*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 1 April
Hmm...pagi tadi masa tengok Al-Jazeera yg menyiarkan temubual melalui telefon dgn wakil kementerian luar Syria, saya tersenyum sendirian. Dalam hati dok fikir: "Ish, patut la dlm Islam depa suruh orang Lelaki jadi pemimpin!" (sorry, tak bermaksud memperkecilkan kaum wanita) Pasal apa? Kalau hangpa dengar pun, hangpa nak tergelak; makcik yang menjadi jurucakap kementerian luar Syria itu apabila diminta pandangan mengenai tuduhan dan ancaman Amerika terhadap Syria berkaitan sokongan mereka kpd Iraq, dengan ceroinya tanpa berfikir panjang...kot-kot kalau tersilap cakap nanti Amerika serang depa, makcik nie cakap: "Alah, Amerika tu, depa saja ja nak cari pasal, tuduh kami yang bukan-bukan....itu sebab depa dah teruk kena balun dengan Iraq lah tu, saja ja nak kalih pandangan dunia!" Oii...satu dunia dengar oii...dia lupa kot dia bercakap mewakili pandangan rasmi kerajaan Syria. Lepas tu dia tibai lagi: "Logik lah...yang depa tu pi bunuh orang awam, budak-budak kecik dan kaum wanita yang tak berdosa tu apa cerita...bla,bla,bla...." (Macam-macam lagi dia tibai, kalau Amerika dengar sure berbulu telinga) Aku nak tergelak sebab beliau bercakap mewakili pandangan rasmi kerajaan Syria, dan bukannya mewakili pandangan peribadi beliau sebagai seorang Arab berbangsa Islam. Suka ka tak suka ka, dlm politik; bila nak bercakap kita kena tau tang mana kita dok. Kot mana pun, saya naik kagum dan respect dengan keberanian beliau. Tara Tomahawk dan serba maknika peluru berpandu dok bum bam bum bam di Iraq tu pun, beliau masih berani, berdiri teguh sama naik dengan saudara seagama dan sebangsa dengannya yang sedang teruk disembelih di bumi Iraq sana. Mungkin sebab 'ganas' sangat komen beliau, maka CNN meringkaskan kenyataan beliau sebagai membalas tuduhan Washington itu sebagai berbunyi: "US is ignorant of Region's Culture and History" (Ertinya: Amerika bengong...tak paham Budaya dan Sejarah Serantau) Maknanya, beliau nak habag kata: "Amerika, hangpa tok sah dok berlagaklah...walaupun nampak macam kerajaan-kerajaan Arab tak dak teloq tak berani bangun membela rakyat awam Iraq sebangsa dan seagama dgn depa yang tengah dok kena sembelih tu; tetapi jauh di sudut hati depa, depa memang bengang tak dak dah...sebab tu depa bukan takat tak kisah, tapi mengalu-alukan mana-mana rakyat depa yang nak ke sana untuk berjuang bersama-sama rakyat Iraq...termasuklah kami yg dok di Syria nie!" Macam tu lah kot lebih kurang. Aku respect sama makcik nie...lupa dah nama dia...Muslielaa ka apa ka... -Temingat Di Belantara- __________________________________________________ Do you Yahoo!? Yahoo! Tax Center - File online, calculators, forms, and more http://platinum.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>