*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2 April 2002

Melihat berita Al-Jazeera dan lain-lain News pagi
tadi, nampaknya benarlah seperti ramalan beberapa
orang Military Analyst dua tiga hari lepas bahawa
Amerika akan PAUSE buat seketika bagi menyusun
strategi perang baru.

CNN/BBC menunjukkan gambar platoon-platoon tambahan
tentera Amerika yang tiba di Kuwait; tentera-tentera
amerika di tengah Iraq pula ditunjukkan sedang
berehat, yg seorang tu tengah menggeliat baru bangun
dari tidur. Suasana nampak macam tenang seketika; cuma
serangan-serangan jet pejuang depa ke kota Baghdad yg
masih berterusan. Target utama mereka ialah ketumbukan
pasukan Tentera Republikan Guard.

Pagi tadi salah satu siaran tersebut, tak pasti CNN or
BBC menyatakan bahawa serangan jet pejuang dan peluru
berpandu Amerika telah berjaya melakukan kemusnahan yg
besar ke atas kekuatan Republikan guard, dikatakan
hasil serangan bertubi-tubi tersebut, kekuatan tentera
Republican Guard kini hanya tinggal 50 or 30 Percent!!

Dan, dinyatakan juga bahawa bila-bila masa dari
sekarang, unit tentera Amerika akan mula menggempur
bandar Baghdad secara besar-besaran. Wallah hu aklam.

Selain dari itu, kebanyakan berita memuatkan kisah
orang-orang awam terbunuh termasuk beberapa orang satu
keluarga mengandungi wanita dan kanak2 yg mati
ditembak kerana kononnya mereka gagal menghentikan
kenderaan di cek-point tentera Amerika.

Selain dari itu, ada dua tiga berita yg menarik untuk
diceritakan:

Yang pertama ialah komen Taha Yassin Ramadan, Timbalan
Presiden Iraq terhadap kenyataan si mamat Saud Faisal,
Menteri Luar Arab Saudi yg meminta Saddam Hussein
meletakkan jawatan.

Si Saud ini dengan wajah macam baru balik dari Las
Vegas, cakap pun tak tengok kamera macam orang mabuk
todi dilihat sebagai berkata:

"Saya rasa jalan terbaik ialah untuk Saddam meletakkan
jawatan. Saddam kenalah berkorban untuk negara dia;
kalau dia boleh minta rakyat dia berkorban untuk
negara, awat dia sendiri tak boleh berkorban untuk
negara dan rakyat dia?"

Bila ditanya kpd Taha Yassin Ramadan, melenting
beliau, nampak marah sungguh bila beliau menjawab:

"Sapa dia Mat Saud ini? Dia ingat dia sapa?....piirah,
tok sah jadi orang Arab la....baik berhenti dari jadi
Rakyat Arab!!"

Lebih kurang macam tu lah kot terjemahannya....:-)

Bila aku bandingkan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi
ini dengan kenyataan jurucakap Kementerian luar Syria,
si Makcik Muslelaa ka apa nama tu yg lantang
mengkritik Amerika dan secara terang-terangan
menyatakan sokongan Syria terhadap Iraq; boleh nampak
bezanya macam langit dengan bumi!

Ish, awat la Tok-Tok Arab ini takut sangat dengan
Amerika? takut tak dapat VISA nak pi main judi di Las
Vegas ka?

Selain dari tu, antara perang mulut yang agak menarik
perhatian ialah pasal pembunuhan orang awam di cek
point tentera Amerika tu.

Bila aku dengar pengulas CNN/BBC yg memetik kenyataan
pihak tentera Amerika bahawa apa yang mereka lakukan
itu tidak dapat dielak kerana mereka hanya 'defending
themselves' (mempertahankan diri sendiri), dan mereka
ada hak untuk mempertahankan diri sendiri, tambah2
selepas penyerang berani mati mai le tup teksi sampai
4
org tentera Amerika mati.

Aku nak tergelak bila depa sebut 'mempertahankan diri'
sebab dua tiga hari lepas, bila ditanyakan kpd Menteri
Penerangan Iraq mengenai hal ini, secara sinis beliau
berkata:

"Tentera Amerika 'Mempertahankan Diri' dalam negara
kami......mempertahankan diri kapla ho-tak depa!!"

Pagi tadi pula, aku dok geleng kepala bila tengok BBC
dok main propaganda tak habis2 lagi. Hangpa ingat tak
kes pasar di Baghdad kena bom sampai berpuluh orang
awam mati. Mula-mula, depa tuduh Saddam sendiri yg
buat w/pun satu dunia dok tengok peluru berpandu
Amerika bedebum bedebam dok jatuh merata bumbung dan
atap di kota Bahgdad tu; bila Iraq tunjuk bukti
kepingan cover peluru berpandu tu siap dgn detail dan
lain2 lagi; aku tengok pemberita BBC di UK nu boleh pi
tanya kat pemberita depa di Baghdad soalan mangkaq
ini:

"Ada kah ada kemungkinan kepingan metal (besi) itu
diambil di tempat lain dan diletakkan oleh pihak Iraq
di situ untuk mengelabui mata dunia bagi menuduh
tentera bersekutu yang melakukannya?...lagi pun, kita
tau sebelum ini pun Saddam Hussein ceroi saja pi bunuh
geng Syiah di selatan Iraq dan kaum Kurdish di sebelah
utara....ada kemungkinan ka?"

Ha, penin pemberita itu nak jawab!

Inilah tuan-tuan yg saya maksudkan sebagai Perang
Propaganda; Amerika dan sekutunya seaci boleh tidak
mahu rakyatnya tahu hakikat sebenarnya apa yang sedang
berlaku di Iraq sana.

Melihat berita-berita sebegini, kita kena bijak
menjadi juri. Jika tidak tentunya emosi menguasai
diri.

Contohnya, pagi tadi 2 April 2003, lebih kurang pukul
7:30 am waktu Malaysia, BBC menyiarkan kenyataan oleh
Kolumnis akhbar The STAR, James Wong yang secara
terang dan berani menyatakan, bahawa melalui
pemerhatiannya, 1/3 daripada rakyat Malaysia menyokong
pencerobohan tentera Amerika ke atas Iraq, tetapi
kerana tidak mahu melukakan hati dan ingin menjaga
sensitiviti majoriti rakyat Malaysia yang beragama
Islam, maka golongan 1/3 ini memilih untuk berdiam
diri.

Jika diikut emosi, ingin aku cari golongan 1/3 ini,
hambat depa masuk KLCC, kemudian pakat pi luku kepala
depa sorang sekali...

Kalau ikutkan emosi....

-Temingat Di Belantara-


__________________________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Tax Center - File online, calculators, forms, and more
http://tax.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke