Kos guaman:Peguam Mahathir cuba serah notis muflis terhadap Anwar

KUALA LUMPUR, Khamis 10 Okt -- Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim telah
dimaklumkan oleh pihak berkuasa Penjara Sungai Buloh bahawa peguam cara
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berusaha menyerahkan notis
muflis ke atas Anwar hari ini.
Peguam Sankaran Nair, dalam satu kenyataan memetik Anwar sebagai berkata
bahawa beliau tidak dapat menerima notis itu "atas sebab-sebab prinsip".
Ketika dihubungi, seorang ahli firma guaman Adnan Sundra & Low, yang
mewakili Dr Mahathir, enggan mengulas.
Pada 26 April lepas, Anwar diperintah membayar kos sebanyak RM35,381 kepada
Dr Mahathir berikutan kegagalan rayuannya di Mahkamah rayuan terhadap
keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan saman RM100 juta terhadap perdana
menteri.
Anwar memfailkan saman pada Januari 1999 mendakwa Dr Mahathir menipu dan
mempunyai niat jahat kerana menyatakan beliau (Anwar) telah melakukanperbuatan tidak bermoral, pada sidang media di Jabatan Perdana Menteri.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun kerana rasuah dan liwat.
Nair, pada sidang media hari ini berkata dalam surat bertarikh 5 Sept, 2002,
Adnan Sundra & Low menulis surat kepada Karpal Singh & Co (yang juga peguam
Anwar) menuntut kos.
Nair berkata peguam cara Dr Mahathir juga menulis surat menyatakan bahawa
anak guam mereka tidak berhasrat mendapatkan kos undang-undang bagi kes di
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan.
Anwar telah diarah membayar kos RM85,284.80 bagi prosiding di Mahkamah
Tinggi dan RM18,489 lagi bagi kos prosiding di Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan paa 23 Feb tahun lepas, menolak permohonan Anwar,
dengan kos, untuk mendapat kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah
Rayuan.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke