Assalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. , Muslimin dan muslimat, Terlebih dahulu saya minta maaf kepada semua sekiranya message ini mengganggu anda .Tujuan saya menghantar message ini ialah untuk memberitahu tentang ibadah `umrah sambil melihat kesan peninggalan umat silam yang telah dihancurkan ALLAH. Firman ALLAH : " Apakah mereka tidak mengembara diatas muka bumi ini , melihat azab yang telah menimpa umat yang telah mendustakan kekuasan ALLAH " .
Alhamdulillah, setiap tahun saya mengerjakan `umrah sambil mengembara ketempat lain. - Tahun 1994 `Umrah /Jordan.( Cuti sekolah 14 hari Peak Season , 15 hari 2 malam di Amman, Jordan ) . Jumlah jemaah 15 orang dan harga pakej 3200 RM. - Tahun 1995 `Umrah /Jordan/Baitul Maqdis ( 18 Hari - 1 malam di Amman, Jordan, 2 mlm Baitul Maqdis ) . Jumlah jemaah 14 orang dan harga Pakej 3800RM . - Tahun 1996 `Umrah /Jordan/Baitul Maqdis 15 hari ( tak puas pergi sekali ke Baitul Maqdis lebih-lebih lagi ianya tempat suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah ). Jumlah jemaah 11 orang dan harga Pakej 3600 RM - Tahun 1997 `Umrah / Beirut,Lubnan ( 14 hari ). Jumlah jemaah 6 orang dan harga pakej 3300 RM ( Sekarang kapal terbang Lubnan tidak lagi beroperasi diKuala Lumpur ). - Tahun 1998 `Umrah /Istanbul . Jumlah jemaah 9 orang dan harga Pakej 3600 RM - Tahun 1999 tak dapat pergi kerana tak ada rezki. Semuanya ALLAH yang tentukan. - Tahun 2000 `Umrah / Istanbul/ Mesir. ( 18 hari 2 hari Istanbul dan 4 hari di Kaherah ).Tak puas melawat Istanbul pada kali yang pertama. Jumlah jemaah 8 orang,harga Pakej 4000 RM. - Tahun 2001 tak pergi kerana tiada rezki. - Tahun 2002 `Umrah / Dubai ( cuti sekolah 14 hari Peak Season ). Jumlah jemaah 11 orang dan harga Pakej 3300 RM. - Tahun 2003 `Umrah/Bahrain ( 15 hari ). Jumlah jemaah 7 orang dan harga Pakej 3500 RM . - Bulan March 2004 , saya pergi ke Beijing, China selama 9 hari. - Bulan Jun 2004 `Umrah/ Dubai ( cuti sekolah 14 hari Peak Season ). Jumlah jemaah 10 orang dan harga Pakej 3500 RM. Pada awal Ramadhan pula `Umrah dengan pesawat MAS selama 15 hari. Oleh kerana naik MAS maka kami hanya ke Makkah dan Madinah sahaja. Jumlah jemaah 7 orang dan Harga pakej 4000 RM ( peak season ). - Bulan Jun 2005 `Umrah / Berunai ( 15 hari ). Jumlah jemaah 23 orang dan harga Pakej 3600RM - Tahun 2006 `Umrah /Abu Dhabi ( 15 hari ) . Jumlah jemaah 25 orang. Harga Pakej 4100 RM, dan cuti sekolah Jun 2006 ( 14 hari ) . Jumlah jemaah 9 orang dan harga Pakej 4300 RM ( Peak season ). Untuk pengetahuan semua belanjanya tidak mahal kalau nak dibandingkan pergi melalui agensi. Walau bagaimana pun semua telah maklum bahawa harga tiket semakin naik walau pun harga minyak dipasaran dunia dah turun.. Pada tahun ini, insha` ALLAH dalam bulan April atau Mei atau kedua- duanya sekali saya bercadang untuk mengerjakan `umrah dan seterusnya lawatan ke Jordan atau Syria atau ke negara `Arab yang lain selama 2 minggu. Saya belum buat keputusan lagi nak ziarah ke mana selepas selesai `umrah kerana nak lihat cadangan jemaah dahulu. Ada beberapa tempat yang dicadangkan seperti Kaherah, Istanbul, Jordan, Syria atau ke tempat yang lain. Sekiranya ke Jordan , kalau ada rezki boleh menziarahi Al Masjidil Aqsa, iaitu tanah suci Islam yang ketiga selepas Makkah dan Mdinah. Jangan bimbang ! Insha` ALLAH pergi ke Baitul Maqdis ini selamat kerana Baitul Maqdis adalah sebuah daerah dan AL Msjidil Aqsa termasuk dalam daerah Baitul Maqdis. Ada pun tempat berlakunya konflik ianya jauh dari Al Masjidil Aqsa .Lawatan ke Baitul Maqdis juga tertakluk kepada kelulusan, sekiranya keadaan tidak aman kerajaan Jordan tidak benarkan kita memasukinya awal-awal lagi . Sebab itulah saya katakan kalau ada rezki kerana bukan semua orang yang masuk Jordan boleh melawat Baitul Maqdis, ianya tertakluk kepada kelulusan kerajaan Jordan. Kalau tak dapat melawat Baitul Maqdis kita melawat sekitar `Amman , Jordan seperti laut mati, Gua Ashaabul kahfi, maqam Nabi Shu`ib ( Wallaahu `aa`lam ) , Roman Amphiteater dan lain-lain tempat lagi. Sekiranya ada cadangan nak melawat Dimasq ( Damshiq ), Syria bagus juga kerana Damshiq merupakan satu destinasi yang penting , ianya pernah menjadi pusat pemerintahan Bani Umayyah selepas pemerintahan Al Khulafa` Ar Raashidin . Banyak kesan peninggalan zaman silam dan kesan Bani Umayyah yang terdapat diDamshik. Dari Amman, Jordan ke Damshiq hanya 2 jam perjalanan dengan bas dan rakyat Malaysia tidak perlu mohon visa memasuki Jordan dan Syria. Walau bagaimana pun lawatan ke Baitul Maqdis atau Damshik, Syria ini diatas perbelanjaan sendiri. Saya tak tahu lagi berapa bayarannya kerana urusan ke Baitul Maqdis dibuat setelah kita sampai diJordan . Begitu juga lawatan ke Syria, tetapi saya anggarkan dalam 500 RM. Ada pun lawatan ke Jordan , harganya termasuk dalam harga pakej yang akan ditentukan selepas dapat harga tiket dari airlines nanti. Harga Pakej tak dapat ditentukan lagi kerana pihak airlines belum keluarkan harga lagi. Mungkin anda semua lihat didalam akhbar pihak travel agensi telah pun mempamirkan harga pakej masing-masing. Namun demikian , saya perlu beritahu bahawa itu hanyalah anggaran sahaja , bukan harga sebenar. Sekiranya harga naik lagi besar kemungkinan harga akan diubah semula oleh pihak travel agensi. Harga pakej saya rasanya yang termurah kerana saya sendiri yang uruskan semuanya seperti urusan penginapan, makanan ( 3 kali sehari , termasuk air panas dan sejuk 24 jam ). Saya sendiri yang akan menjadi travel guide. Kalau pergi dengan agensi , mereka akan contact rakan- rakan saya di Makkah dan Madinah. Jadi saya terus direct dengan mereka disana. Oleh itu kosnya murahlah . Jangan bimbang ya ! Saya tinggal 6 tahun disana semasa belajar dahulu. Saya hanya dapat pergi ke Makkah sewaktu cuti semester sahaja kerana saya bekerja sebagai seorang pensyarah disalah sebuah IPT. Saya dapat kendalikan sendiri kerana pengalaman saya sewaktu belajar di Madinah dari akhir tahun 1979 hingga 1985. Saya mempunyai banyak pengalaman semasa disana, termasuk pengalaman mengendalikan kebajikan jemaah haji , mencari jemaah haji yang sesat , cara nak berkomunikasi dengan tok `Arab yang kasar dan lain-lain lagi. Diantara pengalaman yang tak dapat dilupakan ialah mencari jemaah yang hilang. Ada diantara jemaah yang hilang tak dapat dikesan oleh pihak tabung haji tetapi saya ada cara yang tersendiri untuk mengesanya sehingga saya dapat menemui mereka yang sesat ini. Cerita ini panjang .Mungkin lain kali saya akan ceritakan, insha` ALLAH. Setelah saya kembali ke Malaysia tahun 1985 saya hanya dapat megerjakan umrah pada tahun 1989 , iaitu dalam perjalanan untuk menyambungkan pelajaran ke Sudan. kemudian pada tahun 1994 saya mula membawa jemaah . Ketika itu saudara-mara dan sahabat berhasrat nak mengerjakan `umrah. Apabila mereka beritahu saya, terlintas untuk menolong mereka kerana dari pengalaman saya, ramai jemaah haji dan `umrah melakukan kesalahan ketika mengerjakan haji dan `umrah. Saya terfikir kenapa nak biarkan mereka pergi dengan travel agen ,yang mana setahu saya semenjak saya masih belajar disana, pihak travel agen akan serahkan kepada wakil di sana, iaitu orang melayu Malaysia, Indonesia atau Patani yang tinggal disana. Sewaktu ziarah pula wakil ini akan cari seorang tour guide untuk memberi penerangan kepada jemaah . Saya juga pernah menjadi tour guide semasa belajar disana dahulu. Yang jadi masalahnya, selalu juga pelajar sibuk , jadi wakil disana akan cari siapa sahaja yang boleh jadi tour guide. Olih itu mungkin penerangan yang disampaikan itu salah. Kita tak tahu samada mereka mempunyai pengetahuan tentang amalan haji atau `umrah. Ada yang tinggal disana kerana bekerja sendiri tetapi mengaku belajar. WALLAHU `AA`LAM. Selama hampir 6 tahun belajar di Universiti Madinah, saya terlibat secara langung dengan urusan haji dan `umrah . Saya pernah diambil oleh Tabung Haji dan ditempatkan di zon atau maktab ( pejabat ) , saya juga pernah berkhidmat dibahagian hospital .Setiap hari saya akan berulang alik dari pejabat tabung haji dan hospital-hospital diMadinah meninjau jemaah haji Malaysia sekali gus menjadi perantara diantara pejabat tabung haji dengan hospital-hospital diMadinah. Saya juga pernah menjadi Tour Guide dengan berbagai-bagai syarikat di Malaysia termasuk syarikat MAS sewaktu musim `umrah. Sebelum ini saya hanya pergi setahun sekali sahaja kecuali dalam tahun 2004 saya dapat pergi 2 kali iaitu bulan Jun dan bulan puasa. Sebelum bulan puasa saya tak dapat lagi taqwim semester . Selepas saya pulang `umrah barulah taqwim keluar dan saya dapati bulan puasa dalam tahun tersebut cuti. Jadi. saya pun pergi sekali lagi kerana nak rebut pahala besar dalam bulan puasa. Apabila saya nak mengerjakan `umrah, kawan-kawan dan, jiran dan orang kampung akan tanya kerana nak tumpang sama. Pada tahun lepas , Alhamdulillah saya dapat mengerjakan `umrah 2 kali juga , kali pertama dari 5.5.2006 hingga 18.5.2006 seramai 23 orang jemaah dengan harga pakej 4100RM. Oleh kerana ada lagi orang nak pergi tapi tak sempat kerana mereka beritahu saya lambat, maka saya suruh mereka tunggu saya pulang untuk mengendalikan urusan . Setelah saya siap buat urusan, Alhamdulillah saya berangkat untuk kali kedua dari 13.6.2006 hingga 27.6.2006 ( Cuti sekolah 14 Hari Peak season ) seramai 9 orang sahaja tetapi travel agensi hantar jemaah dia seramai 7 orang . Jadi jumlahnya 16 orang . Sebenarnya tidak ramai orang ikut saya ( sila lihat jumlah jemaah yang saya catitkan diatas ). Walau pun jemaah yang ikut sedikit tetapi sekiranya saya nak pergi saya tak kisah samada jemaah ramai atau sedikit kerana saya tak fikirkan sangat soal keuntungan. Selalunya saya tak dapat percuma ( saya pun kena keluar duit juga ) kerana jemaah tak ramai. Dalam bulan puasa tahun 2004, saya kena bayar penuh , sama dengan jemaah bayar pada saya . Saya ambil dengan jemaah 4000RM sedangkan jemaah hanya seramai 7 orang sahaja. Oleh itu saya tak dapat nak cover, lebeh-lebeh lagi harga hotel melambung tinggi dalam bulan puasa. Jemaah tahu yang saya pun kena bayar macam mereka kerana mereka tanya harga pakej jemaah dari travel agensi lain yang tinggal satu hotel dan naik pesawat yang sama. Mereka terkejut kerana harga pakej travel agensi jauh lebeh mahal dari saya sedangkan jumlah mereka lebeh 40 orang. Oleh itu mereka nak beri wang lagi kepada saya kerana kasihan melihat saya letih sedangkan saya tak ada untung langsung, tetapi saya tak mahu terima kerana saya bersyukur kepada ALLAH dapat mengerjakan `umrah dalam bulan puasa. Namun begitu travel agent tempat saya beli tiket selalu kirim jemaah melalui saya .Ini bermakna mereka ini dah jadi jemaah saya tanpa saya menerima bayaran yang setimpal sebab ada travel agen yang beri saya 100 RM untuk setiap seorang jemaah mereka, dan ada yang hanya beri 50 RM untuk seorang. Hanya sekali sahaja yang beri 200 RM untuk setiap jemaah. Bayangkan saya nak jaga manusia yang bukan semua nya satu kepala. Travel agen ni dapat untung banyak kerana mereka tak perlu hantar jemaah yang melibatkan kos yang tinggi . Olih itu kirim sahaja kepada saya ,ejen ni dapatlah untung banyak .dan saya pun sanggup bawa , saya tak kisah kerana tujuan saya untuk berdakwah dan berkhidmat kerana ALLAH.Satu perkara lagi nak diterangkan ialah kalau kita pergi ramai kosnya lebeh murah lagi. Sebagaimana yang saya telah jelaskan bahawa pada tahun 2004 ,dalam bulan puasa hanya 7 orang yang mengikut saya mengerjakan umrah . Di Makkah, kami yang seramai 8 orang ( termasuk saya ) menaiki bas yang sama dengan rombongan 35 orang dari sebuah agency di Johor untuk melawat persekitaran Makkah. Sepatutnya saya menaiki bas yang saya sewa sendiri tanpa bercampur dengan orang lain tetapi oleh kerana konsortium ( muassasah ) disana nak untung maka dicampurkanlah kami dengan rombongan lain. Saya boleh berkeras dan melaporkan kepada kementerian Haji Arab Saudi tetapi saya tak mahu melakukan demikian kerana memandangkan bulan puasa yang mulia. Tahun 2003 dulu saya pernah ugut nak laporkan kepada kementerian Haji Arab Saudi , apa lagi wakil konsortium merayu-rayu saya dan diberinya bas yang besar kepada rombongan saya yang hanya berjumlah 11 orang sahaja. Berbalik kepada cerita tadi ketika bas nak bertolak saya hanya berdiam diri tak mahu tampil ke depan kerana maklumlah saya sedar rombongan saya hanya 8 orang sedangkan mereka 35 orang, sudah tentu mereka ada tour guide sendiri , tetapi apabila saya tak nampak seorang pun yang maju kedepan lantas saya pun mengambil mikrofon dan tanya siapakah ketua rombongan dari Johor tadi, kemudian tampil seorang haji ( rombongannya panggil dia ustaz dan memang orang panggil ketua rombongan `umrah sebagai ustaz walau pun dia bukan ustaz - senang dapat title ustaz ya, bawa rombongan `umrah, orang akan panggil ustaz atau ustazah ???? ).Saya hulurkan microphone kepadanya minta dia jadi tour guide tetapi dia jawab tak tahu nak cakap apa. Katanya tour guide rombongannya ( orang yang tinggal di Makkah ) ada hal dan tak dapat datang. Saya rasa kasihan kepada jemaah itu lalu saya bertindak menjadi tour guide. Kawan-kawan saya seramai 7 orang itu semuanya ustaz-ustaz lecturer dari UM dan UIA. Kalau saya nak terangkan kepada mereka pun cukuplah secara ringkas sahaja tetapi kerana kasihankan jemaah yang ramai itu saya terpaksa berikan penerangan dengan panjang lebar. Rakan-rakan saya suruh saya minta tips dari ketua jemaah kerana memang ketua jemaah mesti bayar kpd tour guide sebanyak 150RM tetapi saya tak melakukan demikian kerana saya inginkan pahala , lebeh-lebeh lagi bulan puasa. Walau bagimana pun ketua rombongan itu masukkan dalam kocek saya 50 Rial. Sebenarnya dah 3 kali saya alami peristiwa yang sama sebelum ini. Kasihan jemaah ya ! Tujuan saya bawa cerita ini ialah untuk mengingatkan kepada semua kalau kita nak pergi `umrah seboleh- bolehnya pergilah dengan orang yang pernah belajar disana kerana dia tahu selok belok disana lebeh-lebeh lagi ramai ketua rombongan ( termasuk ustaz-ustaz dan ada yang hafiz ) yang memimpin jemaah `umrah melakukan perkara yang salah semasa mengerjakan `umrah. Kita dah habiskan wang yang banyak untuk `umrah , maka sudah tentu kita inginkan ibadah yang sempurna. Untuk maklumat anda kenapa saya beria-ria sangat mengajak orang pergi `umrah dengan saya . Selain dari tujuan untuk berdakwah dan membimbing jemaah supaya melakukan umrah dengan cara yang betul mengikut cara yang dilakukan Nabi sallallahu `alaihi wasallam ada satu lagi sebab, iaitu berkaitan dengan travel agensi. Sejak saya mula membawa jemaah ber`umrah, dah 10 kali saya bertukar egensi untuk membeli tiket. Saya ada senarai egensi yang di black list oleh caterer di Makkah dan Madinah . Kebanyakan caterer di Makkah dan Madinah itu kawan-kawan saya . Mengapa egensi2 ini di black list ? Sebab tak bayar wang makan. Ada egensi yang tak bayar 100000 Saudi Rial . Tahun lepas, salah seorang kawan saya ( caterer ) pulang ke Malaysia dari Makkah menjejaki travel agensi yang berhutang dengannya sebanyak 30000 rial. Dalam hal ini jemaah tidak salah kerana diMalaysia lagi mereka telah membayar harga penuh kepada travel agensi dan ini termasuk wang makan serta hotel tetapi banyak egensi tak membayar wang makan kepada caterer diMakkah dan Madinah. Dalam erti kata lain anda bayar harga pakej penuh kepada egensi untuk ber`umrah tetapi egensi inilah yang tak bayar kpd Caterer di Makkah dan Madinah. Mungkin pada mulanya egensi ini berhutang kerana nak pusing duit atau modal tetapi lama kelamaan hutang yang tertunggak menjadi banyak dan agak berat nak membayarnya. Caterer2 ini pula tak sampai hati tak beri makan kepada jemaah `umrah kerana mereka tahu jemaah dah bayar kepada egensi. Inilah yang selalu berlaku.tetapi jemaah tidak tahu hal ini. Sekiranya anda tidak berhajat nak pergi bolehlah tanya teman-teman atau saudara mara yang nak pergi. Kemudian contact saya melalui e mail . Setelah itu saya akan berikan nombor talipon. Berkaitan dengan harga pakej pula , rasanya lebeh kurang 1 minggu lagi airlines akan keluarkan harga dan ketika itu barulah saya boleh tetapkan harga dan insha` ALLAH lebeh murah dari agensi. Untuk pengetahuan semua, mengerjakan haji dan `umrah ini amat mudah sekali. Kita hanya perlu kerjakan rukun-rukun dan wajib-wajib haji sahaja. Tiada bacaan yang khusus, terpulanglah nak baca apa sahaja. Ada pun buku-buku haji dan `umrah yang banyak berada dipasaran yang memuatkan berbagai-bagai bacaan hanyalah dikarang oleh `ulama sahaja sedangkan Nabi sallallaahu`alaihi wasallam sendiri tidak mengkhususkan bacaan. Jadi jangan keliru ya kerana saya banyak bertanya orang kenapa tak pergi haji atau umrah . Mereka jawab susah nak melancar bacaan ( doa` ). Ini sudah salah kerana tiada bacaan yang khusus untuk melaksanakannya. Menyedari kesilapan ini, Alhamdulillah saya telah pun mengarang sebuah buku tentang haji dan `umrah.Buku ini belum diterbitkan lagi kerana saya tiada modal. Saya hanya berikan buku ini kepada jemaah yang ikut saya mengerjakan `umrah. Kalau anda mahukan buku ini saya boleh lampirkan dalam e mail. Sekian . Semoga kita semua dirahmati ALLAH. Aamin.Ya RABBAL `AALAMIN. Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Firman ALLAH : " Dan sempurnakanlah `ibadah haji dan `umrah kerana ALLAH " ( Aali `Imran :196 ). Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam bersabda : " Iringilah ( susulilah ) antara haji dan `umrah kerana keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan dosa sebagaimana ahli logam membuang karat dari besi, perak, dan emas. Tiada lain pahala yang diterima haji yang mabrur kecuali syurga ( H.R At Turmudzi, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah Rahimahumullah ). Hadith ini darjatnya Hasan Sahih. Diriwayatkan dengan isnad yang hasan ( baik ) oleh Ibnu Juraij Rahimahullah dari Jabir Radhiallaahu`anhu bahawa Rasulullah Sallallaahu`alaihi wasallam bersabda :" Rumah (Kaa`bah) ini adalah tiang Islam ,maka sesiapa yang berangkat menuju ke rumah ini dia di jamin oleh ALLAH , sekiranya dia mati ALLAH akan masukkannya ke dalam syurga dan jika dia kembali ke tanah airnya ALLAH akan menberkatinya dengan memberinya oleh-oleh dan pahala " . Dalam hadith yang pertama, ALLAH telah beri jaminan kepada sesiapa yang mengerjakan haji dan `umrah bahawa ALLAH akan menghapuskan kemiskinan mereka. Namun begitu ramai orang tak faham, mereka sangka wang mereka akan habis. Kita hendaklah yakin terhadap janji ALLAH kerana bermacam-macam cara ALLAH akan memberi rezki kepada kita. Walaubagimana pun sekiranya kita hendak pergi haji dan `umrah pada kali yang kedua dan seterusnya, kalau ada jiran atau saudara mara kita memerlukan kewangan maka lebeh baik kita bantu mereka kerana itu keperluan yang lebeh mendesak . Dalam pada itu kalau kita nak pergi melancung juga ke tempat lain , adalah lebeh baik kita mengerjakan haji dan `umrah. WALLAAHU `AA`LAM. Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Ibadat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Ibadat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
