Tidak mahu mati mengaibkan - Osama

http://www.maynetwor.net

KAHERAH 20 Feb. - Pemimpin rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden 
menerusi satu rakaman yang disiarkan dalam sebuah laman web militan 
hari ini menegaskan, beliau tidak akan dapat ditangkap hidup-hidup 
oleh Amerika Syarikat (AS).

Sambil menyatakan bahawa taktik AS untuk menangkap beliau menyamai 
dengan apa yang digunakan terhadap bekas Presiden Iraq, Saddam 
Hussein, Osama bersumpah mahu hidup sebagai seorang yang bebas.

``Jika pun saya terpaksa berhadapan dengan kematian, saya tidak mahu 
mati dalam keadaan mengaibkan ataupun diperdaya oleh mana-mana 
pihak,'' katanya dalam rakaman selama 11 minit dan 26 saat itu.

Merujuk kepada perbezaan tingkah laku tentera AS ke atas Iraq dan 
Saddam, Osama menegaskan, kekejaman tersebut tidak menunjukkan 
banyak perbezaan.

Katanya, jihad ke atas AS dan sekutunya berterusan malah bertambah 
kuat kerana kekuatan yang diberikan oleh Allah.

Pita rakaman tersebut dilihat merupakan versi lengkap kepada rakaman 
yang disiarkan oleh stesen televisyen Al-Jazeera pada 19 Januari 
lalu dalam mana Osama menyatakan, Al-Qaeda akan melancarkan serangan 
baru di AS tetapi pada masa yang sama bersedia menawarkan perdamaian 
sementara kepada mereka.

Dalam pita rakaman itu juga, Osama turut mencabar kenyataan 
pentadbiran Presiden George W. Bush kononnya adalah lebih baik jika 
usaha memerangi pengganas dilakukan di Iraq dan tidak di AS.

``Perang ke atas AS dan sekutunya tidak terbatas di Iraq sahaja 
seperti yang didakwa Bush tetapi Iraq kini menjadi pusat merekrut 
pejuang-pejuang.

``Apa lagi, para pejuang Mujahidin dengan limpah kurnia Allah 
berjaya menembusi parameter keselamatan yang diambil oleh negara-
negara kafir dan ini terbukti dengan beberapa siri pengeboman di 
beberapa ibu kota utama di Eropah,'' jelas beliau.

Penyiaran pita rakaman itu juga menunjukkan Osama terus melancarkan 
kempen propaganda ke atas AS apabila beliau memperolok 
pengisytiharan Bush pada April 2003 bahawa kempen peperangan di Iraq 
sudah berakhir.

Menurut Osama, dengan bilangan tentera AS yang terbunuh semakin 
bertambah saban hari, kemerosotan dari segi moral tentera dan 
peningkatan kes bunuh diri di kalangan mereka, jelas apa yang 
diperkatakan oleh Bush adalah pembohongan semata-mata.

Selain itu, Osama memberi amaran kepada penduduk AS agar 
menyelamatkan apa yang ada dari dunia ini.

``Semuanya terletak di tangan anda. Jika anda fikir keadaan tentera 
AS adalah lebih penting daripada segala-galanya, terpulang kepada 
anda,'' katanya. - Agensi

http://www.maynetwor.net

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berita terkini ini dihantar kepada ahli berita terkini groups terus 
melalui email. Untuk maklumat lanjut & daftar online sila lawat ke :
http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/ 

atau daftar melalui email : [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke