Suami bin Lelaki 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.
Isteri binti Perempuan 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.

31 April 2006
Puan, PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI <http://lelakiperkasa.com/>

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota
yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah
jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hindun binti Mat Tiga Tiang yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita
di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di
masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya
tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua
duit pelaburan Tabung Haji saya, saya merasakan kembalinya semangat saya
yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita
bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah
besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti
gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat
kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan
waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari
kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung
oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang
bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan
memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus
kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman
penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang
saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan
senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini.
Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang
lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali
ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya
sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin.
Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan
program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
<http://lelakiperkasa.com/>

Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

www.lelakiperkasa.com

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "HOME 
WORK POINT" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to [EMAIL PROTECTED]
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/homeworkpoint?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Reply via email to