*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tentera AS menahan tentera palsu Iraq
Pasukan 51 Infantri Iraq, yang memiliki sebanyak 200 kereta kebal,
sedang bertempur di selatan Basrah.
Pentagon mendakwa kekeliruan tersebut adalah hasil kerja the Fedayeen
Saddam - Unit paratentera yang setia kepada Saddam Hussein.
AS menuduh anggota tersebut telah merancang tipu daya tersebut dengan
menjadikan orang-orang awam menyamar sebagai tentera dan berpura-pura
menyerah diri.
Pegawai di Jabatan Pertahanan melaporkan Jumaat lalu bahawa mereka
telah berjaya menawan keseluruhan anggota pasukan 51 infantri, yang
ditugaskan untuk mempertahankan Basrah, bandar kedua terbesar di Iraq.
Pada hari Sabtu, setelah dikaji kembali, mereka akui hanya dapat
menawan beberapa orang pegawai dan beberapa orang yang lain telah
"cair" - istilah yang digunakan kepada mereka yang meletak senjata dan
pulang ke rumah masing.
Pada hari Isnin, terdapat laporan yang mengatakan bahawa salah
seorang dari pegawai tersebut hanyalah seorang pegawai rendah yang
menyamar sebagai pegawai dengan harapan akan mendapat layanan yang
istimewa.
Pada hari Selasa, tentera Britain melaporkan mereka dapat mengesan
kereta kebal pasukan 51 infantri di luar Basrah, Apabila ditanya
tentang kekeliruan tersebut, Pentagon berkata mungkin peralatan
tersebut telah diambilalih oleh pasukan Fedayeen yang setia kepada
Saddam Hussein.
"Peralatan tersebut mungkin telah digunakan oleh pasukan Fedayeen
atau oleh unit lain yang dibawa bersama oleh Fedayeen," kata
jurucakap Pentagon.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>