*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Ish, lambat lagi aih pukul 5:30 pm.
Tak fikir lain dah, dok ingat nak rush balik nak tengok apa perkembangan terkini; dok baca dlm internet, tak banyak perkembangan terbaru. Nak kena tengok live juga baru okey. Tadi, terbaca satu artikel dlm berita Harian yg memetik kenyataan seorang Military Analyst dari India; kira "A" lah juga analisa dia sebab masa saya dok tengok siaran berita CNN/NBC/BBC dan Al-Jazeera tu, benda yg sama dok main dalam kepala saya, tapi sebab saya nie cumalah kaki loyar buruk, jenis sembang kedai kopi saja, saya ingat apa yg saya fikirkan tu tak daklah kot ada orang minat nak baca. Bila saya dok tengok berita2 perang Amerika-Iraq tu, bila dok tengok siaran langsung BBC dari Selatan, Utara dan Barat Iraq dan bila dok tengok lansung Al-Jazeera dari tempat yg sama dan juga dari tengah Iraq; satu benda yg serupa saya dok nampak. Nampak gayanya, Amerika bukan setakat dok lawan tentera Iraq, tapi depa juga tengah dok berhadapan dgn rakyat Iraq! (Itu yg Military Analyst tu habag, dan itu juga yg saya dok nampak!) Kalau tengok gambaq2 Al-Jazeera; setiap kali depa pi interview rakyat awam Iraq; tak kiralah di Mosul ka Baghdad ka mana ka; nanti depa semua pakat mai kerumun depan kamera, tua muda semua ada.....orang awam, bukan tentera....tapi siap sedia dengan senjata di tangan. Sorang pakcik tu....lebih kurang baya umur Pak Mat Kerala yg tembak jatuh Apache tu, penuh semangat, dia angkat senjata habag kata: "Kami Sanggup Mati Berperang Dengan Amerika!" Bukan kata dia, saya pun, kalau jadi depa pun, sure semangat macam tu jugak. Lagi satu, rata2 depa habag, ini bukan soal berjuang untuk Saddam, tapi soal maruah bangsa dan agama depa. Hat nielah yg Bush silap. Macam jugak di Malaysia, katakan Singapore gaduh dgn kita, kemudian depa bawak masuk tentera Amerika nak tawan kita; masa tu kita tak peduli dah PM kita Mahathir ka sapa....tak peduli dah aih; masa tu tak kira dah PAS ka UMNO, janji hang ceroboh negara kami, kalau dapat....tak kira dah Konvensyen Geneva ka apa!! Inilah yg sedang berlaku di Iraq. Sebab tu saya tak terkejut bila baca dlm satu berita kata lebih kurang 7000 orang warga iraq di Jordan berpusu-pusu pulang ke negara mereka. Bukan kata depa, kalau kita pun, katakan masa tu kita ada di Indonesia, dengar kata Amerika tengah dok serang Malaysia, tak kan kita masih nak dok sana kot, for sure kita cuba juga cari jalan nak balik ke sini. Tak sampai hati aih dok ingat adik-adik dan mak ayah kita dok tanggung bola api bom amerika sorang-sorang depa. Ringkasnya, di Iraq hari ini Amerika bukan setakat berperang dgn tentera Iraq tetapi juga dgn rakyat awam yg lengkap bersenjata. Sebab tu saya tak berapa nak heran bila berita CNN ka mana ka semalam yg menceritakan mengenai pertempuran tentera Amerika dgn rakyat awam yg depa gelar Militia Bersenjata (tanpa uniform) di suatu tempat di Iraq. Kuasa Rakyat hangpa jgn buat main-main; ada daulat oo!! Hangpa tengoklah Shah Iran jatuh pada tahun 1979 di tangan rakyat awam yg tak bersenjata w/pun tentera rahsianya (SB) begitu digeruni dan dok ada di merata jalan. Begitu juga dgn di Indonesia, parti GOLKAR yg nala punya hebat tu, di back-up oleh tentera lagi, gagal berbuat apa-apa bila rakyat awam bangun menuntut hak mereka. Itu tara rakyat awam tanpa senjata; ini di Iraq....rakyat marhain lengkap canggih bersenjata!! Aku rasa, pakai lari malam sajalah tentera Bush/Blair dan Anjing Australia ini nampaknya. Itulah yg aku rasa... -Temingat Di Belantara- __________________________________________________ Do you Yahoo!? Yahoo! Platinum - Watch CBS' NCAA March Madness, live on your desktop! http://platinum.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>