*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mengapa Kassim Ahmad yang terang-terang sesat lagi menyesatkan tidak
ditangkap?
>>>>>>>>>
'Waspada risalah antihadis'
BAGAN DATOH: Umat Islam diminta berwaspada terhadap penyebaran empat risalah
antihadis yang mempertikaikan akidah dan keimanan umat Islam.
Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din berkata, walaupun empat
risalah itu sudah diharamkan penjualannya, ia dipercayai masih tersebar luas
ke seluruh negara dengan didalangi pihak tertentu.
Beliau berkata, tiga risalah itu tidak mencatatkan nama penulisnya tetapi
dipercayai ditulis penulis yang sama, masing-masing berjudul Tiang Agama,
Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah Adalah Kristian serta Solat Ahli Sunnah Wal
Jamaah Menyeleweng.
Risalah keempat dan yang terbaru berjudul Al-Quran dan Ahli Sunnah Wal
Jamaah ditulis oleh Kassim Ahmad yang terkenal sebagai penulis menolak hadis
berbelas tahun lalu.
Abu Hassan berkata demikian ketika menyampaikan ceramah kuliah Subuh di
Masjid Al-Taqwa, Kampung padang Tembak, Teluk Intan di sini awal pagi
kelmarin.
Abu Hassan berkata, risalah Tiang Agama itu menyebut sesiapa saja yang
melafazkan dua kalimah syahadah dianggap sebagai syirik.
Malah, beliau berkata, risalah yang sama menyebut sesiapa yang rajin
bersolat juga termasuk dalam golongan syirik kerana mereka banyak menyebut
kalimah syahadah itu.
Sementara itu, risalah Ahli Sunnah Wal Jamaah pula mendakwa tidak ada hukum
dalam Al-Quran yang mewajibkan wanita memakai tudung tetapi syarat itu hanya
terdapat dalam Kristian.
Abu Hassan berkata, semua risalah itu secara terang bercanggah dengan ajaran
Islam kerana mengandungi fakta yang bertentangan dengan apa yang
disyariatkan Islam.
Beliau menyifatkan penyebaran risalah itu sebagai propaganda pihak tertentu
yang hendak melemahkan akidah serta keyakinan umat Islam terhadap Al-Quran
dan Hadis.
Sehubungan itu, Abu Hassan mengajak umat Islam mengukuhkan perpaduan dan
berusaha mengelakkan sengketa terutama yang membabitkan fahaman politik yang
berbeza.
Katanya, apabila seseorang mukmin itu masuk ke dalam masjid bertujuan untuk
beriktikaf atau beribadah, mereka perlu meninggalkan semua gelaran, pangkat
dan kedudukan.
"Tidak ada apa yang membezakan seseorang itu apabila mengadap Allah kecuali
keimanan," katanya.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/EdisiUtara/20030318090043/Articl
e/
_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary
information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.
This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>