Buat para suami, para calon suami, para istri dan para calon istri... 

-q-

======================================
Kita Lelaki Akhir Zaman.

Pernikahan ataupun perkawinan
Menyingkap tabir rahsia
Isteri yang Kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setakwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah

Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita
Menjadi solehah

Pernikahan ataupun Perkahwinan
Mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil , Kamu tempat bermanjanya

Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuasnya
Seketika Isteri menjadi racun, Kamu lah penawar bisanya
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya

Pernikahan ataupun Perkawinan
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana

Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah
Pun bukanlah Saidina Ali KaramAllahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman
Yang berusaha menjadi soleh



Kirim email ke