Salamun'alaikum~

Bebaru ni aku terbaca satu jurnal mengenai ekonomi sebuah negara Islam.
Jurnal tu mengisahkan betapa Islam itu indah dalam menjalankan aktiviti
ekonomi mengikut syarak yang telah ditetapkan melalui Al-Quran, 
As-Sunnah, Ijmak Sahabat dan Qiyas. Antara perkara yang suka aku kongsi disini 
ialah dari aspek pemilikkan dalam negara Islam. Aku tak la berapa cerah 
sangat dalam bab ekonomi ni, tapi sekadar nak kongsi.

Adapun secara ringkasnya pemilikan dalam polisi sebuah negara Islam
terbahagi kepada 3 jenis :

a. Pemilikan individu - setiap rakyat yang tinggal dalam sebuah negara 
Islam ada hak sendiri masing-masing. Tidak ada individu lain berhak 
mencerobohi atau merampas hak individu tersebut termasuk khalifah atau imamah 
negara Islam. Antara yang menariknya ialah segala hasil bumi adalah milik 
rakyat.

b. Pemilikan awam - kerajaan wajib menyediakan kemudahan asas kepada 
rakyat tanpa ada cukai ada sebarang kutipan dari rakyat untuk mengadakan
infranstruktur kemudahan asas tersebut serta tidak pula dikutip ketika
diguna oleh rakyat seperti tol yang sedia ada.
c. Pemilikan negara - kerajaan mempunyai hak tertentu yang dinamakan 
hak kerajaan dan khalifah bebas memberikannya kepada individu rakyat atau
dijadikan sebagai public ownership untuk dikongsi bersama.

Selepas terbaca jurnal tersebut aku berlapang dada mentelaah lebih 
dalam mengenai ilmu ekonomi dan hukum tersebut. Nah ! Benar, aku temui banyak
dalil mengesahkan intipati jurnal tersebut. Begitu la indahnya Islam ni
sebenarnya, kita tinggal dalam sebuah negara Islam cukup harmoni dan 
tanpa sedikit merasa tertekan samada faktor ekonomi, sosial, politik, 
pendidikan dan lain-lain. Bahkan setiap satu aspek kenegaraan yang disebut tadi
bersangkutan antara satu dengan yang lain. 

Sebagai contoh macam bebaru ni, seorang tua tu, dia dah tak mampu nak
memikirkan bagaimana nak mencari peluang perkukuh ekonomi negara yang
ditadbirnya, dia naikkan harga bahanapi sesuka hatinya atas alasan 
ingin meningkatkan KDNK dan menggalakkan sektor pelancongan negara, seorang 
rakyat seorang pelancong. Hasil dari saranan tersebut, petrol naik 2 sen 
seliter, roti canai naik 10 sen, teh tarik naik 10 sen, belanja poket anak-anak
sekolah pun naik dan lain-lain barang keperluan naik mengikut rentak
kenaikan harga bahan keperluan asas. Ini menyebabkan rakyat terbanyak
menghadapi satu lagi trauma pendapatan seisi rumah dalam suasana gawat
menanti rebah ekonomi kapitalis dimana serangan bertubi-tubi keatas FDI
negara. Mana ada OT sekarang untuk pekerja kilang ? CUEPECS pun tengah 
fight nak bagi imbuhan lebih pada kakitangan gomen. Boleh dikatakan sekarang 
zaman ubi kayu hampir tiba. Apatah lagi sementelah bapak syaitan dunia 
isytihar berdegil untuk berperang !

Inilah masanya orang tua tu bercelaru kepala otak dia mencari back-up
disana-sini, antara plan A dia yang sampai ke pengetahuan aku, mengenai
Valuecap yang konon nak mengangkat keyakinan FDI untuk melabur dalam 
negara bagi meransang Composit Index. Heehhe.. helah zaman Soros dah tak jalan 
beb, mat saleh luar sana tak la sebodo anak cucu dia disini yang menggelabah
biawak mencari peluang nak jadi kaya.. Last sekali Valuecap tah kemana,
mamak kadir tu jugak jadi sasaran ! Lantak engkau lah mamak oi. Mamak 
luku mamak, elok la tu.

Untuk kembali kepada Islam yang syumul, moh kita selak balik sirah Nabi 
SAW dan hayati Islam bersempena ma'al hijrah yang mendatang. Kita reform 
diri kita, pemikiran kita dan semua ummah supaya kembali Islam yang syumul.
Banyak perkara benar yang tersembunyi diluar sana dek kerana ditutup 
oleh hamparan kapitalis yang menjanjikan faedah dunia yang sangat sedikit
berbanding ganjaran akhirat.

"Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka ia zalim" (Al-Maidah : 45)

Kembali Menghidupkan Islam !



Do you Yahoo!?
Yahoo! Tax Center - forms, calculators, tips, and more

Kirim email ke