Saya beri peluang Noh buat kerja rumah - Nik Aziz
Monday, October 14 @ 09:00:38 MYT


KOTA BHARU, 14 Okt (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik
Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak akan memberi fakta sebenar buat
sementara dan memberi peluang kepada Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Noh Omar untuk membuat 'kerja rumahnya' semula.

"Jangan sampai tersangkut di pukat dan patah tanduk, taring, gigi dan gusi,
bagaimana sakitnya menanggung fitnah dan sayalah mangsa yang diberi tempat
paling istimewa setakat ini," ujar Ustaz Nik Abdul Aziz.
Beliau berkata demikian dalam kenyataannya ketika menjawab dua isu yang
berbangkit di Parlimen Rabu, 9 Oktober lalu.
Dua isu tersebut ialah mengenai pengakuan salahnya atas dakwaan Perdana
Menteri tidak tahu membaca al-Quran dan Perdana Menteri anti hudud.
Katanya, penjelasan Noh mengenai kedua-dua isu itu adalah bercelaru dan
fakta yang dikemukakan pula! tidak betul.
Menurut Tuan Guru lagi, mengenai kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha
Parlimen tersebut ada dua fakta salah.
"Pertamanya mengenai kenapa saya mengaku silap cakap dan begitu juga
masaalah hudud yang kononnya Perdana Menteri tolak hudud itu pun salah,"
ujarnya.
Beliau bagaimanapun tidak berhajat untuk memperbetulkan kenyataan bercelaru
Setiausaha Parlimen berkenaan kecuali setelah beliau (Noh Omar) meminta
kenyataan sebenar darinya.
Sementara itu, ketika bercakap kepada media selepas merasmikan Pesta
Kebudayaan dan Kesenian Cina 2002 di Dewan Perniagaan Cina baru-baru ini,
beliau beliau berkata jika Datuk Noh tidak meminta penjelasan tersebut,
bermakna Setiausaha Parlimen itu berpuas hati dengan pembohongannya dalam
Parlimen.
"Sedangkan dalam Parlimen orang tak boleh cakap perkara tak betul. Orang
mesti cakap perkara betul, jadi kalau dia (Noh) tidak meminta penjelasan
bererti dia telah mencemarkan institusi Parlim! en," ujarnya.
Dalam sidang Dewan Rakyat Rabu lalu, Noh antara lain dilaporkan berkata,
keberkesanan laporan polis ini dapat dilihat apabila Menteri Besar Kelantan
membuat kesilapan kedua dengan mengatakan Perdana Menteri tidak pandai
membaca al-Quran.
"Apbila dipanggil polis dan dilakukan siasatan, beliau mengaku apa yang
dimaksudkan ialah Perdana Menteri tidak tahu berbahasa Arab dan mengaku
kesilapan tersebut serta menarik balik perkataan itu," ujar Noh Omar di
Parlimen.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke