Annan, EU mahu AS tutup Guantanamo

http://www.maynetwork.net/colostrum/

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) 17 Feb. - Setiausaha Agung 
PBB, Kofi Annan mahu Amerika Syarikat (AS) lambat-laun menutup pusat 
tahanan Teluk Guantanamo meskipun beliau tidak bersetuju dengan 
keseluruhan kandungan laporan mengenai keadaan pusat tersebut.

Bagaimanapun AS menafikan wujud sebarang bentuk penganiayaan di 
pusat tahanan tersebut dan menolak gesaan PBB supaya ia ditutup.

``Saya merasakan lambat-laun ada keperluan untuk menutup 
Guantanamo,'' kata Annan kepada wartawan di Ibu Pejabat PBB di sini.

``Terpulang kepada kerajaan AS untuk memutuskannya, tetapi diharap 
ia akan dilakukan dengan secepat mungkin,'' kata beliau.

Beliau melahirkan pendirian itu ketika ditanya mengenai syor Laporan 
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB, yang memantau pusat tahanan 
tersebut, supaya ia ditutup dan mendakwa wujud penganiayaan ke atas 
tahanan.

``Terdapat banyak (syor) dalam laporan itu dan saya tidak boleh 
mengatakan bahawa saya bersetuju kesemuanya.

``Tetapi perkara utama ialah seseorang tidak boleh menahan mana-mana 
individu selama-lamanya dan tuduhan perlu dikenakan ke atas mereka 
dan harus diberikan peluang menjelaskan diri mereka,'' katanya.

Dalam pada itu, jurucakap White House, Scott McClellan berkata, 
mereka yang ditahan di pusat tersebut merupakan kumpulan pengganas 
yang boleh membahayakan keselamatan.

``Pasukan tentera melayan mereka dengan mengambil kira aspek 
kemanusiaan,'' katanya.

Kata beliau, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah mempunyai akses 
penuh kepada tahanan-tahanan di pusat tersebut.

Anggota perundangan Kesatuan Eropah (EU) juga menggesa supaya pusat 
tahanan tersebut ditutup.

``Setiap tahanan perlu dilayan mengikut undang-undang kemanusiaan 
antarabangsa dan dibicarakan dengan adil tanpa dilengah-lengahkan, 
oleh tribunal yang adil dan bebas,'' kata resolusi yang diluluskan 
dalam Parlimen Eropah di Strasbourg semalam. - Agensi

http://www.maynetwork.net/colostrum/

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perolehi Berita Terkini setiap hari terus melalui email secara PERCUMA. Untuk 
berita 
terdahulu & pendaftaran online : http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/

atau melalui email : [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke