*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dua Pesawat tentera AS telah terhempas di selatan Iraq. 

Sebuah helikopter Black Hawk telah dilaporkan ditembak oleh senjata 
kecil berhampiran Karbala. Walau bagaimanapun terdapat percanggahan 
tentang anggotanya yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Laporan awal mengatakan 7 dati 11 anggota yang berada dalam helikopter 
tersebut telah terbunuh, manakala 4 yang tercedera berjaya diselamatkan. 
Tetapi menurut Pusat Pemerintah AS hanya enam anggota sahaja di dalam
helikopter tersebut.

Sejurus selepas itu, sebuah pesawat juang F/A-18 Hornet terhempas di 
selatan Iraq.

Televisyen AS melaporkan bahawa pesawat tersebut telah ditembak oleh 
missile berhampiran Karbala, tetapi Pusat Pemerintahan AS enggan 
mengesahkan laporan tersebut. Nasib juruterbangnya masih belum 
diketahui.

Di bahagian tengah Iraq, tentera Republican Guard telah dilaporkan 
bergerak menuju ke selatan dari Baghdad untuk mempertahankan bandar 
dari kemaraan tentera AS. demikian menurut sumber tentera AS.

Pesawat Pengintip AS mengesan pergerakan tersebut sebelum fajar pada
hari Khamis.

Tentera AS dikatakan telah menangkis serangan balas tentera Iraq ke 
atas kedudukan mereka yang menguasai jambatan yang merintangi sungai 
Furat di selatan Iraq.

Pasukan Darat tentera AS mendakwa mereka telah mara sejauh 32
kilometer ke arah Baghdad pada hari Rabu lalu dalam satu usaha yang
paling dramatik.

Jurucakap tentera AS berkata  tentera Amerika telah berjaya melepasi 
2 kawasan utama di selatan dalam usaha untuk ke Baghdad. Mereka juga
mendakwa telah berjaya memusnahkan pertahanan tentera Iraq yang 
mempertahankan bandar tersebut.

Walau bagaimanapun Iraq menafikan dakwaan tentera AS dan mengatakan 
bahawa itu adalah satu pembohongan.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke