*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kita bukan mengutuk Iran, tapi mempertikaikan sikapnya yang
BEGITU kuat anti-Amerika, tapi mereka yang menjadi jiran terdekat
kepada Iraq hanya bersikap berkecuali. Dulu saya ingat ketika
tentera Amerika terletak jauh dari sempadan Iran, maka orang-
orang Iran melaung-laungkan semangat mahu mati syahid berperang
dengan Amerika.

Kita yang ada di Malaysia begitu pedih melihat ummat Islam dibom
oleh tentera Kuffar, apakah Iran hanya mampu melihat sahaja,
padahal mereka melihat jiran mereka dipukul hingga mati oleh
samseng-samseng.

Dulu semasa Ayatullah Imam Khomeini masih hidup, dia pernah
meminta Iraq membenarkan Iran menggunakan ruang udara dan jalan
Iraq supaya Iran boleh menyerang Israel.

Kita mesti ingat, rantau Teluk ialah kawasan tanahair and maruah
ummat Islam. Jangan sekali-kali membenarkan satu kuasa Kuffar
bermaharajalela di situ. Kini kita lihat Iran umpama kucing yang
takut kepada singa (iaitu Amerika), padahal kehadiran tentera
Amerika hanya bilangan kecil sahaja jika dibandingkan dengan
tentera bersama Iraq-Iran.

Lebih-lebih lagi, tentera Kuffar kini berada di Jazirah Arab
Saudi yang mana Nabi kita berpesan tidak boleh berhimpun dua
ugama di tanahair Rasulullah. Apakah orang-orang Saudi tidak
taat kepada Nabi? Adakah Iran sendirian yang mengaku diri mereka
sebenarnya pewaris sunnah Nabi yang mereka mendakwa mendokong
Ahlul-Bait tidak faham suruhan Nabi?

Kita ucapkan syabas kepada ummat Islam di Yemen, Jordan, Mesir
and Syria yang menunjuk perasaan anti-Amerika. Sekarang apa sudah
jadi kepada orang-orang Iran? Kenapa diam saja? Penakut?

Kita tunggu dan lihat.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke