*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Memang Iraq sebagai sebuah negara ummat Islam yang sangat kaya dengan
hasil minyak. Sungguhpun Saddam seorang yang kejam, tapi apa yang
membimbangkan Amerika dan pihak Barat ialah begitu banyak senjata
disimpan dan berada di tangan ummat Islam. Sebenarnya Iraq menjadi
sebuah negara ummat Islam yang terkuat di rantau Teluk dan Timur
Tengah. Hanya orang macam Saddam berupaya menghancurkan Israel.
Menyedari hal ini, Amerika mencari pelbagai alasan untuk menghancur-
kan Iraq ...bukannya Saddam. Senjata Iraq yang begitu banyak boleh
dibekalkan kepada mana-mana negara Arab, yang mana akhir mereka
boleh bergabung untuk lenyapkan Israel pada suatu masa kelak.

Sekarang ini kita sedang ditipu secara halus oleh Amerika atas nama
memerangi keganasan antarabangsa, kononnya Saddam adalah seorang
pengganas yang boleh mengancam keselamatan dunia. Pihak Amerika
membuat helah menggunakan nama Saddam, kononnya dia wajib digulingkan
kerana dia adalah seorang diktator yang kejam. Dan Amerika mahu
memberi kebebasan baru kepada rakyat Iraq. Maka ummat Islam sedang
ditipu oleh pihak Amerika dan Barat.

Kalau Iraq dikalahkan, bukan Saddam yang kalah, tapi kekuatan ummat
Islam di Iraq sudah dilumpuhkan. Amerika akan melantik kerajaan
boneka tajaan mereka supaya tunduk kepada telunjuk dan kehendak
mereka. Tujuannya, supaya tidak akan terjadi lagi mana-mana negara
ummat Islam Arab yang kuat dan berdaulat. Dengan sendirinya Israel
akan selamat dan orang-orang Arab akan ditindas tanpa boleh menun-
jukkan sebarang penentangan pada masa akan datang.

Inilah hakikatnya .....

Perkara merebut minyak Iraq ialah salah satu faktornya. Tapi
matlamat utamanya ialah Amerika dapat memberi perlindungan kepada
Israel. Selepas Saddam dapat digulingkan, maka Iraq yang baru
yang bawah tajaan Amerika tidak bermaya lagi. Ia akan menjadi
kaya dan mewah kembali atas perancangan Amerika, tapi kekuatan
tenteranya akan dikawal oleh Amerika. Iraq akan menjadi ibarat sebuah
tanah jajahan Amerika sepertimana Kuwait pada hari ini. Jika mana-
mana negara Arab yang ingin membina kekuatan tentera yang setanding
Iraq, maka negara Arab itu akan ditekan, mungkin diserang, satu
demi satu.

Jangan kita ditipu ...sekarang ialah masa jihad. Kita semua wajib
menghancurkan segara niat Amerika untuk menakluki Iraq. Bukan kerana
kita wajib selamatkan Saddam Hussein, tapi kerana maruah dan
kedaulatan ummat Islam seluruh dunia sedang dicabuli. Saddam Hussein
tidak penting bagi kita, tapi negara ummat Islam Iraq yang bebas
itulah yang kita perjuangkan. Hapuskan Amerika. Hancurkan Amerika,
bapa kepada negara-negara kafir yang ganas dan Israel.

Sepertimana ada pejuang-pejuang Palestin berkata, jika Amerika
dapat dihancurkan di Iraq, maka dengan sendirinya Israel akan
dapat turut sama dihancurkan. 

=============

> Maka berkatalah para analisa perang bahawa sebab sebenarnya Amerika 
> menyerang Iraq adalah kerana faktor ekonomi, iaitu Pres. Saddam enggan 
> membeli senjata dari Amerika. Tak percaya? sila lihat fakta dibawah...
> 
> Who Armed Iraq?
> Arms Sales to Iraq, 1973-1991 
>       United States $5,000,000 
>       Britain $330,000,000 
>       Germany $995,000,000 
>       China $5,500,000,000 
>       France $9,240,000,000 
>       Soviet Union $31,800,000,000

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke