Bahagian 1 : Penilaian Hukum Syariah Bagi Pelan Pemasaran Stormreaders Network
Sdn Bhd
1. Apakah barang yang menjadi teras bisnes dan jualan?
Jawabnya ia adalah kumpulan buku-buku agama dan media terbitan Telaga Biru Sdn.
Bhd. Justeru tiada keraguan pada "subject matter" dalam skim Stormreaders
Network Sdn Bhd.
...
2. Menjadi Ahli
Keahlian Stormreaders Network boleh dimiliki dengan membayar yuran pendaftaran
sebanyak RM90 untuk:
- Kit Permulaan Perniagaan = RM30
- Kad keahlian Stormreaders = RM30 (tahunan)
Insuran Takaful RM20,000
Khairat Kematian RM3,000
- Kemudahan e-Store & Sistem e-Net = RM30 (tahunan)
Maka: setelah semakan, beberapa aqad telah digunakan iaitu:
1. Wakalah Muqayyadah: Iaitu pihak peserta mewakilkan sebahagian wangnya untuk
menyertai skim takaful dan juga skim khairat kematian.
2. Ijarah (Sewa): e-Store & Sistem e-Net adalah sebuah kedai maya dan sistem
maklumat pengurusan rangkaian yang disewakan kepada peserta dengan nilai
tertentu pada setiap tahun. Dikenakan pada nilai RM30 setiap tahun. Ahli bebas
sama ada untuk meneruskan sewaan atau tidak (memperbaharui keahliannya).
3. Bai al-Mutlaq: Iaitu jual beli biasa, apabila pihak peserta membeli Kit
Permulaan Perniagaan.
Justeru, sepanjang semakan saya, tiada unsur pinjaman duit, atau serahan duit
tanpa timbal balas aset. Semua wang yang diserahkan dalam yuran awal mempunyai
aqad tersendiri di dalam Islam dan semua aqad tersebut adalah harus dan halal.
Menggabungkan pelbagai aqad tersebut dalam satu borang juga diizinkan kerana
semua aqad berdiri dengan sendirinya (Mustaqil) tanpa bertentangan di antara
satu sama lain. Dalam kata lain ia bukan "Uqud Mutanaqidhah Wa Mutanafiah” yang
tidak boleh digabung jalinkan.
Di peringkat ini, ahli boleh menjana pendapatan dari:
2.1. 20% Komisyen Jualan e-store peribadi
Syariah: Wakalah Bil Ujr (wakil dengan upah): Oleh kerana barangan di
dalam e-store adalah bukan milik ahli, tetapi milik syarikat yang diniagakan
oleh ahli di dalam ‘online store’nya. Ini bermakna hubungan di antara ahli dan
syarikat dalam konteks ini adalah ‘WAKALAH BIL UJR’ Aqad ini juga termeterai
iaitu apabila setiap penjualan yang dibuat melalui e-store peserta, pihak
syarikat akan memberikan komisyen sebanyak 20% dari semua harga terkumpul
jualan. Ia juga halal dan harus serta menepati syarat-syarat dalam aqad Wakalah
Bil Ujr iaitu wakil maklum akan jumlah komisyen yang ditawarkan syarikat.
2.2. 5% Bonus Jualan e-Store Global (GOSV) - Perkongsian daripada 5% jumlah
jualan seluruh e-Store yang terdapat di dalam rangkaian e-Store Stormreaders
Network dengan jumlah perkongsiannya mengikut tahap pencapaian jualan e-Store
peribadi.
Syariah: Pendapatan ini halal, ia didasari oleh aqad Hibah, iaitu
hadiah
dari sebelah pihak iaitu syarikat sebagai insentif galakan bagi ahli mereka.
Sekiranya ingin mendapat lebih info mengenai 'Penilaian Hukum Syariah Bagi
Pelan
Pemasaran Stormreaders Network Sdn Bhd' atau pendaftaran ahli sila klik pada
blog saya: http://stormreaderserabarumlm.blogspot.com/
[Non-text portions of this message have been removed]