>



Choose an Internet access plan right for you -- try MSN! Click Here
--- Begin Message ---
Sahabat-sahabatku,
Allah SWT suruh kita sembahyang kerana Allah sayang kat kita. Allah SWT nak kita dekat padaNya. Pada solat ada kelazatan, kemanisan, pengabdian, keamanan, ketenteraman. Percayalah...tunaikan solat wahai sahabatku yang dikasihi. Allah SWT sudah janji akan mengampuni kesalahan kita, bukankah kita selalu mendengar Rasulullah SAW memberi jaminan: "Apabila seseorang itu menunaikan solat, dosa-dosanya akan diletakkan di atas kepalanya atau tengkuknya, setiap kali dia rukuk dan sujud, gugurlah dosa itu daripadanya."
 
Sahabat-sahabatku yang dikasihi,
Orang-orang dahulu menjadikan solat sebagai cara untuk menghilangkan kedukaan mereka. Penyelesaian kepada permasalahan, mengubat kelukaan jiwa yang mana Allah SWT menyuruh kita: "pintalah pertolongan dengan bersabar dan bersolat..."(Al-Baqarah : 45) Rasulullah SAW menjadikan solat sebagai tempat untuk memperolehi kedamaian dan pengubat kepada hati yang sedih.
 
Sahabat-sahabatku yang dicintai,
Amat dahsyat seksaan Allah SWT kepada mereka yang meninggalkan solat. Jangan sesekali sahabat-sahabat memandang mudah urusan solat.....ahli neraka Saqar ditanya : "Apakah yang menyebabkan kamu dibakar dalam neraka Saqar ?" mereka menjawab, "kami semasa atas dunia dahulu tidak menunaikan solat." Al-Muddathir : 42-43.
 
Sahabat-sahabatku semua,
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW memberi amaran : "Barangsiapa yang mengabaikan solat maka Allah SWT akan mengenakan 12 azab yang dahsyat ke atasnya. 3 daripadanya akan dirasai semasa di dunia ini di antaranya :
1) Allah SWT akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2) Allah SWT mencabut nur (cahaya) orang-orang mukmin daripada wajahnya.
3) Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
 
3 adalah ketika dia hendak mati, antaranya:
1) Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun dia telah minum seluruh air laut.
2) Dia akan berasa yang amat seksa dan azab ketika ruh dicabut keluar.
3) Dia dikhuatiri akan hilang imannya (dan seterusnya akan kekal untuk selama-lamanya dalam neraka).
 
3 lagi yang akan dihadapinya ketika di dalam kubur, antaranya:
1) Dia tidak akan dapat menjawab pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2) Kuburnya akan menjadi gelap-gelita.
3) Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul dan remuk (seperti jari bertemu jari).
 
Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Cuba kita renungkan kisah ini. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah SAW melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis ?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah SAW ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasullullah SAW memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah SAW kami melihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi yang hitam."
 
Kemudian Rasulullah SAW dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda tadi dan baginda pun berdoa kepada Allah SWT kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah SAW dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
 
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah SAW pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu ?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari akhirat nanti akan dibangkitkan oleh Allah SWT seperti babi hutan yang hitam.
 
Di zaman Abu Bakar r.a. ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyangkannya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
 
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaahaillallahu Muhammadur Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku ? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah SWT yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksakannya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini ?" Berkata ular, "Dia telah melakukan 3 kesalahan, di antaranya:
1) Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2) Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3) Dia tidak mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.
 
Sumber:
lepaq kejap, Julai/Ogos 2002.
--- End Message ---

Kirim email ke