*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Macam biasa, pagi tadi (selasa 25 Mac) dok tercongok
depan TV dari pukul 7 sampai pukul 8 pagi, tengok
latest dari Iraq thru Al-Jazeera.
Ha tu dia, malam tadi semalaman tengok berita
CNN/BBC/NBC - semuanya dok cerita pasal Bush/Blair dan
geng2 depa marah tak sangga kat Saddam kononnya Iraq
mencabuli Konvensyen Geneva sebab siarkan gambar
tawanan perang tu dlm keadaan daif di kaca TV.
Ha pagi nie, Al-Jazeera tunjuk tawanan baru, 2 orang
Pilot yg Helikopter Apache depa kena tembak dengan Pak
Mat, sorang Petani di pedalaman Iraq tu. Kali nie tak
daif dah; dua-dua tawanan tu siap dok atas kerusi,
kemas saja pakaian depa....siap dengan Teh Tarik dan
kek lagi.
Ada dua benda yg saya nak tergelak di sini:
Pertama, kalau hangpa tengok CNN...fuyo!! punya la
gempak depa dok cerita pasal kecanggihan helikopter
dan jet pejuang depa. Tut, tut, tut....boleh jatuh
kena tembak dengan senapang ringan Pak Mat dari
Karbala.....ha,ha,ha...lawak sungguh aih!
Untung sungguh Pak Mat, tak pasal-pasal dapat durian
runtuh turun mai dari langit...dengar habag berpuluh
Ribu Ringgit kerajaan Iraq bagi kat dia!
Yang kedua, bila tengok tawanan perang amerika tu
dapat teh tarik free dan dapat makan kek lagi; saya
teringat kat lebih seratus orang awam yg mati kena
bom, berpuluh lagi yg cedera dan beratus-ratus ribu
lagi yg terperangkap di Basrah, dah 3 hari dah tak dak
ayaq...kesian kat depa. Sementara tawanan perang tu
dapat minum ayaq free, depa pula terpaksa hidup dlm
sengsara.
Patutnya tawanan perang tu, gantung saja kaki depa
naik ke atas kat jambatan Sungai Tigris tu, lepas tu
suruh rakyat Iraq pakat beratur, mai luku kepala depa
sorang sebijik!!
Konvensyen Geneva Kepala Hotak apa aih; konvensyen tu
cuma sah untuk Perang bukan untuk Pencerobohan macam
dok ada nie!!
Satu lagi berita menarik yg saya nak habag kat hangpa
ialah ulasan dari pemberita BBC di sempadan Jordan.
Apa nama entah Minah tu. Dia buat ulasan pasal kem
pelarian di sempadan Iraq-Jordan.
Dia kata:
"Pihak yang berkenaan (PBB) telah membina berpuluh2
buah kem untuk pelarian di sini. Setakat ini ada lebih
kurang 300 orang di kem ini.......semuanya adalah
petugas-petugas dari luar; sementara jumlah pelarian
pula setakat ini adalah KOSONG!!!"
Ha,ha,ha....lawak sungguh aih!
(Amerika dok harap ada ramai pelarian supaya rakyat
amerika nampak kata hebatnya perang nie sampai rakyat
iraq berterabur lari keluar negeri cari perlindungan)
Yg paling best sekali dia tambah:
"Tidak seperti Perang Teluk pertama dulu, beribu2
rakyat Iraq melarikan diri ke sini. Kali ini suasana
terbalik pula, bukan rakyat Iraq lari ke sini, tapi
beribu2 rakyat Iraq yg ada di Jordan berduyun-duyun
masuk ke Iraq!!"
Bila Host dia di UK tanya apa pasal?
Minah nie jawab:
"Bila kita tanya mereka; mereka menjawab, kami mahu
kembali ke Iraq untuk bersama-sama dengan sanak
saudara kami di sana, untuk bersama-sama dengan mereka
menghadapi pencerobohan Amerika ini. Kami mahu mati
bersama mereka, kami mahu berjuang dengan
mereka....bukan semestinya kami menyokong Saddam, tapi
sebagai anak-anak Iraq, ini adalah soal maruah!!"
Tu dia...punya la semangat!
Opss...panjang pulak; satu lagi malam tadi Menteri
Iraq habag kata ada beribu2 anak-anak muda Arab dan
anak2 muda Islam dari seluruh dunia sedang dlm prosess
nak masuk ke Iraq bagi membantu mereka.
Saya dok kat depan TV, macam nak angkat tangan kata:
"TAKBIR!!"
(No wonder la Amerika minta negara2 lain suruh usir
diplomat iraq.....takut depa dok process visa untuk
pejuang2 nie)
Dan...yg paling menyentuh kalbu ialah kenyataan
peribadi dari Ketua Liga Arab (lupa dah nama dia) yg
disiarkan oleh CNN. Beliau berkata:
"I salute Iraqis, and wish them luck!"
(Saya Tabik kat Rakyat Iraq, dan ingin mengucapkan kpd
mereka "Selamat Berjaya")
SELAMAT BERJAYA Iraq!!
-Temingat Di Belantara-
__________________________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Platinum - Watch CBS' NCAA March Madness, live on your desktop!
http://platinum.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>