Jangan lagi ke Amerika
Tuesday, October 15 @ 14:21:59 MYT


MIN AINA ILA AINA
Oleh Subky Latif
JIKA tidak dibangkitkan oleh seorang wakil rakyat di Parlimen, tiada yang
tahu Timbalan Perdana Menteri Malaysia terpaksa menanggal kasut dan tali
pinggang ketika melepasi garis imigresyen memasuki Amerika.

Rupanya Perdana Menteri Dr. Mahathir yang menjadi tetamu Presiden George
Bush pula dikasari dalam kapalterbang sendiri oleh pegawai keselamatan
Amerika.
Enam bulan lalu Tan Sri Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri memberi
tahu saya, beliau tidak akan ke Amerika jika tidak dipastikan ada pegawai
perwakilan Malaysia menunggu di airport. Pemeriksaannya teruk sangat.
Saya tidak bertanya bagaimana buruknya layanan itu, tetapi memadailah dengan
menyatakan setiap orang asing yang masuk ke Amerika selepas tragidi 11
September habis kena geledah teristimewa orang Islam.
Kira-kira kita boleh katakan pemeriksaan yang ketat ! adalah menasabah tetapi
yang Amerika laksanakan itu adalah keterlaluan. Jika di Asia diajar supaya
senyum dan beradab apabila tetamu masuk ke negara kita, tetapi tiada lagi
senyum dan adab bagi Amerika menerima kedatangan orang asing. Amerika bukan
sekadar kasar dengan orang asing tetapi ia kira-kira tidak lagi sedia
menerima tamu ke negaranya terutama orang Islam.
Di zaman Gua Al Kahfi dulu tamaddunnya anti orang beriman. Tujuh pemuda
beriman mereka buru. Masyarakat jahiliyah Quraisy juga anti kepada pemeluk
Islam, lalu mereka disiksa dan serang. Agaknya sejarah itu berulang di
Amerika setiap yang Islam itu dianggap 'pengganas' tidak kira mereka tebal
atau nipis imannya.
Jika Amerika tidak memberi apa-apa keistimewaan dan pengecualian kepada Dr.
Mahathir dan Abdullah Badawi, adalah suatu layanan yang tidak pilih bulu
terhadap pembesar negara ini, suatu yang tidak sopan bagi tamaddun negara
kita. Kita boleh buat macam-macam ulasan me! ncemuhnya. Tetapi itulah budi
bahasa bangsa itu dan itulah peraturan yang mereka buat selepas kejadian 11
September.
Jika kita tidak bersetuju dengan akhlak mereka, kita jangan pergi ke Amerika
dan jangan terhegeh-hegeh berkira bicara dengan mereka. Berbicara dan
bermuamalatlah sama sendiri dan kita tegakkan tamaddun yang kita sukai dan
yang kita pilih.
Bangsa Amerika sudah membuat peraturan. Asal orang asing dan asal Islam pula
mesti dilayan sesuai dengan melayan orang yang disyaki dan dianggap
pengganas. Tidak kira mereka orang biasa, pemimpin atau raja. Manusia itu
bagi mereka sama dan undang-undang yang mengawal mereka sama dan layanannya
juga sama.
Jika rakyat kena tanggal kasut maka menteri dan raja juga kena tanggal
kasut. Antara yang kena tanggal kasut itu adalah orang Islam. Sekali pun
mereka tahu Dr. Mahathir, tetapi mereka orang Islam. Orang Islam pada masa
ini adalah calon yang senang jadi pengganas.
Satu masa dulu ! rakyat Malaysia tidak boleh masuk Israil. Seorang peremuan
keturunan Cina dari Malaysia singgah ke Tel Aviv. Habis seluar dalam kena
raba dan rambut kena urai, kulit kepala kena gari. Pada hal Cina tidak
pernah hirau kewujudan Israil dan tidak tahu elok atau tak eloknya Yahudi.
Tetapi kerana Cina itu orang Malaysia, maka layanan kepada orang Malaysia
begitu caranya.
Tidak perlulah kita bantah dan tidak parlu ambil pusing dan cerca mereka.
Demi menjaga keselamatan mereka, mereka sudah buat peraturan untuk
mengelakkan kecelakaan. Mereka tegas, keras dan tidak pilih siapa.
Dr. Mahathir boleh bersungut, masakan dia bawa senjata dalam kapalterbang
sendiri, dan dia bukanlah pengganas.
Itu dakwaan Dr. Mahathir tentang dirinya. Tetapi Amerika bimbang orang Islam
berupaya sanggup meletupkan diri sendiri. Dan yang merempuh menara kembar di
New York itu juga adalah orang Islam dan menggunakan kapalterbang yang
mereka pandu untuk merempuh menara! kembar.
Soal Dr. Mahathir dan Abdullah menentang dan bertindak terhadap orang yang
disyaki militen, adalah hal lain, tetapi orang Islam itu ganas atau lemah
lembut tidak berbangkit. Peraturan Amerika telah menetapkan orang Islam
misti diawasi. Amerika tidak mahu orang memiliki kapalterbang menggunakan
kapalterbang merempuh bangunan-bangunan tinggi Amerika lagi.
Sekali pun Dr. Mahathir juga benci kepada pengganas dan bersama-sama anti
keganasan, tetapi mereka adalah dari negara dan rantau yang disyaki
pengganas bersarang. Walaupun mereka begitu tetapi mereka datang dari
kawasan itu dan orang yang kulit dan darahnya sama dengan kulit dan darah
orang yang disyaki.
Kira-kira begitulah agaknya sikap kerajaan melihat orang yang pernah belajar
dan pernah belajar di Pakistan dan Afghanistan. Kawasan itu mengajar orang
main senjata dan melatih orang jadi mujahidin. Maka sesiapa pernah ke situ,
lemah lembut atau keras tidak penting. Tetapi ke! situ mudah jadi militen.
Saikologi pemimpin Malaysia menghadapi orang Malaysia yang pernah ke
Afghanistan, kira samalah dengan saikologi Amerika melayani orang Islam.
Semuanya sama. Dalam undang-undang bagi Rasulullah, jika mencuri itu
puterinya Fatimah, maka baginda akan kerat tangannya.
Peraturan imigresyen Amerika setiap orang asing mesti tanggal kasut dan tali
pinggang, maka raja dan timbalan perdana menteri pun kena buka talipinggang.
Jika kita tidak setuju, maka kita jangan ke Amerika dan boleh mencadangkan
supaya Bangsa-Bangsa Bersatu ditukarkan ke Paris atau ke Hong Kong. Jangan
lagi ia berpejabat di New York kerana Amerika adalah negeri koboi.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke