*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[Ad]
Get Five DVDs for $.49 each. Join now.
Tell me when this page is updated
Pemuda BA Terpedaya Tipu Helah Umno Dan Barisan Nasional
Seluruh warga kerja www.black14.net hari ini mengecam tindakan bodoh Pemuda BA yang
hadir di hadapan Kedutaan Amerika hari ini. Program tersebut dilihat oleh semua dan
ditonjolkan imej sebagai program anjuran Perikatan Keamanan Malaysia(AMAN Malaysia).
Tindakan Pemuda BA yang hadir dan menyokong merupakan satu tindakan bodoh memerangkap
diri untuk bersama dalam sebuah Pergerakan yang telah menggunakan jutaan wang rakyat
untuk menganjurkan konsert hanya sebagai memenuhi agenda politik UMNO dan Barisan
Nasional. AMAN Malaysia merupakan sebuah pertubuhan yang dijadikan alat oleh BN untuk
memperkudakan isu perang demi mengaut keuntungan politik serta mengalihkan perhatian
rakyat terhadap kezaliman BN terhadap rakyat.
Lebih malang lagi Ketua Pemuda PAS telah menandatangani dokumen di bawah nama AMAN
Malaysia sebagai mengakui kekuatan pertubuhan yang berada di bawah ketiak Pemuda UMNO.
Isu serangan serangan terhadap rakyat Iraq sememangnya ditentang dan dikecam tetapi
kita tidak mahu isu ini digunakan untuk menutup atau membenarkan kezaliman dan
ketidakadilan dalam negara didiamkan begitu sahaja.
Peperangan yang berlaku hari ini merupakan persoalan siapa yang kuat akan berkuasa dan
suara- suara yang kecil dilihat sebagai suara pengacau kestabilan atau pengganas. Ini
sama sahaja situasinya di Malaysia, di mana Mahathir, Umno dan Barisan Nasional juga
zalim dan keji seperti Amerika dan sekutunya kerana mereka menggunakan segala kuasa
untuk menzalimi penentang politik mereka dan sehingga sanggup menafikan bukan sahaja
individu yang menentangnya malah keluarga mereka sekali teraniaya. Oleh kerana itulah
rakyat tidak bersama mengiringi pemimpin BA hari ini dan akhirnya pemimpin pemuda BA
yang hadir terpinga-pinga dan tercari-cari dimana rakyat yang sering bersama.
Kami dengan ini menyatakan sokongan dan dokongan yang padu terhadap Gabungan
Anti-Perang Malaysia yang diterajui Badan Bukan Kerajaan, Persatuan Pelajar, Gerakan
Belia dan Parti Politik Pembangkang yang akan mengadakan Demonstrasi dan Perarakan
Anting Perang Terbesar dalam sejarah Malaysia pada 29 April 2003 Jam 2.30 petang.
Perhimpunan ini akan bermula di KLCC dan kemudian berarak ke tengah Bandaraya Kuala
Lumpur.
Kami, warga kerja www.black14.net dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia termasuk
parti politik, ngo, ngi untuk bergabung bersama secara serius menyatakan bantahan
terhadap kezaliman yang dilakukan oleh kuasa besar di seluruh dunia.
Jangan sesekali terpedaya dengan tipu helah Regim Zalim Barisan Nasional kerana
sememangnya telah banyak kali kita di tipu. Kami juga memohon maaf atas tindakan
terburu-buru kami dengan dipengaruhi pimpinan BA untuk menyebar email bagi program
tersebut. Mulai hari ini, perjuangan kami adalah seratus peratus ke arah mengasak
keadilan dan meratah kezaliman.
Sekian dan salam black14.
Pengendali laman web www.black14.net- 26.03.2003
Tapak Cerminan [EMAIL PROTECTED]
http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ -
http://marhaen2.tripod.com/ - http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
[Click Here!]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Mutiara Embun <[EMAIL PROTECTED]>