Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.

Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid .
Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid.
Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.

Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik,
untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula
untuk bersalin baju.
Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang
menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke
masjid.

Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia.

Orang itu menjawab?Aku??

Aku adalah syaitan.

Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke
dalam lubang tersebut.

Syaitan menjawab ?Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain
terampun.

Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan,
semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan
jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan
terampun.
Sebab itu aku menolongmu.

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke
masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat
berjemaah.
Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid,
inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali
halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah
pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....


~wallahualam~
lagi info klik sini <http://lelakiperkasa.com/>

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "HOME 
WORK POINT" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to [EMAIL PROTECTED]
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/homeworkpoint?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Reply via email to