Assalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. , Muslimin dan muslimat,
Terlebih dahulu saya minta maaf kepada semua sekiranya message ini
mengganggu anda. Tujuan saya menghantar message ini ialah untuk
memberitahu tentang ibadah `umrah. Jom lah kita mengerjakan `umrah ,
beribadah sambil melihat kesan peninggalan umat silam yang telah
dihancurkan ALLAH. Firman ALLAH : " Apakah mereka tidak mengembara
diatas muka
bumi ini , ayat-ayat ALLAH " .
Mengerjakan umrah merupakan hasrat setiap muslim dan muslimah. Namun
begitu ramai yang telah mengerjakan umrah menyangka ibadah yang mereka
kerjakan sudah menepati apa yang di lakukan oleh Nabi Sallallaahu`
alaihi wasallam. Sewaktu mengerjakan umrah mereka telah pun membaca
atau menghafaz semua doa' yang dimuatkan didalam-kitab- kitab haji dan
umrah yang melambak dijual di kedai-kedai buku. Adakah ini yang
dituntut ketika mengerjakan umrah sedangkan hanya sebilangan kecil
sahaja doa' yang diamalkan oleh baginda Sallallaahu` alaihiwasallam,
apakah doa-doa itu ? Adakah boleh kita menyaringkan suara sewaktu
tawaf sebagaimana dilakukan oleh sebahagian jama'ah atau para Mutawwif
( pembimbing ), yang dapat mengganggu orang lain yang sedang
khusyu` melakukan tawaf ? Inilah yang menjadi salah satu sebabmengapa
saya mengajak anda semua mengerjakan umrah bersama saya.
Sebelum saya menjelaskan tentang umrah eluklah saya memperkenalkan
diri saya dahulu. Saya adalah saudara anda sesama Islam, bertugas
sebagai pensyarah bahasa `Arab di IPT. Oleh kerana saya bekerja saya
tak boleh mengerjakan umrah sepanjang masa. Saya hanya mengerjakan
umrah 1 kali atau 2 kali sahaja setahun.
Pada tahun ini,insha` ALLAH saya akan mula bercuti pada 19.3.07
sehingga 11.6.07. Ini bermakna rombongan saya boleh mengerjakan umrah
diantara tarikh tersebut.
Alhamdulillah, setiap tahun saya mengerjakan `umrah sambil mengembara
ketempat lain.
- Tahun 1994 `Umrah /Jordan.( Cuti sekolah 14 hari Peak Season , 15
hari 2 malam di Amman, Jordan ) . Jumlah jemaah 15 orang dan harga
pakej 3200 RM.
- Tahun 1995 `Umrah /Jordan ( 18 Hari ) Jumlah jemaah 14 orang dan
harga Pakej 3400RM .
- Tahun 1996 `Umrah /Jordan. Jumlah jemaah 11 orang dan harga Pakej
3400 RM
- Tahun 1997 `Umrah / Beirut,Lubnan ( 14 hari ). Jumlah jemaah 6 orang
dan harga pakej 3300 RM ( Sekarang kapal terbang Lubnan tidak lagi
beroperasi diKuala Lumpur ).
- Tahun 1998 `Umrah /Istanbul . Jumlah jemaah 9 orang dan harga Pakej
3600 RM
- Tahun 1999 tak dapat pergi kerana tak ada rezki. Semuanya ALLAH yang
tentukan.
- Tahun 2000 `Umrah / Istanbul/ Mesir. ( 18 hari 2 hari Istanbul dan
4 hari di Kaherah ).Tak puas melawat Istanbul pada kali yang pertama.
Jumlah jemaah 8 orang,harga Pakej 4000 RM.
- Tahun 2001 tak pergi kerana tiada rezki.
- Tahun 2002 `Umrah / Dubai ( cuti sekolah 14 hari Peak Season ).
Jumlah jemaah 11 orang dan harga Pakej 3300 RM.
- Tahun 2003 `Umrah/Dubai ( 15 hari ). Jumlah jemaah 7 orang dan harga
Pakej 3500 RM . Bulan March 2004 , saya pergi ke Beijing, China selama
9 hari.
- Bulan Jun 2004 `Umrah/ Bahrain (cuti sekolah 14 hari Peak Season ).
Jumlah jemaah 10 orang dan harga Pakej 3500 RM. Pada awal Ramadhan
pula `Umrah dengan pesawat MAS selama 15 hari. Oleh kerana naik MAS
maka kami hanya ke Makkah dan Madinah sahaja. Jumlah jemaah 7 orang
dan Harga pakej 4000 RM ( peak season ).
- Bulan Jun 2005 `Umrah / Berunai ( 15 hari ). Jumlah jemaah 23 orang
dan harga Pakej 3600RM
- Tahun 2006 `Umrah /Abu Dhabi ( 15 hari ) . Jumlah jemaah 25 orang.
Harga Pakej 4100 RM, dan cuti sekolah Jun 2006 ( 14 hari ) . Jumlah
jemaah 9 orang dan harga Pakej 4300 RM ( Peak season ).
Pada tahun ini, insha` ALLAH dalam bulan April atau Mei atau
kedua-duanya sekali saya bercadang untuk mengerjakan `umrah dan
seterusnya lawatan ke Jordan atau Syria atau ke negara `Arab yang lain
selama 2 minggu.
Ada pun masalah harga , ianya berlainan mengikut pesawat. Dibawah ini
saya sertakan harga pakej selama 2 minggu untuk bulan April ini.
Pesawat Qatar/GULF Air/Brunai PESAWAT PIA RM4250
Pesawat RJ ( Jordan ) RM4850.
Supaya lebih jelas lagi dibawah ini saya sertakan secara detail supaya
anda hajah boleh kira sendiri. Harga tiket pesawat Qatar/GULF
Air/Brunai: 2700RM - 3000RM( masih tak tentu dan tertakluk kepada
pindaan ).
Pesawat Pakistan 2600RM , sekiranya jemaah 20 orang keatas . Kalau
kurang 2700RM
Pesawat Royal Jordanian 3200RM.
Nampaknya pesawat Royal Jordanian yang termahal . Kos-kos lain seperti
berikut:
Pengurusan visa/muassasah 180RM .
Wang makan di Makkah dan Madinah 30RM sehari .
Penginapan di Madinah 80RM semalam.
Biasanya jemaah dari syarikat travel agensi bermalam 2 malam sahaja di
Madinah kerana mahal , semuanya hotel-hotel baharu, yang lama dan
murah telah dirobohkan, kecuali sedikit sahaja dan tak dapat nak
menampung permintaan. Sejak tahun 1994 hingga tahun lepas jemaah saya
bermalam di Madinah 3 malam kerana tak puas 2 malam, lebih-lebih lagi
saya pernah tinggal selama 6 tahun di Madinah. Pernah saya bermalam 4
malam di Madinah. Tahun ini sekiranya jemaah saya tak ramai nampaknya
saya kena bermalam 2 malam sahaja kerana tak dapat nak cover harga
mahal. Harga hotel di Makkah pula mengikut kategori, ianya lebih murah
dari Madinah.
Kos sewa pengangkutan pula seperti berikut:
Bas Besar ( 45 passengers ) : 2500RM
Coaster ( 25 passengers ) : 1700RM
Van/GMC : 1200RM
Ini ialah harga pada tahun-tahun lepas. Pada tahun ini rasanya tidak
berubah.
Kos pengangkutan juga bergantung kepada bilangan jemaah. Kalau jemaah
ramai dapat jimatkan kos tetapi kalau sedikit susah lah nak cover.
Begitu juga penginapan , kalau ramai mungkin 1 atau 2 orang dapat percuma.
Saya harap anda dapat kira sendiri berapa saya ambil dari setiap jemaah.
Tambang tiket RJ 3200RM
Penginapan Madinah (untuk 2 malam = 160RM
Penginapan Makkah 40RM x 9 malam = 360RM
Makan 30RM x 11.5 = 345RM
Pengurusan visa = 180RM
Bag sangkut dan sandang = 30RM
Lawatan Hudaibiyah, muzium = 30RM
Zamzam dan Name tag 15RM
Tips mengangkut barang 10RM
Coaster,contohnya 13 orang 1700RM÷13 = 130RM
Lawatan Jordan 30USD x 4 = 120RM
Jumlah 4580RM
Saya ambil dari jemaah 4850RM - 4580RM = 270RM untuk seorang jemaah
yang seramai 13 orang. Cuba kira berapa yang saya dapat sedangkan
tanggungajawab saya berat nak jaga jemaah bermula dari KLIA dan
berakhir dari KLIA selama 2 minggu. Ini tidak lagi dikira bayaran bil
talipon ke Makkah dan Madinah,juga bayaran pengangkutan tetapi
biasanya saya tak kira kerana saya anggap itu wang hangus.
Tolak wang makan 345RM, saya kena bayar : 4580RM - 345RM = 4235RM. Ini
bermakna kalau saya dapat jemaah seramai 15 orang ( 4580 ÷ 270 = 15.6
) barulah saya lepas dari apa-apa bayaran. Namun begitu apabila berada
disana walau pun saya tak dikenakan wang makan tetapi saya jarang
makan makanan melayu, selalunya saya jadi ketagih makanan arab.
Sebenarnya bukanlah niat saya untuk berniaga umrah dan mengambil
kesempatan dengan mengaut keuntungan dari jemaah. kalau saya ada wang
banyak pun saya tak akan buka travel egent kerana saya tak mahu ini
dijadikan bahan komersial. Bagi saya tak eluk kita meniagakan kerana
jemaah haji dan umrah adalah tetamu ALLAH. Sekiranya jemaah saya ramai
saya akan turunkan lagi harga atau kembalikan wang. Pernah 2 kali saya
memberikan kembali wang kepada jemaah kerana saya rasa dah cukup, ada
yang ambil dan ada juga yang tak mahu ambil. Niat saya hanya
semata-mata ingin berdakwah dan membimbing jemaah mengerjakan cara
yang betul kerana ramai yang buat umrah salah termasuk pembimbing atau
pun ustaz yang membimbing orang sendiri.
Sekiranya jemaah saya dalam lingkngan 18 orang ke atas biasanya saya
sewa bas besar yang bermuatan 45 penumpang kerana ianya lebih selesa,
walau pun saya rugi . Dengan ini dapatlah diketahui walau pun jemaah
saya tak ramai saya boleh tawarkan harga pakej yang murah dari orang
lain atau travel agensi walau pun jemaah mereka ramai, ada yang jumlah
mereka melebihi 100 orang dan tinggal di tempat yang sama dengan saya
tetapi harga pakej mereka lebih mahal. WALLAAHU `AA~LAM.
Dari segi logiknya kalau 10 orang sahaja yang pergi sudah tentu pakej
saya mahal tetapi anda boleh bandingkan harga dengan syarikat travel
yang lain kerana walau pun jumlah jemaah mereka ramai tetapi biasanya
setakat yang saya ketahui,Wallaahu`aa`lam, harga yang saya tawarkan
lebih murah dari mereka.
Begitulah saban tahun orang tanya saya samada saya dapat untung atau
tidak. Saya jawab keuntungan bukan matlamat saya tetapi matlamat saya
ialah untuk membimbing jemaah mengerjakan umrah dengan cara yang betul
disamping saya nak berdakwah.
Saya tak pernah menyewa van walau pun jumlah jemaah saya ada ketikanya
7 orang dan kurang dari 10 orang, sebaliknya saya menyewa coaster.
Tentang penginapan pula memang sejak dahulu lagi kami menginap di
bilik yang mempunyai bilik air didalamnya, bermakna bilik air tidak
berkongsi dengan orang dari bilik yang lain.Yang mana berkelamin saya
letakkan 2 orang sebilik.
Ini saya terangkan semuanya kepada anda supaya anda boleh kira
sendiri. Kalau jemaah saya sedikit saya sendiri pun kena tampung
perbelanjaan. Pernah saya pergi bulan puasa tahun 2004,saya kena bayar
sama dengan jemaah kerana jumlah jemaah hanya 7 orang.
Oleh kerana saya bekerja maka saya tak dapat selalu pergi ke
Makkah.Hanya 1 kali setahun sahaja saya dapat pergi kecuali tahun 2004
dan tahun lepas saya pergi 2 kali . Dalam tahun 2004. saya pergi bulan
Mei cuti sekolah . Setelah saya pulang, Taqwim ( Kalender )untuk
semester 1,2004/2005 baru keluar , setelah membacanya saya dapati
bulan puasa tahun tersebut bertepatan dengan cuti semester.
Tahun lepas ( 2006 ) saya pergi bulan Mei, tiba-tiba 1 minggu sebelum
nak berangkat ada 6 orang jumpa saya nak pergi sama. Oleh kerana masa
suntuk maka saya tak sempat buat urusan , selepas pulang saya buat
urusan dan kami dapat bertolak pada bulan Jun, selepas 3 minggu saya
kembali dari Makkah.
Setakat hari ini baru 4 orang telah menyatakan persetujuan nak pergi
bulan April dan 12 orang lagi nak pergi bulan Mei, insha` ALLAH kalau
anda nak ikut serta bertambahlah jemaah saya.
Tahun-tahun lepas saya tak kisah berapa orang yang nak pergi kerana
saya mampu membayarnya , pernah jemaah saya hanya 5 orang tetapi saya
pergi juga kerana memang saya nak pergi. Kalau tak ada langsung orang
nak ikut saya pun saya akan pergi juga.Namun begitu tahun ini saya
kekurangan wang dan kalau ada rezki , insha` ALLAH saya dapat pergi ,
kalau tak ada jemaah mungkin saya tak dapat pergi.
Walaubagaimana pun tadi sebuah syarikat travel suruh saya bawa
jemaahnya seramai 9 orang dengan pesawat RJ pada 19. 4 .07 ini. Insha`
ALLAH , mungkin ada juga rezki saya nak pergi bulan April tahun ini.
Syarikat ini dikendalikan oleh 3 orang, seorang lulusan universiti
Islam Madinah, seorang universiti Jordan dan seorang lagi muwallad
(lahir diMakkah arab melayu ). Syarikat ini sebenarnya syarikat
menguruskan visa tetapi kalau ada permintaan orang untuk pakej umrah,
syarikat ini menguruskannya juga . Oleh kerana jemaah yang daftar
dengan pakej mereka hanya 9 orang setakat ini maka mereka offer supaya
saya membawanya.
Jemaah travel ini dan jemaah saya jumlahnya seramai 14 orang termasuk
saya. Insha` ALLAH Kami akan bertolak pada 19.4.2007 dengan pesawat
Royal Jordanian selama 14 hari. Oleh kerana kami naik pesawat Jordan
maka harga pakejya ialah 4850RM. Pakej ini termasuk lawatan di laut
mati, gua ashabul kahfi dan beberapa tempat lagi di Amman, Jordan.
Ssebenarnya umrah yang saya kendalikan ini lebih bersifat umrah
keluarga .Saya bukanlah seperti orang lain, yang mana kalau jemaah
sakit akan menghantar jemaah ke klinik yang mana bayaran consultation
sahaja 150SR, tidak termasuk ubat yang mesti dibeli di pharmacy. Bagi
saya buat apa menghabiskan wang, bukankah lebih baik pergi ke hospital
kerajaan ,ambil teksi dengan bayaran 20SR pergi balik. Rawatan di
hospital kerajaan percuma, ubatnya standing dengan ubat yang dibeli di
Farmachy. Ini baru kes sakit , masih banyak lagi kes-kes yang lain
yang tak kuasa lagi saya nak ceritakan. Bagi saya , saya letakkan
posisi saya ditempat jemaah, apa rasa saya sekiranya orang buat pada
saya begini begini. Oleh itu saya tidak akan membebankan jemaah,
insha` ALLAH. Saya tidak pernah meminta jemaah bayar lagi di Makkah
walau pun saya sendiri terpaksa membayar sama seperti jemaah bayar.
seperti yang dilakukan olih sesetengah syarikat agensi.. Pernah 2 kali
saya memulangkan kembali wang jemaah kerana bagi saya dah pun cukup,
ada yang ambil dan ada jga yang tak mahu mengambilnya.
Seperti yang saya nyatakan , setakat yang saya ketahui pakej yang saya
tawarkan setiap tahun adalah murah,walau pun jemaah saya sedikit,
berdasarkan pendapat jemaah yang pergi dengan saya . Ini adalah kerana
mereka tanya orang lain sewaktu mereka berada di Makkah dan Madinah.
Harga pakej murah kerana saya sendiri yang uruskan semuanya dan saya
tiada mempunyai apa-apa syarikat travel, malah travel agensi sendiri
selalu menumpangkan jemaah mereka kepada saya sekiranya jemaah mereka
tak ramai. Ini bermakna saya sendiri yang menguruskan semua urusan di
sana seperti urusan penginapan, makanan ( 3 kali sehari ,termasuk air
panas dan sejuk 24 jam ). Saya sendiri yang akan menjadi travel guide.
Kalau pergi dengan agensi , mereka akan contact rakan-rakan saya di
Makkah dan Madinah. Jadi saya terus direct dengan mereka disana. Oleh
itu kosnya murahlah . Jangan bimbang ya ! Saya tinggal 6 tahun disana
semasa belajar dahulu. Saya dapat kendalikan sendiri kerana pengalaman
saya sewaktu belajar di Madinah dari akhir tahun 1979 hingga 1985.
Saya mempunyai banyak pengalaman semasa disana, termasuk pengalaman
mengendalikan kebajikan jemaah haji , mencari jemaah haji yang sesat ,
cara nak berkomunikasi dengan tok `Arab yang kasar dan lain-lain lagi.
Diantara pengalaman yang tak dapat dilupakan ialah mencari jemaah yang
hilang. Ada diantara jemaah yang hilang tak dapat dikesan oleh pihak
tabung haji tetapi saya ada cara yang tersendiri untuk mengesanya
sehingga saya dapat menemui mereka yang sesat ini. Cerita ini panjang
.Mungkin lain kali saya akan ceritakan,insha` ALLAH.
Dalam bulan Mei ini ada juga jemaah yang nak pergi umrah melalui
Jordan kerana kalau ada rezki boleh melawat Dimasq , Syria. Dalam hati
saya ada 3 tempat lagi Negara Islam yang saya nak melawat, yaman,`Iraq
dan Syria. ALLAH belum lagi mengizinkan saya untuk ke sana , walaupun
saya dah hampir dengan `Iraq dan Syria kerana dari Jordan ke Damshiq 3
jam dengan bas, manakala ke Baghdad 10 jam.Pada tahun 1995 dan 1996
saya nak masuk Damshiq tetapi pelajar di sana menasihati agar jangan
masuk kerana dasar kerajaan Syria ketika itu bersikap curiga terhadap
orang asing yang memasuki negaranya. Ada yang dapat pergi setakat
sempadan sahaja dan kembali semula ke Jordan kerana disempadan
bermacam-macam soalan diajukan sebelum dibenarkan masuk. Oleh kerana
saya membawa jemaah terpaksalah saya batalkan sahaja hasrat ini kerana
kalau tak dapat masuk menyusahkan jemaah sahaja. Sekarang semenjak
bertukar presiden , Negara Syria telah pun menjalinkan hubungan yang
erat dengan Malaysia dan rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk
masuk ke Syria. Pada bulan April dan Mei ini sekiranya jemaah nak
masuk Syria , insha` ALLAH hasrat saya akan tercapai.
Setelah saya kembali ke Malaysia tahun 1985 saya hanya dapat
megerjakan umrah pada tahun 1989 , iaitu dalam perjalanan untuk
menyambungkan pelajaran ke Sudan. kemudian pada tahun 1994 saya mula
membawa jemaah . Ketika itu saudara-mara dan sahabat berhasrat nak
mengerjakan `umrah. Apabila mereka beritahu saya, terlintas untuk
menolong mereka kerana dari pengalaman saya, ramai jemaah haji dan
`umrah melakukan kesalahan ketika mengerjakan haji dan `umrah. Saya
terfikir kenapa nak biarkan mereka pergi dengan travel agen ,yang mana
setahu saya semenjak saya masih belajar disana, pihak travel agen
akan serahkan kepada wakil di sana, iaitu orang melayu Malaysia,
Indonesia atau Patani yang tinggal disana. Sewaktu ziarah pula wakil
ini akan cari seorang tour guide untuk memberi penerangan kepada
jemaah . Saya juga pernah menjadi tour guide semasa belajar disana
dahulu. Yang jadi masalahnya, selalu juga pelajar sibuk , jadi wakil
disana akan cari siapa sahaja yang boleh jadi tour guide. Olih itu
mungkin penerangan yang disampaikan itu salah. Kita tak tahu samada
mereka mempunyai pengetahuan tentang amalan haji atau `umrah. Ada yang
tinggal disana kerana bekerja sendiri tetapi mengaku belajar. WALLAHU
`AA`LAM.
Selama hampir 6 tahun belajar di Universiti Madinah, saya terlibat
secara langung dengan urusan haji dan `umrah . Saya pernah diambil
oleh Tabung Haji dan ditempatkan di zon atau maktab ( pejabat ) , saya
juga pernah berkhidmat dibahagian hospital .Setiap hari saya akan
berulang alik dari pejabat tabung haji dan hospital-hospital diMadinah
meninjau jemaah haji Malaysia sekali gus menjadi perantara diantara
pejabat tabung haji dengan hospital-hospital diMadinah. Saya juga
pernah menjadi Tour Guide dengan berbagai-bagai syarikat di Malaysia
termasuk syarikat MAS sewaktu musim `umrah.
Sebelum ini saya hanya pergi setahun sekali sahaja kecuali dalam tahun
2004 saya dapat pergi 2 kali iaitu bulan Jun dan bulan puasa. Sebelum
bulan puasa saya tak dapat lagi taqwim semester . Selepas saya pulang
`umrah barulah taqwim keluar dan saya dapati bulan puasa dalam tahun
tersebut cuti. Jadi. saya pun pergi sekali lagi kerana nak rebut
pahala besar dalam bulan puasa. Apabila saya nak mengerjakan `umrah,
kawan-kawan dan, jiran dan orang kampung akan tanya kerana nak tumpang
sama.
Pada tahun lepas , Alhamdulillah saya dapat mengerjakan `umrah 2 kali
juga , kali pertama dari 5.5.2006 hingga 18.5.2006 seramai 23 orang
jemaah dengan harga pakej 4100RM. Oleh kerana ada lagi orang nak pergi
tapi tak sempat kerana mereka beritahu saya lambat, maka saya suruh
mereka tunggu saya pulang untuk mengendalikan urusan . Setelah saya
siap buat urusan, Alhamdulillah saya berangkat untuk kali kedua dari
13.6.2006 hingga 27.6.2006 ( Cuti sekolah 14 Hari Peak season )
seramai 9 orang sahaja tetapi travel agensi hantar jemaah dia seramai
7 orang . Jadi jumlahnya 16 orang .
Sebenarnya tidak ramai orang ikut saya ( sila lihat jumlah jemaah yang
saya catitkan diatas ). Walau pun jemaah yang ikut sedikit tetapi
sekiranya saya nak pergi saya tak kisah samada jemaah ramai atau
sedikit kerana saya tak fikirkan sangat soal keuntungan. Selalunya
saya tak dapat percuma ( saya pun kena keluar duit juga ) kerana
jemaah tak ramai. Dalam bulan puasa tahun 2004, saya kena bayar penuh
, sama dengan jemaah bayar pada saya . Saya ambil dengan jemaah 4000RM
sedangkan jemaah hanya seramai 7 orang sahaja. Oleh itu saya tak dapat
nak cover, lebeh-lebeh lagi harga hotel melambung tinggi dalam bulan
puasa. Jemaah tahu yang saya pun kena bayar macam mereka kerana mereka
tanya harga pakej jemaah dari travel agensi lain yang tinggal satu
hotel dan naik pesawat yang sama. Mereka terkejut kerana harga pakej
travel agensi jauh lebeh mahal dari saya sedangkan jumlah mereka lebeh
40 orang. Oleh itu mereka nak beri wang lagi kepada saya kerana
kasihan melihat saya letih sedangkan saya tak ada untung langsung,
tetapi saya tak mahu terima kerana saya bersyukur kepada ALLAH dapat
mengerjakan `umrah dalam bulan puasa.
Sebagaimana yang saya telah jelaskan bahawa pada tahun 2004 ,dalam
bulan puasa hanya 7 orang yang mengikut saya mengerjakan umrah . Di
Makkah, kami yang seramai 8 orang ( termasuk saya ) menaiki bas yang
sama dengan rombongan 35 orang dari sebuah agency di Johor untuk
melawat persekitaran Makkah. Sepatutnya saya menaiki bas yang saya
sewa sendiri tanpa bercampur dengan orang lain tetapi oleh kerana
konsortium ( muassasah ) disana nak untung maka dicampurkanlah kami
dengan rombongan lain.
Berbalik kepada cerita tadi ketika bas nak bertolak saya hanya berdiam
diri tak mahu tampil ke depan kerana maklumlah saya sedar rombongan
saya hanya 8 orang sedangkan mereka 35 orang, sudah tentu mereka ada
tour guide sendiri , tetapi apabila saya tak nampak seorang pun yang
maju kedepan lantas saya pun mengambil mikrofon dan tanya siapakah
ketua rombongan dari Johor tadi, kemudian tampil seorang haji
(rombongannya panggil dia ustaz dan memang orang panggil ketua
rombongan `umrah sebagai ustaz walau pun dia bukan ustaz - senang
dapat title ustaz ya, bawa rombongan `umrah, orang akan panggil ustaz
atau ustazah ???? ).Saya hulurkan microphone kepadanya minta dia jadi
tour guide tetapi dia jawab tak tahu nak cakap apa. Katanya tour guide
rombongannya ( orang yang tinggal di Makkah ) ada hal dan tak dapat
datang. Saya rasa kasihan kepada jemaah itu lalu saya bertindak
menjadi tour guide. Kawan-kawan saya seramai 7 orang itu semuanya
ustaz-ustaz lecturer dari UM dan UIA. Kalau saya nak terangkan kepada
mereka pun cukuplah secara ringkas sahaja tetapi kerana kasihankan
jemaah yang ramai itu saya terpaksa berikan penerangan dengan panjang
lebar. Rakan-rakan saya suruh saya minta tips dari ketua jemaah kerana
memang ketua jemaah mesti bayar kpd tour guide sebanyak 150RM tetapi
saya tak melakukan demikian kerana saya inginkan pahala , lebeh-lebeh
lagi bulan puasa. Walau bagimana pun ketua rombongan itu masukkan
dalam kocek saya 50 Rial.
Sebenarnya dah beberapa kali saya alami peristiwa yang sama sebelum
ini. Kasihan jemaah ya ! Tujuan saya bawa cerita ini ialah untuk
mengingatkan kepada semua kalau kita nak pergi `umrah seboleh-bolehnya
pergilah dengan orang yang pernah belajar disana kerana dia tahu selok
belok disana lebeh-lebeh lagi ramai ketua rombongan ( termasuk
ustaz-ustaz dan ada yang hafiz ) yang memimpin jemaah `umrah melakukan
perkara yang salah semasa mengerjakan `umrah. Kita dah habiskan wang
yang banyak untuk `umrah , maka sudah tentu kita inginkan ibadah yang
sempurna.
Alhamdulillah saya amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberi
kesempatan kepada saya untuk mengerjakan haji sebanyak 6 kali dan
`umrah entah, tak tahu berapa banyak. Ini berlaku sewaktu saya
dihantar ALLAH melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Madinah. Pada
akhir tahun 1979, sebelum saya mengambil keputusan untuk melanjutkan
pelajaran ke Madinah, ramai orang termasuk rakan-rakan yang meminta
saya berfikir banyak kali untuk melanjutkan pelajaran ke sana , kerana
pada ketika itu kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf sijil dari
Universiti Islam Madinah dan universiti- universiti di Arab Saudi.
Kata mereka : " Engkau balik nanti nak kerja apa kerana sijil tidak
diiktiraf , lebih baik engkau sambung belajar ke Univrsiti al Azhar,
Mesir , Universiti Kuwait dan lain- lain yang diiktiraf . " Saya jawab
: " Saya ingin menuntut ilmu kerana ALLAH dan tidak ada niat langsung
untuk bekerja makan gaji setelah tamat belajar nanti dan saya yakin
ALLAH akan memberi rezki kepada saya kerana niat ikhlas didalam
menuntut ilmu. Saya ingin berjiran dengan Nabi Sallallaahu `alaihi
wasallam , bersolat di Masjid Nabi dan mengerjakan haji setiap tahun
serta dapat mengerjakan `umrah . Bagi saya belajar di Madinah lebih
baik dari tempat-tempat lain kerana banyak kelebihannya ".
Dengan kuasa ALLAH, 2 minggu sebelum saya pulang ke Malaysia ( saya
pulang pada 15.9.19850 ) , kerajaan Malaysia telah mengiktiraf lulusan
Universiti Islam Madinah setarf dengan Universiti- universiti
tempatan. Ini bermakna lulusan Madinah lebih tinggi dari Universiti al
Azhar kerana lulusan BA kepujian dari Universiti al Azhar diiktiraf
setaraf dengan BA tanpa kepujian ( ijazah am ) dari
Universiti-universi ti tempatan. Hanya beberapa tahun kebelakangan
ini barulah ijazah Universiti al Azhar diiktiraf setaraf dengan
Univversiti- universiti tempatan.. Inilah kuasa ALLAH . Saya amat
bersyukur kepada ALLAH diatas nikmat-NYA. Sekembali saya ke Malaysia,
saya dapat kerja di salah sebuah IPT.
Selama lebih kurang 6 tahun belajar di Madinah, amat banyak pengalaman
yang dapat saya timba terutamanya yang berkaitan dengan haji dan
`umrah , membimbing jemaah haji dan `umrah , menghantar jemaah yang
sesat , cara nak berkomunikasi dengan Tok Arab dan lain- llain
pengalaman lagi yang tidak mungkin dapat dibeli dengan wang
ringgit..Biasanya 2 atau 3 bulan sebelum jemaah haji sampai kami akan
membuka kitab-kitab berkaitan dengan haji dan `umrah dan
mempelajarinya secara mendalam kerana memang kami sentiasa menjadi
rujukan jemaah. Oleh itu sehingga sekarang saya masih lagi tidak lupa
hal-hal yang berkaitan
dengan haji dan `umrah, insha` ALLAH. .
Sewaktu saya masih lagi menuntut di Universiti Islam Madinah, Arab
Saudi ( tahun 1979-1985 ) , saya dapati ramai jema`ah melakukan
kesilapan sewaktu mengerjakan haji dan umrah. Saya telah sedaya upaya
menerangkan dan memberi tunjuk ajar kepada mereka agar tidak menjadi
pak turut kepada orang-orang jahil sewaktu mengerjakan `ibadah yang
suci ini. Kemudian , setelah saya pulang ke tanah air tahun 1986 ,
saya tidak lagi berkesempatan mengerjakan haji atau `umrah kecuali
pada tahun 1989 dalam perjalanan ke Sudan untuk menyambungkan pelajaran.
Mulai tahun 1994 alhamsulullah saya diberikan kesempatan oleh ALLAH
untuk mengerjakan `umrah tiap-tiap tahun atau 2 tahun sekali. Pada
mulanya saya menyangka jemaah dari Malaysia tidak lagi melakukan
kesalahan yang ketara ketika mengerjakan haji dan `umrah kerana ramai
penganjur dan trvel agensi yang menguruskan urusan haji dan `umrah ,
tetapi sangkaan penulis meleset.
Ramai orang , khususnya dari Malaysia melakukan kesilapan ketika
mengerjakan `umrah . Saya kasihan melihat mereka ini . Namun demikian
sebenarnya mereka tidak boleh dipersalahkan dan insha` ALAAH `umrah
mereka diterima ALLAH . Yang patut dipersalahkan ialah pembimbing yang
membawa mereka dari Malaysia . Biasanya pembimbing ini dipanggil ustaz
walau pun mereka tidak mempunyai pengetahuan agama yang mendalam. Ada
yang beberapa kali mengerjakan haji atau `umrah , sudah menjadi
pembimbing dan apabila jemaah menanyakan masalah-masalah berkaitan
`umrah mereka cuba menjawab, kalau tak jawab terasa malu pula kerana
orang panggil ustaz.Ada juga diantara pembimbing atau syarikat travel
agensi menyerahkan urusan berkaitan haji dan `umrah kepada wakil di
Makkah dan Madinah. Wakil mereka pula bukan semuanya mahir dalam
`ibadah haji dan `umrah, mereka pun ikut orang ramai buat ( Pak Turut
). Dengan ini ramai jemaah yang buat kesilapan kerana mengikut
pembimbing ( pembimbing juga pak turut ) atau Mutawwif.
Dalam message ini saya berikan 2 contoh yang berlaku pada tahun 2004 (
cuti sekolah ), ketika saya mengerjakan `umrah. Kawan isteri saya nak
mengerjakan `umrah dan isteri saya mengajaknya pergi bersama., puas
dia pujuk suaminya pergi dengan saya dan saya juga menyatakan kepada
suaminya tentang pengalaman saya, namun begitu suaminya nak pergi
dengan wakil travel agensi yang mem promote kan umrah di tempat
kerjanya. Jemaahnya lebih 50 orang. Saya katakan kepadanya bahawa
mengikut pengalaman saya yang dah banyak kali pergi ke Makkah pada
waktu cuti sekolah, amat sukar nak dapat seat kapal terbang
lebih-lebih lagi jemaah yang ramai ( Alhamdulillah jemaah saya tidak
pernah tergendala ) . Dia berkeras menyatakan bahawa travel agensi itu
kata ada seat. Saya kata bahawa travel agensi kata begitu kerana
mereka takut kita lari ke travel agensi yang lain dan inilah yang
selalu berlaku. Oleh kerana dia terlampau percaya kepada agensi itu
saya tak dapat nak berbuat apa-apa. Mengikut jadualnya dia bertolak
dahulu daripada saya tetapi akhirnya saya dan jemaah saya seramai 10
orang ( termasuk saya ) bertolak ke Makkah sedangkan dia belum
bertolak lagi kerana ditunda keberangkatan beberapa kali. Dia lewat 3
hari dari saya.
Di Makkah kami bertemu dengannya dan dia menceritakan kesukarannya
kerana banyak kali transit, ada diantara jemaah itu terkandas di Yaman
kerana tiket tak confirm menyebabkan terpaksa naik bas ke Saudi. Dia
terkejut melihat penginapan saya di Hira` Palace kerana katanya dia
tinggal di tempat yang tidak selesa sedangkan bayaran pakejnya 300 RM
mahal dari saya . Dia tanya samada sya dapat untung atau tidak kerana
jemaah saya hanya 10 orang sahaja ,termasuk saya dan isteri. Saya
katakan bahawa saya lebih utamakan `ibadah dan mengajar cara yang
betul mengerjakan `umrah. Kemudian dia berangkat ke Jedah 2 hari
sebelum saya . Ini bermakna pakej travel dia hanya 10 hari sedangkan
janjinya 2 minggu. Tiba-tiba pada malamnya dia dating ke tempat saya ,
mengatakan mereka balik semula ke Makkah kerana tiket tak dapat
confirm. Dia kata ustaz dan ustazah yang membimbing mereka menyuruh
membayar dam seekor kambing kerana mereka sudah pun mengerjakan tawaf
wada` ( yang benar sebutannya ialah wada` , bukan wida` ) . Saya suruh
dia beritahu jemaahnya supaya jangan menbayar dam , apabila keluar
dari Makkah nanti hendaklah sekali lagi mengerjakan tawaf wada`.
Satu kes lagi yang berlaku dihadapan mata saya sendiri, iaitu
berkaitan dengan seorang ustaz hafiz al Qutan. Ustaz ini dahulunya
selalu berceramah di TV , sekarang saya tak tahu sebab jarang menonton
TV. Ustaz yang hafiz ini membawa jemaah yang ramai setiap kali
mengerjakan umrah dan dalam setahun dia pergi beberapa kali dengan
jemaah yang ramai pula. Maklumlah seorang yang terkanal . Dia dan
jemaahnya naik satu kapalterbang dengan saya . Jemaahnya 100 orang
lebeh, hamper separuh kapalterbang. Di Makkah mereka tinggal
berhampiran dengan saya. Sewaktu mengerjakan `umrah saya terkejut bila
melihat cara ustaz ini mengerjakan umrah kerana beliau telah melakukan
kesalahan dan diikuti oleh jemaahnya pula. Sepatutnya ustaz ini tak
bolehlah sama seperti orang lain yang jadi pak turut orang-orang yang
jahil. Kenapakah sebelum mengerjakan umrah dia tidak merujuk kepada
kitab-kitab yang muktabar. Seseorang yang menjadi ikutan orang ramai
wajib membaca kitab-kitab yang muktabar yang dikarang oleh ulama besar
zaman silam dan tidaklah memadai dengan hanya membaca buku-buku
berkaitan haji dan `umrah yang banyak dijual dikedai-kedai buku yang
melambak dipasaran, kerana seseorang ustaz mestilah boleh mengemukakan
dalil-dalil yang meyakinkan. Ada pun buku-buku yang banyak dijual
dikedai berkaitan haji dan umrah tidak banyak mengemukakan dalil-dalil
sehingga kadang- kadang kita tak tahu dari mana dia mengambil rujukan.
Pada pandangan saya sekiranya ustaz yang hafiz tadi membaca
kitab-kitab yang muktabar sudah tentu dia tidak melakukan kesalahan
sewaktu mengerjakan umrah tetapi mungkin dia tak ada masa kerana sibuk
dengan program ceramah .
Ini hanyalah dua contoh sahaja yang saya sebutkan. Banyak lagi yang
berlaku , yang mana kalau saya tuliskan semuanya disini jadi letih
pula anda membacanya.
Oleh itu, berdasarkan kepada apa yang saya kemukakan tadi , wajiblah
penganjur-penganjur dan syarikat-syarikat travel agensi yang
menguruskan jema`ah haji dan `umrah supaya benar-benar mempelajari
hal-hal yang berkaitan dengannya secara mendalam dan janganlah hanya
mementingkan komersial sahaja. Pembimbing dan penganjur akan disoal
ALLAH di hari Akhirat nanti.
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini , sepanjang mengerjakan
`umrah , saya dapati penganjur `umrah lebih suka menyerahkan urusan
`umrah kepada wakil-wakil mereka di Makkah dan Madinah. Mungkin mereka
sangka wakil-wakil ini mahir dalam urusan haji dan `umrah kerana sudah
lama bermastautin di Makkah. Ini adalah kesilapan yang besar kerana
bukan semua yang bermastautin di Makkah memahami betul-betul masalah
ini. Ada diantara mereka yang hanya menjadi " Pak Turut " orang-orang
Arab sahaja dan ada juga diantara mereka yang mengaku menuntut di
tanah suci Makkah atau Madinah, sedangkan mereka tidak belajar semasa
di sana. Penulis menerangkan ini semua berdasarkan pengalaman semasa
menuntut di Tanah Suci dahulu. Oleh itu diharap penganjur `umrah
benar-benar teliti dan mengambil tahu latar belakang Mutawwif (
Pembimbing ) ketika di Tanah Suci agar jema`ah mereka dapat
mengerjakan `umrah dengan sempurna dan seterusnya mendapat `umrah yang
diterima ALLAH.
Bagi orang yang ingin mengerjakan haji dan `umrah dengan cara yang
paling diredhai ALLAH, tentunya selain menjaga agar niatnya
benar-benar ikhlas kerana ALLAH , tidak bercampur riyaa`, 'ujub,
sum'ah dan takabbur , mestilah mengerjakannya sesuai dengan tuntunan
RasululIah Sallallaahu `alaihi wasallam dan sekiranya keadaan
memerlukan bolehlah menerima rukhsoh ( keringanan ) yang diberikan
oleh Baginda Sallallaahu `alaihi wasallam tanpa memandang kecil erti
amalan-amalan itu serta memohon ampun diatas semua kekurangan yang
berpunca dari kelemahan manusia
Sekiranya anda tidak berhajat nak pergi bolehlah tanya teman-teman
atau saudara mara yang nak pergi. Kemudian contact saya melalui e mail
dibawah.
Untuk pengetahuan semua, mengerjakan haji dan `umrah ini amat mudah
sekali. Kita hanya perlu kerjakan rukun-rukun dan wajib-wajib haji
sahaja. Tiada bacaan yang khusus, terpulanglah nak baca apa sahaja.
Ada pun buku-buku haji dan `umrah yang banyak berada dipasaran yang
memuatkan berbagai-bagai bacaan hanyalah dikarang oleh `ulama sahaja
sedangkan Nabi sallallaahu` alaihi wasallam sendiri tidak
mengkhususkan bacaan. Jadi jangan keliru ya kerana saya banyak
bertanya orang kenapa tak pergi haji atau umrah . mereka jawab susah
nak melancar bacaan ( doa` ). Ini sudah salah kerana tiada bacaan yang
khusus untuk melaksanakannya.
Firman ALLAH : " Dan sempurnakanlah `ibadah haji dan `umrah kerana
ALLAH " ( Aali `Imran :196 ).
Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam bersabda : " Iringilah ( susulilah )
antara haji dan `umrah kerana keduanya dapat menghilangkan kemiskinan
dan dosa sebagaimana ahli logam membuang karat dari besi, perak, dan
emas. Tiada lain pahala yang diterima haji yang mabrur kecuali syurga
( H.R At Turmudzi, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah Rahimahumullah ).
Hadith ini darjatnya Hasan Sahih.
Diriwayatkan dengan isnad yang hasan ( baik ) oleh Ibnu Juraij
Rahimahullah dari Jabir Radhiallaahu` anhu bahawa Rasulullah
Sallallaahu` alaihi wasallam bersabda :" Rumah (Kaa`bah) ini adalah
tiang Islam ,maka sesiapa yang berangkat menuju ke rumah ini dia di
jamin oleh ALLAH , sekiranya dia mati ALLAH akan masukkannya ke dalam
syurga dan jika dia kembali ke tanah airnya ALLAH akan menberkatinya
dengan memberinya oleh-oleh dan pahala " .
Dalam hadith yang pertama, ALLAH telah beri jaminan kepada sesiapa
yang mengerjakan haji dan `umrah bahawa ALLAH akan menghapuskan
kemiskinan mereka. Namun begitu ramai orang tak faham, mereka sangka
wang mereka akan habis. Kita hendaklah yakin terhadap janji ALLAH
kerana bermacam-macam cara ALLAH akan memberi rezki kepada kita.
Walaubagimana pun sekiranya kita hendak pergi haji dan `umrah pada
kali yang kedua dan seterusnya, kalau ada jiran atau saudara mara kita
memerlukan kewangan maka lebeh baik kita bantu mereka kerana itu
keperluan yang lebeh mendesak . Dalam pada itu kalau kita nak pergi
melancung ke tempat lain , adalah lebih baik kita mengerjakan haji dan
`umrah. WALLAAHU `AA`LAM.
Sekiranya anda berminat nak ikut serta pada 19. April 2007 ini, masih
ada tempat lagi dan seat pun dah confirm. Cuma kena cepat bayar
deposit untuk 1 seat 200RM, kalau tidak seat diberikan kepada orang
lain. Saya harap warwarkan lah kepada kenalan anda yang sedang
tercari-cari nak pergi dengan travel mana pada bulan April dan Mei
ini. Untuk bulan April 19.4.2007 ini seat masih ada lagi dan tarikh
tutup ialah pada 25.March 2007, iaitu 3 minggu sebelum bertolak. Untuk
bulan Mei pula boleh daftar dari sekarang.
Setakat inilah sahaja buat kali ini. Sebenarnya banyak lagi yang nak
saya jelaskan tetapi ini pun dah panjang sangat. Saya minta maaf
kerana menulis dengan panjang lebar. Saya tulis begini supaya anda
tahu bagaimana saya buat urusan .
Sekian semoga kita semua sentiasa dibimbing, diberkati, dirahmat dan
di lindungi ALLAH dari segala musibah.Aamin Yaa Rabbal `aa lamin.
Wassalaamu `alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Saudaramu dalam Islam
Mohd Nasir
Sesiapa yang berminat sila balas dengan mengggnakan adress berikut
[EMAIL PROTECTED] com
atau
[EMAIL PROTECTED]
Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Ibadat/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/Ibadat/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/