menggunakan Islam untuk menutup
'kejutawanan' mereka tetapi membiarkan rakyat miskin.

Pertikaman lidah berlaku apabila wakil Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat)
Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Husam bangun untuk menjawab tetapi tidak
dibenarkan Zainudin.

Ketika Zainudin menyentuh mengenai slot rancangan RTM 'Kelantan Dalam
Gerhana' dan mungkin menyiarkan pula mengenai kemiskinan di Terengganu
sambil mendakwa Pas menipu kononnya ada keluarga miskin di Kubang Pasu,
Mahfuz bangun sambil menunjukkan cakera padat video yang didakwanya mengenai
rakyat miskin di Kubang Pasu serta gambar kemiskinan di Kepala Batas.

"Saya bertanggungjawab terhadap wawancara itu (sambil menunjukkan vcd dan
gambar). Kalau benar dakwaan saya bohong, adakah RTM sedia menayangkan klip
video ini," katanya.

Husam kemudian bangun dan mengatakan bahawa Zainudin berbohong dan meminta
Lim mengarahkan Zainudin keluar jika tidak tahu berbahas.

Ketika Lim cuba mententeramkan keadaan dan mengarahkan supaya semua ahli
Parlimen duduk, Husam bangun dan mengatakan Zainudin sebagai sakit jiwa dan
anti Islam kerana membuat pelbagai tuduhan kepada Pas tanpa bukti.

"Halau saja dia (Zainudin) keluar... dia sakit jiwa... anti Islam. Kenapa
menteri tidak datang... menteri makan gaji buta ke... kenapa hantar budak
(Zainudin) ni," katanya yang menyebabkan Raja Ahmad Zainudin Raja Omar
(BN-Larut) bangkit dan mendesak Husam menarik balik kenyataannya.

Sebaliknya, Lim mengarahkan wakil pembangkang diam dan duduk bagi memberi
laluan Zainudin meneruskan penggulungan sebelum tiba-tiba Husam bangkit
menghalang Setiausaha Parlimen meneruskan penggulungan.

Lim seterusnya mengarahkan Husam keluar kerana tidak mengendahkan amarannya
supaya semua ahli Parlimen duduk dan memberi laluan kepada Zainudin
menggulung.

"Yang Berhormat Kubang Kerian keluar dari Dewan ini, ini keputusan saya...
selama dua hari," katanya.

Ketika ditemui di Lobi parlimen, Husam berkata, beliau akan menghantar nota
bantahan kepada Lim mengenai arahan itu.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20021009234413/A
rticle/

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke