*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semenjak dua menjak, budaya concert semakin dibiakkan. Kalau
nak gerenti ramai orang datang sambut pemimpin, terutama pemimpin
umno, memang sohih, depa akan panggil artis2 buat concert.
Kemudian, tanya, apasal lah gejala remaja runtuh akhlak semakin
menjadi2, sampai anu kat tepi jalan macam binatang pun dah
tak pelik lagi. Dan tanya lagi, apasal lah pusat hiburan degil
buka sampai dinihari.  Hiburan, dadah, gejala sosial, runtuh
akhlak, kurang didikan agama disekolah2 dll. - hanya pemimpin2
tongong aje yg tak nampak  lihat benda2 ni adalah kait mengait.

Cakap susah tak cakap susah. Selagi pemimpin2 tongong diangkat,
tunggu tengok ajelah apa yang akan terjadi seterusnya.

---Konsert Rakyat - Himpunan artis paling ramai
ARTIS popular tanah air terus menjadi pilihan untuk menjadi
penarik orang ramai menghadiri perhimpunan yang besar.

Tanpa banyak rayuan, peminat seseorang artis akan memberi
sokongan dengan menghadiri sesebuah persembahan yang disertai
oleh penyanyi pujaan masing-masing.

Artis tanah air memberikan sokongan padu dengan kesediaan
bersama-sama konsert yang bakal dicatatkan dalam Malaysia Book
of Records sebagai konsert yang menampilkan artis paling ramai
dalam sebuah konsert.

Penyanyi popular Siti Nurhaliza, Ella, Camelia, Ning Baizura,
Zainal Abidin, Jamal Abdillah, Aishah, Fauziah Latiff dan ramai
lagi akan memeriahkan.

Ia juga akan diserikan oleh penyanyi pelapis seperti Siti Sarah,
Misha Omar, Elyana, Aqasha, Fazley dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan kumpulan New Boyz, Spider, NRG, Innuendo dan
ramai lagi.

Konsert itu akan dipersembahkan secara percuma di Stadium Shah
Alam, Selangor mulai pukul 8.30 malam hingga pukul 12 tengah
malam.

Konsert itu juga akan memuatkan segmen khas Bujang Lapok
menampilkan pelakon veteran seperti Mariani, Aziz Sattar, S.
Shamsudin, Wahid Satay dan Yusni Jaafar.

Pengerusi konsert itu, Datuk Syed Yusof Syed Nasir berkata,
konsert tersebut diilhamkan oleh Sultan Selangor sendiri.

``Baginda ingin bersama-sama rakyat dan artis dalam satu majlis
sempena kemahkotaan baginda,'' kata Syed Yusof pada sidang media
di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut beliau, persembahan semua penyanyi di dalam konsert
empat jam itu akan diiringi oleh Orkestra Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur di bawah pimpinan Ishak Alimuda.

Artis juga akan diberi layanan istimewa dengan ditempatkan
bersama-sama kerabat diraja. Ini adalah perubahan yang dilakukan
kerana selama ini artis hanya duduk di belakang pentas selepas
tamat mengadakan persembahan mereka.

``Kami ingin menjadikan konsert itu sebagai satu konsert yang
menjadi kenangan kepada baginda,'' kata Syed Yusof lagi.

Konsert tersebut mendapat kerjasama kerajaan negeri Selangor
serta Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia.

Konsert tersebut akan dirakam dan dipasarkan dalam video cakera
padat manakala keuntungannya disalurkan ke Yayasan Raja Muda
Selangor.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Graduate To Parenthood~ http://www.BabyUniversity.com 

Visit Our Sister Sites!
http://www.MyBabyShops.com ~ http://www.HookedOnFreebies.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "kuaklentang" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke