Sekali-sekala cakap melayupun tak pe, pun :)

RDP
=======================================
Radio Singapura Internasional
September 24, 2007

"Kami rasanya tidur pun tak lena, bimbang akan ada gegaran dan seolah
berjaga-jaga aje, sedia keluar lari dari rumah jika ada lagi gegaran.
. itupun kami tak tahu sejauh mana ia Selamat."

Indra Lestari pendengar Radio Singapura Internasional yang tinggal di
Padang membayangkan pengalaman ngerinya sewaktu dilinda gempa 12
September lalu.

Agensi Meteo-roloji dan Geofisik Indonesia mengesahkan gegaran sekuat
5.5 pada sekala rektar berlaku dibarat-daya Madiun, di Jawa timur
sekitar 10.29 minit malam waktu Indonesia, Ahad lalu. Agensi itu juga
mengesahkan gegaran sekuat 5.7 pada skala rekter turut dialami di
Painan Sumatra Barat sekitar 9.13 minit malam waktu Indonesia.

Setelah berlalunya gegaran sekuat 8.4 pada skala rektar minggu lalu,
meragut 23 jiwa di Sumatra Barat – Apakah Indonesia akan mengalami
satu lagi gempa yang lebih dahsyat sehingga mencecah 9 pada skala
rektar, seperti yang dilaporkan oleh sumber berita CNN Di Analisa.

Memang tidak dapat ditolak bahawa Indonesia terletak diatas satu
lingkaran aktip Gunung Berapi Pasifik yang menyebabkan Indonesia pada
bila-bila masa mudah sekali terjejas oleh gegaran bumi yang kuat,
akibat pergerakkan bumi, terbit dari gerakkan aktip gunung berapi di
negara itu.

Namun laporan sumber berita CNN mengesahkan satu gegaran sekuat 9 pada
skala rektar akan menggemparkan Indonesia, sejauh manakah ramalan ini
bertepatan? Dapatkan diramalkan tempat dimana mungkin berlakunya
gegaran besar itu seperti yang di jangkakan?

Bapak Dwi Putrohari seorang pakar kaji bumi Indonesia yang
diwanwancari rakan penyiar Fika Rosemarry berkata , memang terdapat
kemungkinan akan berlakunya satu lagi gegaran berdasarkan fakta
pergerakkan bumi yang belum lagi tenang akibat gegaran yang berlaku
pada 12 September lalu, tetapi amat rumit bagi sebarang pakar untuk
memutuskan Saiz atau dimana sebenarnya gegaran itu akan berlaku.

"Memang akan ada gegaran-gegaran susulan kerana hasil dari gempa
dahulu, bagi saya belum ada lagi sebarang kepastian dimana ia akan
berlaku atau berapa besar ke. Cuma yang paling pasti ada gegaran nanti
mungkin tidak di tempat yang sama tapi akan ada."

Pandangan Bapak Dwi Putrohari itu di sokong oleh pengarah Geo Lab
Servives, Encik Syed Ahmad Abdul Rahman.

Katanya hal-hal serupa memanglah dijangkakan, kerana kedudukan
Indonesia betul-betul diatas lingkaran Gunung berapi Pasifik. Gempa
yang berlaku pada 12 September itu akan menyusur kedalam bumi dan
menyebabkan tekanan yang sangat tinggi diperut bumi. Beliau tidak
menolak akan berlakuknya satu gempa yang kuat, tetapi tidak dapat
memutuskan bila masanya dan dimana.

"Sudah pasti akan ada gegaran – kan dua tiga hari ini pun memang dapat
dirasakan gegaran susulan itu. Cuma kita tak tahu lagi dimana satu
rekahan besar bumi akan berlaku."

Dapatkan pakar-pakar kaji bumi membaca tanda-tanda awal yang boleh
dihubungkan dengan gempa yang bakal berlaku? Bagaimana? Bapak Dwi
Putrohari membentang 4 petanda utama.

"Ini adalah hubunganya dengan keadaan cuaca itu dan ini juga ada
kaitanya dengan bulan dan yang penting ialah apakah ada gejala-gejala
alam yang lain dan kesemua olah dalam bumi itu sendiri. Ini sukar
dibaca melainkan dengan alat-alat tertentu dan canggih."

Sebaliknya, jikalah benar apa yang dilaporkan oleh sumber berita CNN
berdasarkan hasil penyelidikan pakar-pakar kaji buminya, apakah
Indonesia telah bersedia bagi menangani musibah besar itu? Bapak
Dwiputrohari.

"Berdasarkan pengalaman Indonesia yang lalu saya rasa sudah ada
pengalaman dari pihak kita untuk mengesan awal dan bertindak. Waspada
juga kita pasti ada kerana kita sendiri telah tahu kan biasanya
setelah berlaku gempa besar, akan ada gempa susulan itu. Cuma
masalahnya kita belum dapat putuskan dimana tempatnya. Jika berlaku
pun kita hanya bias menasihat orang ramai apa yang harus mereka
lakukan agar tidak terkumpul dalam bangunan atau rumah-rumah, lebih
lagi, kita tidak ada sebarang kepastian buat saat ini – waspada itu
pasti aje."

Sewaktu berlaku gempa pada 12 September lalu, sesetengah kawasan di
Singapura mengalami gegaran yang menyebabkan sesetengah penduduk agak
panik. Talian Berita Mediacorp turut digegah melalui
panggilan-panggilan dari orang ramai.

Menurut Encik Syed Ahmad Abdul Rahman, pengarah Geo Lab Services,
memang kedudukan Singapura agak Selamat dari akibat buruk gempa yang
berlaku di Sumatra, kerana kedudukan Singapura yang stratejik dan
terlindung dari bahaya gegaran. Namun apa yang harus di ketahui ramai
ialah bagaimana mengurus rasa cemas agar keadaan tidak menjadi terlalu
haru-biru.

"Saya tenguk pada kejadian-kejadian yang lalu ramai orang panic keluar
tinggalkan rumah atau bangunan pejabat, sebenarnya itu tak sepatutnya
berlaku. Orang ramai seperti masyarakat Jepun harus diajar berlindung
di bawah meja – duduk dalam bangunan aje, hingga gegaran itu berlalu.
Tak perlu panic. Ini lebih Selamat. Jadi Orang ramai harus diajar
macam itu dari jadi panic dan tinggalkan bangunan. Bagi saya bangunan
di Singapura agak Selamat kerana terdapat bahan perlindungan besi
dalam setiap pembuatannya, tidak seperti di Iran, di Pakistan atau
negara-negara lain rumah dan bangunan di buah dari batu aje tanpa
bahan konkrit."

Rasa kebimbangan dan ketakutan yang dialami oleh penduduk Sumtara
Barat yang dilanda gempa pada 12 Sept belum lagi reda. Gegaran demi
gegaran juga dirasakan di berapa tempat bukan sahaja di Singapura
tetapi di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia sejak Jumaat lalu.

Laporan demi laporan mengesahkan akan kemungkinan berlakunya satu lagi
gempa hebat, namun tidak pula dapat dipastikan apakah gempa itu akan
membawa bersamanya gelombang besar yang boleh menyebabkan petaka yang
lebih buruk?

Sekian Analisa kali ini Salam hormat.

-- 
http://rovicky.wordpress.com/

----------------------------------------------------------------------------
JOINT CONVENTION BALI 2007
The 32nd HAGI, the 36th IAGI, and the 29th IATMI Annual Convention and 
Exhibition,
Bali Convention Center, 13-16 November 2007
----------------------------------------------------------------------------
To unsubscribe, send email to: iagi-net-unsubscribe[at]iagi.or.id
To subscribe, send email to: iagi-net-subscribe[at]iagi.or.id
Visit IAGI Website: http://iagi.or.id
Pembayaran iuran anggota ditujukan ke:
Bank Mandiri Cab. Wisma Alia Jakarta
No. Rek: 123 0085005314
Atas nama: Ikatan Ahli Geologi Indonesia (IAGI)
Bank BCA KCP. Manara Mulia
No. Rekening: 255-1088580
A/n: Shinta Damayanti
IAGI-net Archive 1: http://www.mail-archive.com/iagi-net%40iagi.or.id/
IAGI-net Archive 2: http://groups.yahoo.com/group/iagi
---------------------------------------------------------------------
DISCLAIMER: IAGI disclaims all warranties with regard to information posted on 
its mailing lists, whether posted by IAGI or others. In no event shall IAGI be 
liable for any, including but not limited to direct or indirect damages, or 
damages of any kind whatsoever, resulting from loss of use, data or profits, 
arising out of or in connection with the use of any information posted on IAGI 
mailing list.
---------------------------------------------------------------------

Kirim email ke