*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Tengok berita perang Amerika-Iraq nie, kadang-kadang naik bosan juga sebab TV dok ulang berita yg sama berulang-ulang.
Hari tu saya tengok ulasan sorang bekas Panglima Perang Amerika pasal strategi Amerika; mula-mula tak berapa minat, lama-lama bila dia dok lukis anak panah dan sketch, sat ke kiri sat ke kanan atas screen tu menunjukkan arah serangan dan strategi tentera Amerika, saya jadi berminat. Bila lihat cara beliau dok sketch atas screen tu, secara tiba-tiba saya teringat kenangan masa saya dok mengaji di negeri depa dulu. Dulu, masa di sana, saya cukup minat dengan Sukan no satu (ada yg kata no 2) di Amerika, iaitu American Football. Alah, macam main ragbi tapi pakai topi keledar, baju bahu tebal dan microfon di mulut tu. Saya dulu kiranya die-hard fan Team 49ers (sebut Fourty Niners). Antara lupa, saya masih ingat lagi Quaterback dia yg jadi one of the legend, Joe Montana. Cara bekas Panglima perang tu sketch anak panah menunjukkan arah serangan dan tektik tentera Amerika tu sebijik macam pengulas sukan Amerikan Footbal tu selalu buat bila depa ulas perlawanan antara mana-mana pasukan di sana. Sekejap-sekejap depa sketch anak panah mai dari rusuk kiri terus ke tengah, sat-sat dari arah kanan terus ke atas, sat-sat depa buat bulatan menandakan simbol team lawan dah terkepung. Dalam American Footbal nie, matlamat dia satu saja, iaitu untuk membawa bola terus ke kawasan yg dipanggil sebagai Zon "Touch Down". Dari tengah depa bergerak setiap 10 ela sekali bergerak; sampai setiap 10 ela, restart balik sampai beberapa kali try. Kalau tak dpt complete, kena pass turn kat pasukan lawan. Saya dok tengok, dalam perang Iraq nie, inilah mentaliti Angkatan Perang Amerika nie; depa tak peduli apa nak jadi along the way nak sampai Baghdad (Zon Touch Down) tu.....yang penting depa kena sampai jugak. Macam jugak dgn American Footbal; kalau Quaterback membuat larian ke Zon Touch Down, pemain2 lain tugas depa ialah membentuk laluan dan menghalang pemain lawan bagi memudahkan Quaterback sampai ke sana. Dan biasanya, depa cukup rush untuk sampai ke Zone Touch Down...sebab masa yg diberikan terhad dlm waktu permainan yg telah ditetapkan. Sebab tu bila saya dengar sidang media Panglima tentera Amerika malam tadi yg menyatakan bahawa tentera2 mereka sedang mara ke Baghdad dan akan sampai ke sana dalam waktu yg "ditetapkan", saya terus teringat game American Footbal ini - kena complete within the time frame. Dan, cara media Amerika melaporkan perang ini juga nadanya sebijik macam cara pengulas sukan depa melaporkan game American Football. Masalahnya, dalam American Football, team A lawan team B dan mereka-mereka dalam stadium cuma menjadi penonton sahaja; tapi dalam peperangan ini Team A lawan Team B, dan dlm masa yg sama penonton-penonton di Iraq turut sama turun bermain........ Mungkin sebab tu kot malam tadi, Panglima Perang Amerika tu bagi warning: "All Civilians Please Stay In House" (Orang2 awam diminta dok dlm rumah) Bila tengok muka depan s/khabar hari ini gambaq kanak2 cedera/mati kena bom dalam rumah sendiri, saya terfikir: "Ish, kalaulah depa ikut nasihat Panglima Amerika ini, mau lagi ramai yg akan kenyang makan peluru bom Amerika!" Depa peduli apa aih, after all Perang nie macam main American Footbal saja; selagi masa tak tamat dan selagi referee tak tiup wisel, selagi tulah depa akan terus bermain. Persoalannya, ada ka referee yg berani tiup wisel? Sekejap tadi, saya baca berita internet kata Mufti Al-Azhar dah mengisytiharkan JIHAD dan menjadi fardu ain kpd setiap muslim untuk turun membantu orang-orang Islam di sana. Apakah ini boleh dikatakan sebagai 'wisel penamat' or sebagai 'wisel mula' kpd suatu permainan yang lebih berpanjangan. Wallahu taala aklam, -Temingat Di Belantara- __________________________________________________ Do you Yahoo!? Yahoo! Platinum - Watch CBS' NCAA March Madness, live on your desktop! http://platinum.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>