Nah, ini tanda2 malaesa belum siap juga. apakah kita sudah lebih dulu
menyerahkannya ?
Lebih bagus dichek sebelum "kecolongan", mampukah kita lebih duluan
menyerahkan peta2 ini ?

Jangan lengah dengan ambalat miskipun kita disibukkan dengan kasus Cepu
dll.

RDP

---------- Forwarded message ----------
From: Saukat, Ardisa A BSP-ISM/115
Date: Fri, 27 May 2005 08:15:56 +0800
Subject: Malaysia belum serah peta maritim kepada PBB
To: <[EMAIL PROTECTED]>

> =======================================
> Malaysia belum serah peta maritim kepada PBB
> Oleh Fazli Abdullah
> PUTRAJAYA: Malaysia belum menyerahkan peta yang menunjukkan garis pangkal 
> yang dijadikan asas penetapan sempadan laut wilayahnya kepada Pertubuhan 
> Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun mewartakannya pada 1979.
> Peta baru yang diwartakan pada 21 Disember 1979 itu, antara lain menetapkan 
> wilayah maritim selebar 12 batu nautika dan kawasan pelantar negara selebar 
> 200 batu nautika.
>
> Kegagalan Malaysia memenuhi tanggungjawab itu juga dilihat menjadi faktor 
> kepada kesukaran penyelesaian masalah sempadan maritim dan pertindihan 
> tuntutan wilayah dengan beberapa negara.
>
> Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), Laksamana Pertama Dr 
> Sutarji Kasmin, (gambar) berkata penting untuk Malaysia memenuhi 
> tanggungjawab kepada PBB dengan mengemukakan peta berkenaan.
>
> Selagi tanggungjawab itu tidak dipatuhi, katanya, kesahihan Malaysia untuk 
> menuntut kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan pelantar benuanya akan 
> terjejas.
>
> "Pastinya ia juga menjejaskan hak Malaysia untuk mengaut sumber asli yang ada 
> di dalamnya," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Isu 
> Persempadanan Maritim Malaysia pada Persidangan Kebangsaan Pertahanan 
> Strategik dan Keselamatan Serantau di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya 
> (PICC) di sini, semalam.
>
> Dr Sutarji berkata, mengikut Konvensyen Mengenai Undang-Undang Laut Ketiga 
> PBB (UNCLOS III) yang ditandatangani Malaysia bersama 119 negara lain pada 10 
> Disember 1982, negara pesisir pantai memiliki kedaulatan penuh ke atas 
> perairan wilayah dan hak mengurus, mengambil serta melindungi sumber asli di 
> ZEE dan pelantar benua.
>
> Ini bermakna, Malaysia berhak untuk mengambil sumber asli laut sama ada yang 
> hidup (terutama ikan) dan yang ada di dasar laut (bahan galian, gas dan 
> minyak) di kawasan perairan wilayah serta pelantar benua.
>
> Katanya, ia juga membolehkan pulau yang dituntut dalam zon maritim yang 
> dituntut oleh Malaysia, diperuntukkan dengan laut wilayah selebar 12 batu 
> nautika dan pelantar benuanya.
>
> "Antara tanggungjawab negara selepas mengisytiharkan kawasan maritim ialah 
> menetapkan asas garisan dalam menetapkan sempadan maritim dan menyerahkan 
> asas itu untuk simpanan PBB.
>
> "Setakat ini, Malaysia belum menunaikan tanggungjawab ini," katanya.
>
> Dr Sutarji berkata, walaupun peta baru sudah dikeluarkan kira-kira 26 tahun, 
> penyelesaian masalah sempadan maritim negara memerlukan masa panjang untuk 
> menyelesaikannya kerana banyak faktor perlu diambil kira.
>
> Sepanjang tempoh itu, katanya, belum ada masalah sempadan maritim yang dapat 
> diselesaikan secara kekal.
>
> "Walaupun masalah pemilikan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan sudah diputuskan, 
> sempadan maritimnya bukan hanya belum dapat diselesaikan, malah menjadi isu 
> penting yang mengancam hubungan baik dua hala Malaysia-Indonesia," katanya.
>
> Sempadan maritim yang ditetapkan dalam peta baru yang dipertikaikan oleh 
> negara jiran membabitkan tujuh kawasan.
>
> * Kepulauan Spratlys di Laut China Selatan yang dituntut enam negara iaitu 
> Malaysia, China, Filipina, Taiwan, Vietnam dan Brunei.
>
> * Ambalat iaitu Blok ND 6 dan ND 7, berhampiran Batuan Unarang, membabitkan 
> Malaysia dan Indonesia.
>
> * Kawasan tiga segi di luar pantai Kelantan membabitkan tuntutan Malaysia dan 
> Thailand.
>
> * Kawasan berbentuk jalur panjang di luar pantai Terengganu membabitkan 
> Malaysia dan Vietnam.
>
> * Pulau Batu Putih membabitkan Malaysia dan Singapura.
>
> * Di Selat Melaka, membabitkan Malaysia dan Indonesia, yang mana republik itu 
> mendesak dibuat satu perundingan baru bagi menetapkan garis sempadan ZEE, dan
>
> * Bahagian selatan Selat Melaka membabitkan Malaysia, Indonesia dan Singapura.
>


---------------------------------------------------------------------
To unsubscribe, send email to: [EMAIL PROTECTED]
To subscribe, send email to: [EMAIL PROTECTED]
Visit IAGI Website: http://iagi.or.id
IAGI-net Archive 1: http://www.mail-archive.com/iagi-net%40iagi.or.id/
IAGI-net Archive 2: http://groups.yahoo.com/group/iagi
Komisi Sedimentologi (FOSI) : Deddy Sebayang([EMAIL 
PROTECTED])-http://fosi.iagi.or.id
Komisi SDM/Pendidikan : Edy Sunardi([EMAIL PROTECTED])
Komisi Karst : Hanang Samodra([EMAIL PROTECTED])
Komisi Sertifikasi : M. Suryowibowo([EMAIL PROTECTED])
Komisi OTODA : Ridwan Djamaluddin([EMAIL PROTECTED] atau [EMAIL PROTECTED]), 
Arif Zardi Dahlius([EMAIL PROTECTED])
Komisi Database Geologi : Aria A. Mulhadiono([EMAIL PROTECTED])
---------------------------------------------------------------------

Kirim email ke