Pak Rovicky,

Setahu saya tidak hanya PERTAMINA saja yang dulu
menjadi sasaran belajar dari negeri jiran Malaysia.
Hampir seluruh PT Indonesia saat tsb (ITB, UI, UGM
dll) menjadi sasaran belajar dari mereka.

Sehingga sekarang mereka sudah maju dan ada istilah
bahwa muridnya berlari sedangkan gurunya berjalan kaki
pelan-pelan. Ada berita yang hangat sekitar tahun
lalu, dimana ada kecendrungan para Doktor Indonesia
ingin mendapat kesempatan bekerja pada institusi di
Malaysia.

Semoga nantinya nasib mereka tidak seperti TKI yang
akan dipulangkan dari Malaysia. Tetapi mereka akan
membuktikan kualitas intelektual bangsa Indonesia.

Ya kita sadari kondisi riel saat ini Malaysia lebih
maju dari Indonesia. Hanya ada satu kebanggaan tersisa
dari Indonesia, yaitu sampai saat ini Malaysia belum
pernah mendapatkan Emas Olimpiade.

Bibit-bibit intelektual muda dari Indonesia terbukti
lebih unggul dari mereka, terbukti dari banyaknya
siswa Indonesia yang mendapatkan Medali Emas Olimpiade
Sains (Fisika, Kimia, Biologi dan Matematika)
dibandingkan dengan siswa Malaysia.

Hanya kekurangan bangsa kita adalah rendahnya
apresiasi terhadap prestasi rakyat kita sendiri. Juga
kurangnya dukungan dari pemerintah untuk mensupport
bibit terbaiknya untuk maju dan mendapatkan pendidikan
dan kerja yang memadai masih kurang.

Just a though

dari salah seorang putra bangsa kita

--- Rovicky Dwi Putrohari <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:

> Ekonomi
>
--------------------------------------------------------------------------------
> 31 Ogos, 2004 13:05 PM
> Pertamina Sorot Kejayaan Petronas Bagi Penyuburan
> Semula
> 
> Laporan Khas Oleh Openg Net
> 
> JAKARTA, 31 Ogos (Bernama) -- Semasa perbadanan
> minyak dan gas nasional, 
> Petronas, sedang dalam proses penubuhannya pada
> 1974, ia menghantar 
> sepasukan pegawai-pegawai ke Jakarta untuk mengkaji
> model perniagaan dan 
> operasi syarikat gergasi minyak Indonesia ketika
> itu, Pertamina.
> 
> Mulai saat itu, Petronas tidak lagi menoleh ke
> belakang, sebaliknya terus 
> mara untuk menjadi salah satu peserta yang terbesar
> dalam industri gas dan 
> minyak dunia, malah melebihi "mentor"nya, Pertamina,
> yang kini 
> terumbang-ambing dan dibelenggu keadaan yang tidak
> menentu.
> 
> Anehnya, Pertamina, yang ditubuhkan dalam
> tahun-tahun 1960-an itu, akhirnya 
> merosot menjadi entiti yang dibebani masalah
> kewangan, sebahagian besarnya 
> disebabkan oleh ketidak cekapan dan sedikit
> sebanyak, kerana rasuah.
> 
> Ia terkenal sebagai penjana pendapatan bagi
> pentadbiran kerajaan yang lalu 
> dan pada ketika itu, Pertamina menikmati monopoli ke
> atas kawasan-kawasan 
> penting sektor minyak dan gas Indonesia.
> 
> Pada 1999, firma perakaunan antarabangsa,
> PricewaterhouseCoopers, mengenal 
> pasti bahawa wang berjumlah berbilion-bilion dolar
> telah dibazirkan 
> disebabkan oleh ketidak cekapan dan kerugian.
> 
> Pada Februari 2000, Presiden ketika itu, Abdurrahman
> Wahid mengambil 
> keputusan untuk memperbetulkan kepincangan dalam
> Pertamina. Beliau melantik 
> Baihaki Hakim, seorang eksekutif industri minyak dan
> gas di Indonesia yang 
> juga bekas Presiden PT Caltex Pacific Indonesia,
> sebuah anak syarikat 
> gergasi tenaga Amerika, Chevron Texaco, untuk
> menjadi Presiden Pengarah 
> Pertamina.
> 
> Apabila Pertamina dijadikan sebuah syarikat
> tanggungan berhad pada 2000, 
> Baihaki memutuskan untuk membuat rancangan baru bagi
> masa depan syarikat itu 
> untuk memastikan ia akan menumpukan tenaganya kepada
> pengedaran dan 
> perniagaan gas, serta pengurusan kilang penapisan
> minyak dan pemprosesan 
> gas.
> 
> Tetapi, Baihaki tidak kekal lama sebagai peneraju
> syarikat itu untuk 
> menyaksikan visinya menjelmakan hasil, kerana
> Abdurrahman telah digantikan 
> oleh Presiden baru, Megawati Sukarnoputri.
> 
> Pilihan Megawati ialah Ariffi Nawawi, salah seorang
> pengarah Pertamina.
> 
> Pelantikan Ariffi dibuat September lalu dan satu
> lagi rombakan pasukan 
> pengurusan Pertamina berlaku dalam proses itu.
> Peristiwa itu juga sekali 
> lagi menjadikan Pertamina tumpuan perhatian di
> tengah-tengah masalah 
> kewangan, kekurangan bahan api di beberapa kawasan
> di Indonesia dan 
> kontroversi mengenai penjualan dua kapal tangki
> minyaknya.
> 
> Langkah menjual dua buah Kapal Tangki Minyak Mentah
> Sangat Besar (VLCC) yang 
> baru dibina itu pada bulan Jun dengan harga AS$184
> juta kepada sebuah 
> syarikat Norway, Frontline Ltd, mencetuskan bantahan
> keras daripada beberapa 
> pihak, termasuk penggubal undang-undang, malah juga
> pekerja-pekerja syarikat 
> itu.
> 
> Mereka yang mencela langkah Pertamina itu
> mempertahankan hujah bahawa 
> syarikat itu akan meraih faedah yang lebih besar
> jika ia mengendalikan kapal 
> tangkinya sendiri untuk menghantar minyak daripada
> memajak kapal kepada 
> pengusaha-pengusaha lain.
> 
> Komisi Pembenterasan Korupsi (KPK) yang baru
> ditubuhkan, kini sedang 
> menyiasat beberapa keluarbiasaan yang didakwa
> berlaku dalam urusan penjualan 
> kapal-kapal itu.
> 
> Penganalisis politik berkata, masalah urus niaga
> Pertamina yang melibatkan 
> pihak atasan boleh memberi kesan ke atas pilihan
> raya presiden 20 Sept ini.
> 
> Kata mereka, itulah sebabnya Menteri Enterpris
> Negara, Laksamana Sukardi 
> campur tangan bagi melaksanakan satu lagi penyusunan
> semula syarikat minyak 
> itu.
> 
> Ariffi kemudiannya disingkirkan, sekali gus memegang
> rekod sebagai Presiden 
> Pengarah Pertamina yang paling singkat
> perkhidmatannya iaitu hanya selama 11 
> bulan
> 
> Dua minggu lalu, Widya Purnama, bekas Presiden
> Pengarah firma telekomunikasi 
> milik negara, PT Indosat, menjadi ketua baru
> Pertamina.
> 
> Widya yang berusia 50 tahun itu, meskipun merupakan
> pendatang baru dalam 
> industri ini, berazam untuk membantu memastikan
> Pertamina terlepas daripada 
> masalah yang membelenggunya sekarang dan muncul
> sebagai sebuah syarikat 
> pengeluar minyak dan gas yang ternama di rantau ini.
> 
> "Saya ke mari untuk memperbaiki Pertamina. Saya akan
> jadikan Pertamina yang 
> terbaik di rantau Asia Tenggara, bahkan lebih besar
> daripada Petronas," 
> katanya sambil menambah bahawa beliau malah akan
> menggunakan syarikat minyak 
> dan gas Malaysia itu sebagai ukur rujuk.
> 
> Dalam ucapan sulungnya yang disiarkan melalui laman
> web Pertamina, beliau 
> berkata, ini boleh dilakukan, dengan syarat seramai
> 23,000 pekerja Pertamina 
> yang ada sanggup bekerja dengan penuh kejujuran dan
> disiplin.
> 
> Dalam usaha memartabatkan Pertamina ke kedudukannya
> yang setanding dengan 
> Petronas melalui program penyuburan semula, laungan
> Widya juga termasuk 
> peringatan kepada pekerja-pekerja Pertamina tentang
> semangat dan pengorbanan 
> yang diperlihatkan oleh nenek moyang mereka yang
> berjuang bagi mencapai 
> kemerdekaan negara mereka pada 17 Ogos, 1945.
> 
> Beliau mahu pekerja-pekerja itu berusaha lebih keras
> untuk memulihkan 
> syarikat itu. Ketika Indonesia sekarang berada dalam
> suasana meriah 
> menyambut ulang tahun ke-59 kemerdekaannya, Widya
> mungkin dapat menawan hati 
> dan perasaan pekerja-pekerja Pertamina.
> 
> Tetapi, halangan besar masih banyak yang perlu
> beliau atasi, memandangkan 
> tugas berat yang menunggu beliau.
> 
> -- BERNAMA
> 
>
_________________________________________________________________
> STOP MORE SPAM with the new MSN 8 and get 2 months
> FREE* 
> http://join.msn.com/?page=features/junkmail
> 
> 
>
---------------------------------------------------------------------
> To unsubscribe, send email to:
> [EMAIL PROTECTED]
> Visit IAGI Website: http://iagi.or.id
> IAGI-net Archive 1:
> http://www.mail-archive.com/iagi-net%40iagi.or.id/
> IAGI-net Archive 2:
> http://groups.yahoo.com/group/iagi
> Komisi Sedimentologi (FOSI) : F. Hasan
> Sidi([EMAIL PROTECTED])-http://fosi.iagi.or.id
> Komisi SDM/Pendidikan : Edy
> Sunardi([EMAIL PROTECTED])
> Komisi Karst : Hanang Samodra([EMAIL PROTECTED])
> Komisi Sertifikasi : M. Suryowibowo([EMAIL PROTECTED])
> Komisi OTODA : Ridwan Djamaluddin([EMAIL PROTECTED]
> atau 
=== message truncated ===



                
__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - 50x more storage than other providers!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

---------------------------------------------------------------------
To unsubscribe, send email to: [EMAIL PROTECTED]
Visit IAGI Website: http://iagi.or.id
IAGI-net Archive 1: http://www.mail-archive.com/iagi-net%40iagi.or.id/
IAGI-net Archive 2: http://groups.yahoo.com/group/iagi
Komisi Sedimentologi (FOSI) : F. Hasan Sidi([EMAIL PROTECTED])-http://fosi.iagi.or.id
Komisi SDM/Pendidikan : Edy Sunardi([EMAIL PROTECTED])
Komisi Karst : Hanang Samodra([EMAIL PROTECTED])
Komisi Sertifikasi : M. Suryowibowo([EMAIL PROTECTED])
Komisi OTODA : Ridwan Djamaluddin([EMAIL PROTECTED] atau [EMAIL PROTECTED]), Arif 
Zardi Dahlius([EMAIL PROTECTED])
Komisi Database Geologi : Aria A. Mulhadiono([EMAIL PROTECTED])
---------------------------------------------------------------------

Kirim email ke